Ini yang payah! Mana tidaknya, bercakap pada sumber telinga semata-mata dan tak pernah mau menuntut secara khusus akan ilmu dalam bidangnya. Apa lah benda ni? Ini lah, cerita pasal silat Melayu asli!
Ahli silat cekak kerap mengaku bahawa silat cekak ini tergolong dalam rumpun silat melayu asli yang tak bercampur hak luar negeri. Sebab itulah dalam mana-mana majlis penerangannya diperhebatkan akan silat ini asalnya dari nenek moyang kita (Melayu) dan dilahirkan kembali zaman Ustaz Hanafi tahun 1965 untuk anak-cucu kita (Melayu). Silat yang benar-benar asli akan melayunya beralaskan pendirian silat melayu di mana tidak akan menguna kaki (sepak) melebihi paras lutut.
Rujuk lah pada setiap buah-buah yang tergabung dalam pelajaran silat cekak, semuanya adalah dari keputusan buah-buah silat melayu yang asli. Betul ke? Memang! Memang sah kerana penggunaan kaki tidak lebih dari kepala...... kepala lutut! Sebab apa alasan sebegitu? Orang Melayu penuh beradab! Sehinggakan bersilat pun tak akan sepak lebih dari kepala lutut. Kalau bersilat tari pun tak akan angkat tapak kaki menghala tetamunya. Itu lah resam Melayu! dan kalau bercakap tidak lah tinggi pabila ada orang yang lebih tua umurnya, dan kalau duduk tak akan melunjurkan kaki..... apatah lagi dalam majlis ilmu..... penat macam mana pun digagahkan juga.... kalau tak pun, dia akan bangun berpura-pura ke tandas untuk meluruskan kaki. Kalau berjalan di depan ramai, akan tunduk sedikit akan dia tanda minta lalu sebagai hormat dalam adatnya.
Apa dah jadi pada silat cekak ini sekarang? Masih sama dalam silatnya akan tetapi resam dan adat telah bercampur hak luar negeri. Adat tercemar salasilah terputus dari keturunan nenek moyang kita dan si pengaku guru tak boleh lagi dapat berkata "silat ini asal dari nenek-moyang kita, dilahirkan kembali untuk anak-cucu kita". Berbohonglah dia kalau berkata begitu..... di mana amanah, sidiq dan mursyid.
rujuk perutusan ini:
Kini teraju kepimpinan PSSCM telah disambung oleh saya, maka segala usaha guru-guru Silat Cekak sebelum ini akan diteruskan supaya amanah bangsa ini diperjuangkan bagi mencapai cita-cita seperti yang telah digariskan oleh pengasas Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad. Saya berdoa dengan Taufik dan Hidayah serta dengan syufaat serta berkat guru-guru kita dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka persatuan ini akan terus berjaya demi agama, bangsa dan Negara.
Dan apa kata kalau, tersampai kisah ini nanti di telinga anak cucu kita pada tika seratus tahun lagi... maka kita akan di maki mereka kerana terpaksa menerima yang bukan hak menerajui seni budaya bangsa. Mana maruah kita bila kita boleh pastikan yang dia ini bukan haknya dan kita biarkan sahaja kerana kita terlalu ego dan biarkan keegoan ini membuat keputusan.
Kenal lah macam mana yang dikatakan 'lebih melayu dari melayu' pabila tidak memahami konsep 'silat melayu asli'. Atau apakah dia 'terlebih melayu dari melayu' yang membawa maksud terlebih melayunya sehingga biadab dengan budaya dan resam Melayu.
Harus diingat! Beruk jika dipakaikan baju kot dan tie, belum tentu dah jadi mat salleh. Ia tetap beruk pada sifatnya.
Kalau tak tahu akan adat jangan sekali-kali beristiadat. Buat Malu je..... tolong menuntut lagi dan jangan terus perasan....
Sapahabaq : Ini Silat Melayu Asli?
No comments:
Post a Comment