Friday, November 1, 2013

sapahabaq : jangan lebih-lebih

Pernah satu hari YM Pak Ak didatangi anak muridnya berbincang untuk mengadakan majlis yang penuh dengan istiadat. Hasrat untuk memperkenalkan kepada ahli-ahli bahawa kita sebenarnya ada istiadat sebegini dalam amalan hulubalang Melayu... 


Istiadat apakah sebenarnya ini?
Maka Pak Ak menceritakan secara khusus bagaimana majlis istiadat yang seharusnya dilaksanakan, bertepak sireh tersusun perkakasnya mengikut aturan serta cara mengikat balutan tepak mengikut upacara dan langkah sembah lalu sambut menyambut. Adab dan adat makan sireh antara Panglima dan para hulubalangnya. 

Pak Ak bersetuju mengadakan majlis istiadat Hulubalang Melayu dan Bukan Istiadat Raja. Apa pun cuma satu saja pesan beliau, 

"Jangan lebih-lebih sangat, 
nanti saya pulak yang perasan"

sapahabaq : jangan lebih-lebih