sapahabaq : MANA DIA ?






Pada zaman dahulu silat ini dibawa oleh para hulubalang Melayu dari bumi Jelapang Padi khususnya, untuk mempertahankan tanah tumpah darah mereka.

Mempertahankan semoga bangsa Melayu kekal menjadi tuan di tanah ini. Agama Islam kekal menjadi roh anak-anak Melayu di bumi bertuah ini.

Pada zaman Panglima Ismail di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II, hulubalang Melayu berbekal silat ini bermati-matian mempertahankan bumi ini, semoga tidak tergadai pada para penceroboh negeri, agar Melayu tetap tuan di bumi sendiri.

Inilah sebabnya silat ini digunapakai sebagai perisai dan senjata ratusan tahun dahulu.

Ingat!!! Moga-moga Melayu menjadi Islam sejati. Moga-moga Melayu terus gah di bumi sendiri. Moga-moga Melayu menjadi tuan di bumi sendiri. Moga-moga Melayu tidak dipijak-pijak lagi. Moga-moga Melayu tidak derhaka pada bangsa sendiri. Moga-moga Melayu terus jadi berani bukan dayus…

Kemudian setelah bumi ini aman semula sebelum zaman kemerdekaan, silat ini diamanahkan kepada seorang anak Perak agar satu hari nanti silat ini diserahkan kembali kepada anak cucu negeri Kedah.

Amanah itu terlaksana pada tahun 1965. Dari Pak Ya, silat ini diserahkan kepada Pak Hanafi dan silat ini diperkembangkan melalui persatuan Silat Cekak.

Pak Hanafi memasukkan pula keilmuan yang diperolehi dari guru hakikatnya iaitu dari Pak Haji Zain berteraskan tauhid ke dalam persilatan ini agar lebih kukuh.

Pak Hanafi mencantumkan kedua ‘amanah & mandat’ dari guru silat dan guru hakikatnya, lalu meneruskan perjuang beliau menerusi silat cekak.

Sah… Pak Hanafi adalah orang yang sah dan selayaknya untuk menerajui perjuangan ini.

Sah… pasti ada ‘amanah & mandat’ yang pasti di bawa oleh Pak Hanafi dari guru-gurunya.

Apa dia ‘amanah & mandat’ yang Pak Hanafi terima dan bawa itu?

Pada tahun 1986, Pak Ak pula meneruskan ‘amanah & mandat’ ini yang beliau terima sebelumnya…. Namun di akhir-akhir hayat beliau, beliau terasa ada yang tak kena…. Sehingga terkeluar ayat-ayat ini seperti ini dari mulut beliau ;

“Ustaz (Hanafi) ada sebab dia buat silat ini, semuanya ada sebab”

“Ustaz (Hanafi) cuba buat dalam persatuan, saya pula sambung tapi tak berjaya. Tak ada sorang pun AJK Pusat yang betui-betui faham apa dia”

“Satu hari perjuangan ini dah tak boleh buat ikut persatuan”

Apa sebenarnya yang cuba dikhabarkan oleh Pak Ak?

“Kalau penganti saya bukan orang Kedah, maka terputuslah perjuangan ini dengan persatuan”

“Perjuangan ini akan dok di jalan dia sendiri”

Maka berlakulah seperti difirasatkan oleh Pak Ak. Sebab. Guru penganti itu bukan lagi orang Kedah. Malah ada yang bukan lagi orang Melayu pun.

Benarlah terputus perjuangan dengan Persatuan, yang dibawa oleh Pak Ak, Pak Hanafi, Pak Haji Zain dan guru-guru sebelum mereka. Sah, dah jelas, ada beberapa persatuan silat cekak yang tetap mengakui menyambung amanah dan perjuangan guru.

Tetapi apakah ‘amanah & mandat’ yang mereka bawa?

Sekiranya pada zaman selepas Tok Rashid wasilah melalui jalan silat ini tersembunyi beberapa tahun sehingga Pak Ya serahkan kepada Pak Hanafi.

Adakah selepas pemergian Pak Ak juga wasilah perjuangan ini turut tersembunyi lagi sekali sehingga anak-anak muridnya sedar bahawa benar perjuangan yang semestinya jelas ‘amanah & mandat’ itu terputus dengan persatuan silat.

Apakah ‘amanah & mandat’ yang diperturunkan bersanad dengan guru-guru sebelumnya.

Apa dia? Apa bukti? Itu ‘amanah & mandat’ dan sanadnya sehingga ke mana?

Kalau ini semua tak terjawab, maka sah kita semua terputus sanad dengan Pak Ak…. Kita hanya anak murid silat dengan Pak Ak dan kita sudah pasti tidak membawa perjuangan yang sebenar…. Kerana kita semua tak tahu apa sebenarnya yang dibawa oleh guru-guru kita… macam kata Pak AK ;

“Tak ada sorang pun AJK Pusat yang betui-betui faham apa dia”

sapahabaq : mana dia?


No comments:

Post a Comment