Sunday, April 22, 2012

Nak jadi guru...Nak jadi guru....

Sudah melepasi hari yang ke 40 telah Ym Guru kita Tn Hj Ishak Itam meninggalkan kita.... maka akan berbunyilah bisik-bisik siapakah pula bakal pengantinya....

Tentu ada yang lantas menjawab si Maiden la.... Dia kan telah ganti!!!!!

Hahahaha.... itu lawak tiga tahun lepas.... Usahlah di ulang nama tu lagi sebab akan memalukan seluruh Melayu di Dunia Melayu ni.....

Silat ini silat tok nenek kita dulu, lahir di Istana dan pakaian Ulama serta telah diamanahkan kepada para hulubalang Melayu untuk anak-anak Melayu demi mempertahankan Diri, Agama, Peradaban dan Bumi Melayu....

Tak kan lah sampai tergadai kepada bangsa lain kot.... Dah buta ke hati anak-anak Melayu sehingga tak reti nak beza antara intan dan kaca... Oh ya! intan dan kaca tu nampak macam sama..... padahal jauh bezanya. Nampak sama kerana yang melihat dan yang membuat keputusan tu semua tak cukup ilmunya.



Nak kenai sebenar guru kena ada ilmunya.... maka pastilah yang ada sekarang ini, yang telah mengangkat Maiden sebagi guru tu semuanya tak cukup keilmuan dalam seni adab Melayunya... Apatah lagi ilmu seni Silat Melayu.... Sabit tu la depa boleh angkat si bangsa lain jadi guru silat Melayu... hahahaha... ni yang dikatakan lawak of the year.... dah 3 tahun berturut2 jadi lawak terbaik tahunan dalam dunia seni silat Melayu.

Alasan depa simangkuk hanyun ni semua... mudah je.... sebab Pak Ak yang cakap!.... Kalau dah kenai akan ilmu maka tahulah yang di sua guru tu penawar atau racun.... pelawa atau perambat.... yang mendengar tu mestilah berimu dalam peradabannya maka tahu yang mana benar yang mana uji.....

Atas sebab tu lah Pak Ak tinggalkan amanah yang jelas untuk dilaksanakan selepas dia tiada nanti!!!!

Dan sekarang Pak Ak benar-benar telah pergi...... maka jangan pula ada yang terayan .... nak jadi guru...nak jadi guru....

Sebab nak jadi guru silat ini ibarat menjadi guru kepada segala guru-guru dalam bidang seni silat Melayu.... kerana silat ini terhimpun seni silat Melayu yang benar-benar Asli.... kalau tidak jadilah guru silat yang tak pernah khatam apatah lagi tahkik dalam ilmu persilatan Melayu.....

Maka jadilah guru carca marba......

So, berhati-hati kepada mereka yang cuba nak angkat guru baru atau mereka yang berangan-angan nak jadi guru...nak jadi guru...nak jadi guru...

Jangan dok buat lawak lagi!!!!!

sapahabaq : Nak jadi guru...Nak jadi guru....