Wednesday, November 11, 2009

Sapahabaq : Mereka takut dengan Bayang2

Sudah dinamakan bergantung! Maka tidak lah dapat memerdekakan diri!

Segala falsafah dan iktikad yang lahir melalui pengajian silat cekak berpandukan ilmu kefahaman melalui Pak Haji Zain turun ke Ustaz Hanafi seterusnya kepada Guru kita Pak Ak, nampaknya akan hilang dan terputus dalam hamparan perjalanan PSSCM.

Kita benar-benar percaya bahawa kata pemati pendirian berguru hakikat adalah 'dalam satu masa tidak ada dua guru'. Kalau dah berguru pada guru hakikat tak boleh lah berguru pada yang lain! Guru itu guru seumur hidup dan selagi guru itu hidup, itulah gurunya!

Tapi sekarang apa sudah jadi?

Perkara guru ini perkara leceh jadinya.... tugas guru sebenarnya adalah bekerja dengan persatuan. Harus ijazah orang agar persatuan terus bergerak dan persatuan mendapat sebahagian pendapatan. Bill harus dibayar, persatuan harus sentiasa mendapat publisiti agar muka-muka orang utama dalam persatuan dapat tersiar dalam media. Kalau persatuan tak dapat bergerak maka malaplah PSSCM dan nanti persatuan silat cekak lain akan terus berkembang dan nanti kerja-kerja ajk pusat yang dikatakan berjasa selama ini akan jadi sia-sia semata. Itukah Hakikatnya? Sehinggakan mereka tak sabar menanti Pak Ak pergi dan baru berusaha mencari penganti!

Pak Ak ni sakit terlalu lama sehinggakan membebankan PSSCM! Itukah sebabnya kita teriya-iya menamakan guru penganti? Kita terlalu yakin bahawa Pak Ak sakit ni tak akan sembuh dan akan mati dengan sakitnya itu! Oh sedih........ anak murid silat PSSCM memperhambakan guru sendiri. Last-last lebih mudah mengejan-gejan guru agar melaksanakan majlis ijazah juga. Kalau Pak Ak tak boleh..... tak kan lah tak ada cara lain.... lain orang ke? Akhirnya berjayalah mereka....

Berjaya mendapat nama tukang Ijazah
Berjaya mengambil alih kelas-kelas IPT di Lembah Klang
Berjaya menukar penyelia2 yang sehaluan dengan mereka
Berjaya memberhentikan tenaga pengajar yang tidak sehaluan
Berjaya mengijazahkan ahli biar pun syahadah lintang pukang
Berjaya membubarkan Cawangan Perak
Berjaya membatalkan EGM Cawangan Selangor
Berjaya mengangkat diri sendiri sebagai guru Utama
Berjaya melantik ahli LPT orang-orang mereka sahaja
Berjaya menjadikan Perlembagaan sebagai kertas jamban
Berjaya menyatakan bahawa Pak Ak tak reti hal pentadbiran
Berjaya meyakinkan ramai ahli bahawa Pak Ak itu 'mantan' guru
Berjaya mencanangkan bahawa Pak Ak sudah tiada ilmu

Syabas atas kejayaan ini.. dan syabas juga kerana berjaya...

Berjaya menjelaskan bahawa mereka itu sebenarnya...
Takut dengan Bayang-bayang...

Tergopoh-gapah dan terkejan-kejan. Itulah sifat orang yang takut!

Apa-pun, sebenar murid pada sebenar guru akan tetap melaungkan KEBENARAN dan yang batil, yang jahat, yang kotor dan yang khianat akan LARI..... mungkin lari tidak dengan bahtera lagi secara ramai2..... lari seorang diri dengan perahu kecil semata-mata.

Masih teringat kata guru 'maiden tu bila saya tak ada esok, orang akan ludah je dan dia akan berjalan sorang-sorang'..... Entahlah... harap2 ini tidak akan berlaku dan kita sama-sama pohon pada Tuhan tujuh pertala langit, Tuhan tujuh pertala bumi agar ending story ini baik-baik belaka mengikut kiraan DIA.

Amin.

Sapahabaq : Mereka takut dengan Bayang2

1 comment: