Thursday, November 19, 2009

Sapahabaq : Kita Lemah?

Kiriman puisi dari seorang rakan :

Lemahkah kita?

Lemahkah kita bila menyepi diri mengorak langkah merencanakan wadah,

Kalau itupun lemah, bangunlah, bangunlah wahai teman,

Kerana langkah ini tidak kuketahui berapa lagi jaraknya,

Tidak kutahu bagaimana pengakhirannya….



Masa dulu sia-sia kita habiskan,

Walaupun pesan dan bisikan telah dikhabarkan,

Juga dingat dan ditegur tidak jemu-jemu kita dikiaskan,

Malah Guru kita tidak bosan perintah agar dimantap dan diamalkan,

Bukan amal yang menjadi ukuran tetapi sebagai penyubur penguat keimanan,



Jangan kita khianat pada perjuangan ini,

Usah malas dan menyalah pada orang lain,

Kita harus perjuangkan,

Siapa lagi?



Kalau kita dikatakan lemah,

Biar nampak lemah tapi di dalam penuh hemah,

Biar malu tidak riak meninggi,

Biar budi dan sopan santun lukisan jiwa…



Cerita kita selepas ini tiada lagi istilah lemah,

Kerana masa kita telah tiba,

Bersatu hati bercantum jiwa,

Biar semua rintangan dan halangan kita tempuh,

Membujur lalu melintang patah,

Pasti tiada yang mudah mengalah,

Segala musuh kita sanggah,

Insya Allah musuh rebah kita tabah.



Wahai teman,

Wahai rakan,

Wahai saudara,

Jalan ini sudah terhalang,

Tak kan menyerah ala kepalang,

Harus kita tempuh,

Mesti kita terus,

Juang tetap juang…

Sampai musuh lumpuh,

Kita yang teguh…..jiwa dan raga

Nukilan : (dirahsiakan)

Sapahabaq : Kita Lemah?


No comments:

Post a Comment