Wednesday, November 25, 2009

Sapahabaq : Nak kena cerita yang sebenar?

Mestikah berguru itu melalui Persatuan? Jawabannya sudah pasti semua orang tahu! Hukum Alam, Hukum Akal dan Hukum Adat....jawabnya tak perlu! Betui! Betui sangat la jawaban tu...

Nak berguru... bergurulah tak payah nak berpersatuan kalau nak berguru.... Masa dulu depa berguru setakat ke Pak Hj Zain tak berpersatuan pun. Hanya pada zaman Ustaz saja kalau nak berguru dengan dia kena masuk persatuan sebab dia bawa jalan yang telah dihabuankan untuk dia melalui jalan silat. Sebab tu saja ramai orang tunggu dalam persatuan ni.... yang lebih tu duk lama-lama sebab syok buat kerja silat... demo sana, demo sini, penerangan sana, penerangan sini dan berbagai filem dihasilkan mengenai silat ini dan yang syoknya.... hero orang yang sama saja..... Dah syok jadi hero.... nak tunjuk depa saja yang pandai silat. Opppp! jangan lupa bukan depa saja yang belajar silat dengan guru... Ramai lagi dan ada secara peribadi, dah pun khatam silat ini dengan guru secara empat biji mata sehingga ke pemutus silat.... tak gaduhpun nak hebuh2 atau dok di LPT atau dapat pingat apa2 pun. Semua tu untuk glamor aje..... tak akan menjadi pewaris sebenarpun.

Lepas lebih 40 tahun jalan yang di bawa guru2 ini melalui persatuan terpaksa terputus sebab anak murid yang teraju persatuan ini dah pening kepala sebab guru tak leh ijazah silat.... Depa2 angkatan pentadbiran tertekan...takut... serba risau.... Apa nak jadi dengan kelas-kelas silat semua?

Maka, apa yang sepatutnya berlaku.... telah berlaku... Berpecahlah antara anak murid guru dan dengan ahli-ahli persatuan. Nak jadi cerita, yang ramai adalah ahli-ahli persatuan telah menunjukkan kuasa dengan menyahkan sesiapa saja yang masih bergurukan dengan sebenar guru. Di bubar cawangan sehingga menyebabkan tergugurnya mereka sebagai ahli persatuan. Persoalan! Itu saja ke kuasa mereka? Setakat itu saja yang mereka boleh buat? Memang! itu saja yang habis-habis tindakan mereka. Yang setia berguru dengan sebenar guru akan terus berguru..... sampai akhir hayat... Nak tahan? Tak akan boleh sebab antara guru dan murid adalah ikatan yang tak putus ibarat air yang tak boleh dicincang. Dan, sampai sekarang pun mereka masih berguru dan sampai sekarang pun guru masih berpesan-pesan.

"Pecah....." kata guru pada beberapa orang anak muridnya pada beberapa hari yang lalu. "Takut....." dan seterusnya berkata ".... kena cerita pada yang tinggal sedikit ini....." katanya lagi "Yang ramai tu biaq pi lah...." kata amanah kepada anak muridnya. (petikan sebahagian saja dari dailog bicara dan pesan guru yang tidak dapat disiarkan secara sepenuhnya... dianggap rahsia guru denan murid. Maaf!)

Maka dari hari ke hari semakin jelaslah akan anak murid-murid ini sebab apa kemelut dalam persatuan ini harus berlaku.... Semakin hari pesan-pesan sulit semakin terbit dari dari mulut guru kepada yang benar-benar kekal bersama dengan sebenar guru.

Maka jelaslah bahawa yang ramai itu tidak lagi bersama guru, sudah punya guru baru dan sebenar guru itu hanya dijadikan presiden sehingga menanti mesyuarat agung seterusnya untuk digugurkan. Buat sementara ini sebenar guru kekal sebagai presiden, dan masih ahli persatuan di mana orang lain telah mengangkat diri sebagai guru utama. Punya tak senonoh! Sebenar guru dah jadi anak murid (kerana kekal sebagai ahli persatuan) dan anak murid (konon) dan jadi guru. Di ulang... GURU JADI ANAK MURID! MURID JADI GURU! Di ulang! TAK SENONOH BETUI! Sebab tu la Ustaz letak syarat bahawa guru utama silat cekak mesti seumur hidup! Ada Faham? Zaman Pak Haji Zain tu lain..... sebab tak berpesatuan.. Ada Faham?

Bila jadi macam ni... sebenar guru kena la duduk kat luar persatuan.... Dah turun ke jawatan-tugas sebagai sebenar guru? Selagi hidup maka itu lah guru yang sebenar!

"saya masih guru ......." kata dari sebenar guru


Sorry..... itulah pesan yang kena dihabaq buat masa ini.

Sapahabaq : Nak kena cerita yang sebenar?

Thursday, November 19, 2009

Sapahabaq : Kita Lemah?

Kiriman puisi dari seorang rakan :

Lemahkah kita?

Lemahkah kita bila menyepi diri mengorak langkah merencanakan wadah,

Kalau itupun lemah, bangunlah, bangunlah wahai teman,

Kerana langkah ini tidak kuketahui berapa lagi jaraknya,

Tidak kutahu bagaimana pengakhirannya….



Masa dulu sia-sia kita habiskan,

Walaupun pesan dan bisikan telah dikhabarkan,

Juga dingat dan ditegur tidak jemu-jemu kita dikiaskan,

Malah Guru kita tidak bosan perintah agar dimantap dan diamalkan,

Bukan amal yang menjadi ukuran tetapi sebagai penyubur penguat keimanan,



Jangan kita khianat pada perjuangan ini,

Usah malas dan menyalah pada orang lain,

Kita harus perjuangkan,

Siapa lagi?



Kalau kita dikatakan lemah,

Biar nampak lemah tapi di dalam penuh hemah,

Biar malu tidak riak meninggi,

Biar budi dan sopan santun lukisan jiwa…



Cerita kita selepas ini tiada lagi istilah lemah,

Kerana masa kita telah tiba,

Bersatu hati bercantum jiwa,

Biar semua rintangan dan halangan kita tempuh,

Membujur lalu melintang patah,

Pasti tiada yang mudah mengalah,

Segala musuh kita sanggah,

Insya Allah musuh rebah kita tabah.



Wahai teman,

Wahai rakan,

Wahai saudara,

Jalan ini sudah terhalang,

Tak kan menyerah ala kepalang,

Harus kita tempuh,

Mesti kita terus,

Juang tetap juang…

Sampai musuh lumpuh,

Kita yang teguh…..jiwa dan raga

Nukilan : (dirahsiakan)

Sapahabaq : Kita Lemah?


Wednesday, November 18, 2009

Sapahabaq : Mulut sudah terkunci?

Rata-rata ahli PSSCM cuba bertanyakan apa sebenarnya telah berlaku dalam persatuan ini! Betui ke Guru sudah berganti? Apa sebenarnya yang sebenar! Sudah sah! sudah sah terjadilah dua kumpulan yang jelas. Satu yang ramai dan satu lagi yang sedikit. Yang ramai merasakan merekalah benar! Yang sedikit tetap merasakan mereka juga yang benar! Apa benarnya? Tanyalah mereka sendiri dan dengarlah apa jawaban mereka. Tapi sayang! seribu kali sayang! Hanya yang ramai dapat bersuara melalui saluran yang mereka pikir perlu walaupun melanggar hak dan syarat yang ada. Yang sedikit ibarat mulut mereka sudah terkunci! Betui ka tu? Betui ka mulut mereka terkunci?

Mulut mereka seolah mahu dikunci oleh puak yang ramai. Siapa yang berkata-kata menentang yang ramai akan dipecat malah dibubar cawangan. Mereka yang ramai hanya mahu orang terima cakap mereka sahaja. Setiap kata mereka adalah benar dan datang dari Mulut Guru Yang sebenar iaitu Pak AK. Dan. sekarang mulut Pak Ak pula seolah mahu mereka kunci dari berkata-kata kepada orang lain selain mereka. Kenapa begitu? mereka takut Pak Ak ada yang berkata lain dari apa yang Pak Ak kata kepada mereka. Iklaskah yang ramai ini? Benarkah yang ramai ini? Yang jelas memang ada ...... Memang ada kata-kata Pak Ak yang lain dari apa yang ramai dengar..... Apa dia tu? Cari lah sendiri pada yang jelas.... Yang ada pegangan jelas.... pendirian jelas.... agar kita semua jelas!

Apa pun usaha mereka, "mulut tempayan boleh lah di tutup......". Hak bercakap telah diberikan kepada semua oleh Allah semata. Dengarlah semua..... dan akal serta ilmu sahaja sebagai pertimbangan serta berserahlah kepada DIA sebagai penentu..

Oleh yang demikian, biar kita petik cacatan seorang insan yang telah membuat komen di blog ini agar menjadi halua akal kita....

PETIKAN CATATAN DARI SEORANG YANG BERGELAR MAT KILAU DARI BLOG INI PADA TAJUK SAPAHABAQ: YANG RAMAI ITU BENAR?

Walau Tidak Bertentang Mata
Salam dan Selawat Hamba Ucapkan
Datang Hamba Tanda Bersaudara
Terima Kaseh Itulah Tujuan.

Kepada Empunya Blog “Aku Mati Hidup Kembali” dan “Sapahabaq”, terima kaseh kuucapkan di atas penulisan Saudara2:

Lembut Bahasa Isinya Tegas
Ibarat Aur Mengalir Deras
Tiada Mengharap Pujian Dibalas
Teguh Laksana Amanah Digalas.

Kepada Empunya Blog “Sapahabaq”, terima kaseh sekali lagi kuucapkan kepada Saudara2:

Di kala ‘riwayat’ perihal perbualan di antara Saudara2 bersama Y.M Guru Utama Tn. Hj. Ishak Itam (Pak ‘Ak) catatan blog bertajuk : YANG RAMAI ITU BENAR? BERTARIKH 12 NOV 09, Y.M Guru Utama ada menyatakan berkenaan ’2 ahli lama’ yang boleh ’dibuat rujukan’. Kebijaksanaan saudara2 ’merahsiakan’ yang ‘empunya nama’ amatlah dihargai.

Dikala ini, siapakah gerangan orangnya dan di manakah gerangan tempatnya ‘bukanlah rahsia,tetapi perlulah dirahsiakan’. Seandainya diumumkan dikhalayak ramai, belumpun tiba ‘saat ketikanya’, mereka pasti ‘ diburu, difitnah dan dibunuh !! ’.

Tidak juga perlu dicari kerna mereka ‘tiadalah hilang’, ’Ibarat kura2 menyorokkan diri’. Jika ditemui oleh makhluk lain yang bukan dari ‘keturunannya’, seluruh anggotanya bersembunyi dibalik cengkerangnya yang keras. Pabila melihat kepalanya dari atas, tiadalah kelihatan. Akan tetapi, pabila ‘di angkat’ barulah jelas akan dirinya.

BERHATI-HATI DENGAN TIPU DAYA, MUSLIHAT, BISIKAN JIN DAN MANUSIA ! IBLIS TETAP IBLIS ! JIN TETAP JIN ! TETAPI BERHATI-HATI DENGAN TIPU DAYA MANUSIA KERANA MANUSIA BELUM TENTU MANUSIA !

Saudara Empunya Blog ‘Aku Mati Hidup Kembali’ dan ‘Sapahabaq’,” Maideen tu Naib Presiden (NP) PSSCM, buka komputer tiada pun mahir ”. Tujuan utama blog Cekak Pendusta dan blog Saudara2 dizahirkan, adalah sebagai ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ kepada ahli2 PSSCM umumnya kerana segelintir daripada mereka, merelakan diri ‘di cangkuk ibarat lembu’ yang hanya reti ‘menurut perintah dan arahan’ kerna takut DIPECAT,DIGANTUNG,HILANG JAWATAN dan TIADA PENDIRIAN, termasuklah mereka2 yang konon-kononnya ‘LAMA dan BERJASA’, malangnya tiadalah dapat mengenal yang mana Furqan yang mana Qurqan.

Secara khususnya pula, blog ini ditujukan kepada NP agar ’kembali’ ke pangkal jalan. Mudah-mudahan di beri peluang untuk bertaubat kepada Tohan Rabbul ‘Alamin, malangnya ‘angkuh’ dengan ilmu ‘tarek jantannya’,...masa EGM... menyorok, pasang bodyguard, jantan betinanya pula yang kena tarek oleh diri sendiri...., dicangkuk ibarat ‘kuda’ kerana merasai dirinya ‘keras’ tanpa disedari dirinya ‘diperjambatankan’ oleh Si Ipar Duainya Olin yang Murtad. Segala nasehat, pandangan dan penulisan di dalam blog ‘ini dan itu’ yang ditujukan kepada NP, tiadalah kesampaian.

Oleh yang demikian, saya menyarankan segala ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ saudara2 ’diposkan’ terus kepada NP, mudah2han diberikan sedikit masa mengundurkan langkah sumbangnya sebelum HUKUMAN MAHKAMAH TUHAN dilaksanakan. Jika saudara2 tiada berupaya melakukannya, maka saya memohon keizinan, menjadi wakil kepada saudara2 menyerahkan kepada NP ‘Watikah Peringatan & Pesanan’ . Mohon Dilaksanakan ataupun Keizinan..

ANTARA TANDA KIAMAT (HURU-HARA ATAS INDIVIDU) HAMPIR TIBA :

ANGGOTA MASYARAKAT YANG “PALING BIADAP” DIANGKAT MENJADI KEPALA PEMERINTAH

MEREKA YANG “JAHAT PERANGAI” MENJADI PEMIMPIN. ORANG2 ITU DIHORMATI KERANA TAKUTKAN KEJAMNYA.

Secebis Bicara Hamba Nyatakan
Sempurna Sudah Maksud Tujuan
Istiqamah dan Tawakkal dalam Ingatan
Kepada Tohan Hamba Serahkan...

Sapahabaq : Mulut sudah terkunci?


Friday, November 13, 2009

Sapahabaq : Yang Ramai itu Benar?

Petikan dari perutusan SUA PSSCM "PSSCM melakar sejarahnya tersendiri apabila kepimpinan Seni Silat Cekak Malaysia telah disambung oleh Y.Bhg Datuk Haji Maideen Kadir Shah sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCM iaitu selepas YM Tuan Haji Ishak bin Itam mengamanahkan mandat perguruan kepada beliau pada 3 hb. Jun 2009. Sebagai sebuah organisasi yang berperlembagaan, maka PSSCM telah mengadakan MAP LB untuk menerima, mengesah dan mengisytiharkan penyerahan mandat daripada YM Tuan Haji Ishak bin Itam kepada Y.BHG Datuk Haji Maideen Kadir Shah".

Tarikh Keramat : 3hb Jun 2009? Inilah sebenarnya yang ternanti-nanti oleh semua orang sebenarnya. Tarikh bila sebenarnya yang dikatakan Pak Ak serah? Sah dan pasti, itulah tarikhnya iaitu 3hb Jun 2009? Beberapa hari sahaja selepas Mesyuarat Agung di Terengganu. Jadi sah lah ya Pak Ak serah? Betui ka ni? Betui ka Pak Ak serah sebagai guru? Betui la tu mengikut kata yang kononnya terima! Sabit tu dia habaq kat AJK Pusat dia dah menerima serahan itu. Maka ramailah termakan cakapnya..... Apa sebenarnya yang Pak Ak cakap bila dia serah tu? SUA kenalah buat buku selepas ni mencerita detik-detik lakaran sejarah besar ni agar terpercaya semua makluk manusia di muka bumi sampai akhir zaman.

Pasai apa begitu ceritanya? Pasai dunia sekarang ni... suara ramai merupakan penentu! Siapa ramai, maka dialah benar!

Meneliti akan kisah 3hb Jun 2009 ni terbuktilah bahawa apa kata siperampas ni adalah benar semata-mata. Kata dia saja yang benar! Sekarang kata AJK Pusat saja yang benar! Dan. Kata EGM 31hb Oktober saja yang Benar! Kalau ada kata-kata lain dari itu... maka semuanya bohong. Sama ada orang yang cerita lain itu bohong dan/atau Pak Ak sendiri dah berbohong. Atau mungkin Pak Ak dah nyanyok jadinya?

Lalu biar ikuti catatan kisah pertemuan beberapa orang ahli dengan Pak Ak selepas 3hb Jun 2009 iaitu pada 4hb Ogos 2009 sebagai renungan..... atau untuk kita jadi semakin keliru.... untung2 kita boleh jadi orang yang terus berpikir agar dapat mencari kata pemutus dalam hal berguru......

PETIKAN DARI CATATAN RAKAN-RAKAN BERSAMA GURUKU PADA 4.8.2009 DI BUKIT MERTAJAM

1. Kami bertiga tiba ke rumah Ustaz pada pukul 3.45 pm

2. Di awal pertemuan bila ditanya tentang keadaan kesihatannya, beliau menyatakan beliau akan pergi tidak lama lagi.

3. Beliau bercerita bahawa beliau diserang oleh orang-orang sebelah "kita" dan orang dari sebelah "sana", tapi yang kuat dari orang-orang sebelah sana. Mereka mahukan dia mati supaya dapat mudah menjadi guru.

4. Guru berpesan kumpulkan ahli-ahli nya, benda ni tak kira orang baru atau orang lama.... masih ada peluang.... kalau ada rezeki dapat.... katanya.

5. Bila ditanya tentang anak muridnya, beliau berkata ramai yang datang melawatnya, tapi ada yang betul dan ada yang tak betul.

6. Beliau kata kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa. Berkenaan 'penyambung amanah' Hj Maiden juga atas kehendak Tuhan, beliau menyambung katanya ada 3, 4 hari Maiden bersama beliau untuk ditunjuk ajar cara2nya, tapi beliau kata "bukannya boleh pun... tengok muka pun tauuuu". Beliau menambah nak jadi guru ni bukannya senang, bukan setakat Malaysia... (beliau tidak menyambung).

7. Kata Guru, dulu Ustaz Hanafi 'bawak' benda ni, lepas dia pegi, benda tu mai kat saya, ada lagi sampai laa.....

8. Beliau berpesan pegang Muhammad dan Tuhan betul-betul, sambil mengenggam tangannya.

9. "Dulu masa saya sihat tak mau tanya, dah macam ni baru nak tanya". Beliau kata sebelah .......(beliau sebut nama tempat itu tetapi kami rahsiakan di sini)....... pun ada yang boleh di buat rujukan. Bila ditanya siapa orangnya, beliau tidak berapa ingat namanya dan lokasi sebenar, tapi orang itu asalnya dari .......(beliau sebut nama tempat itu tetapi kami rahsiakan di sini).......

10. Beliau menambah, dalam ahli silat cekak ada yang boleh bawak, "..............................(disebut tapi kami rahsiakan di sini).........namanya, seorang jurulatih lama, beliau tidak menyatakan dari kelas mana.

Tersebutlah kisah..... anak murid bertemu guru...... tapi apa kan daya..... kalau cerita banyak2 pun ramai tak percaya.......... Eh...eeh! macam syair pulak jadinya. Stop! baik stop kat sini je kisah-kisah pertemuan murid dengan guru ni. Boleh baca aja... takkan ramai yang percaya! Sebab apa? Sebab depa yang pi jumpa ni bukannya AJK Pusat! kalau AJK Pusat sekali pun depa ni bukan kroni NP atau SUA! Hanya mereka-mereka yang tertentu saja dalam PSSCM ni yang cakapnya boleh diterima pakai dalam EGM.... yang lain tu hampas.

Bagai di kata, kalau nak kenai guru ikutlah Maiden! Tapi malangnya yang ramai-ramai pi ikut tu pasai APA? Dia bukannya kenai lagi pun! Dia telah mengaku GURU! Pasai apa pi ikut?

Pak AK kata Dia tak boleh punnnnnnnn.

Yang pi ikut suara ramai tu pasai apa? Yang ramai tak tentunya benar!

Sapahabaq : Yang Ramai itu Benar?


Wednesday, November 11, 2009

Sapahabaq : Mereka takut dengan Bayang2

Sudah dinamakan bergantung! Maka tidak lah dapat memerdekakan diri!

Segala falsafah dan iktikad yang lahir melalui pengajian silat cekak berpandukan ilmu kefahaman melalui Pak Haji Zain turun ke Ustaz Hanafi seterusnya kepada Guru kita Pak Ak, nampaknya akan hilang dan terputus dalam hamparan perjalanan PSSCM.

Kita benar-benar percaya bahawa kata pemati pendirian berguru hakikat adalah 'dalam satu masa tidak ada dua guru'. Kalau dah berguru pada guru hakikat tak boleh lah berguru pada yang lain! Guru itu guru seumur hidup dan selagi guru itu hidup, itulah gurunya!

Tapi sekarang apa sudah jadi?

Perkara guru ini perkara leceh jadinya.... tugas guru sebenarnya adalah bekerja dengan persatuan. Harus ijazah orang agar persatuan terus bergerak dan persatuan mendapat sebahagian pendapatan. Bill harus dibayar, persatuan harus sentiasa mendapat publisiti agar muka-muka orang utama dalam persatuan dapat tersiar dalam media. Kalau persatuan tak dapat bergerak maka malaplah PSSCM dan nanti persatuan silat cekak lain akan terus berkembang dan nanti kerja-kerja ajk pusat yang dikatakan berjasa selama ini akan jadi sia-sia semata. Itukah Hakikatnya? Sehinggakan mereka tak sabar menanti Pak Ak pergi dan baru berusaha mencari penganti!

Pak Ak ni sakit terlalu lama sehinggakan membebankan PSSCM! Itukah sebabnya kita teriya-iya menamakan guru penganti? Kita terlalu yakin bahawa Pak Ak sakit ni tak akan sembuh dan akan mati dengan sakitnya itu! Oh sedih........ anak murid silat PSSCM memperhambakan guru sendiri. Last-last lebih mudah mengejan-gejan guru agar melaksanakan majlis ijazah juga. Kalau Pak Ak tak boleh..... tak kan lah tak ada cara lain.... lain orang ke? Akhirnya berjayalah mereka....

Berjaya mendapat nama tukang Ijazah
Berjaya mengambil alih kelas-kelas IPT di Lembah Klang
Berjaya menukar penyelia2 yang sehaluan dengan mereka
Berjaya memberhentikan tenaga pengajar yang tidak sehaluan
Berjaya mengijazahkan ahli biar pun syahadah lintang pukang
Berjaya membubarkan Cawangan Perak
Berjaya membatalkan EGM Cawangan Selangor
Berjaya mengangkat diri sendiri sebagai guru Utama
Berjaya melantik ahli LPT orang-orang mereka sahaja
Berjaya menjadikan Perlembagaan sebagai kertas jamban
Berjaya menyatakan bahawa Pak Ak tak reti hal pentadbiran
Berjaya meyakinkan ramai ahli bahawa Pak Ak itu 'mantan' guru
Berjaya mencanangkan bahawa Pak Ak sudah tiada ilmu

Syabas atas kejayaan ini.. dan syabas juga kerana berjaya...

Berjaya menjelaskan bahawa mereka itu sebenarnya...
Takut dengan Bayang-bayang...

Tergopoh-gapah dan terkejan-kejan. Itulah sifat orang yang takut!

Apa-pun, sebenar murid pada sebenar guru akan tetap melaungkan KEBENARAN dan yang batil, yang jahat, yang kotor dan yang khianat akan LARI..... mungkin lari tidak dengan bahtera lagi secara ramai2..... lari seorang diri dengan perahu kecil semata-mata.

Masih teringat kata guru 'maiden tu bila saya tak ada esok, orang akan ludah je dan dia akan berjalan sorang-sorang'..... Entahlah... harap2 ini tidak akan berlaku dan kita sama-sama pohon pada Tuhan tujuh pertala langit, Tuhan tujuh pertala bumi agar ending story ini baik-baik belaka mengikut kiraan DIA.

Amin.

Sapahabaq : Mereka takut dengan Bayang2

Tuesday, November 10, 2009

Sapahabaq : Anak Murid Kencing Berlari?

Kata Ustaz Hanafi dalam Dewan Masyarakat, Okt 1973, "Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa "roh" silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima juga ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati barulah ia layak menjadi GURU. Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Sebaliknya guru yang sebenar guru (murshid) mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang diredhai Allah".

Waduhhhh.... apa sudah jadi sekarang ni kepada ahli2 yang menyokong perampas jawatan guru? Perangai baus mereka telah digambarkan dalam EGM pada 31 Oktober lalu.... Di bariskan berapa ramai juak-juak mereka agar menghalang ambil foto, tiada pemerhati dan check piont di sana sini. Bagai nak masuk ke Pantegon. Padahal yang datang adalah ahli2 yang ingin melihat dan mendengar akan kebenaran... jika ada. Awal-awal lagi diajukan perlantikan guru utama mereka tanpa bahas. Kalau bahas..... Takut kot semua orang tahu sebenar kisahnya.

Yang pelik tang perarakan beristiadat... ada pulak escot gang-gang kaca mata hitam macam bodyguard kot.... ala-ala orang politik atau ala-ala gang mafia..... Apalah budaya yang sebenar mereka tinggikan (dah jadi passembor semuanya) sehinggakan bergantung pada budaya gangster macam ni..... sapa pula kepala gangsternya? Dauh dan Yakbak betui hampa ni!

Gambaran EGM di Selangor pula agak belain sikit, pihak jawatankuasa merasakan semua orang boleh hadir dan dengar sendiri perbincangan dalam mesyuarat tersebut. Malangnya juak-juak dari perampas telah menghantar gang-gang mereka yang sama dengan ketuanya sekali, seorang ajk pusat bercermin mata gelap. Tugas mereka ialah untuk membatalkan EGM tersebut agar tidak ada perbincangan terbuka dapat berlaku. Takut kot semua orang tahu sebenar kisahnya.

La.... semua tolong teliti kes-kes ni.... Pusat buat EGM dan bawa gangster agar orang takut nak masuk dan bersuara. Selangor buat EGM pun depa hantar gangster agar gagalkan mesyuarat dan orang tak boleh bersuara. Perak nak buat EGM depa bubar terus cawangan tu, macam tu depa tak perlu hantar gangster2nya. Ini budaya sapa? Pak AK? Ustaz Hanafi? atau budaya perampas jawatan guru dengan orang sekelilingnya!

Dah-dah tu, cuba lihat orang2 kanan kiri siperampas ni! ok ke depa tu? macam mala'un adanya....... ada yang telah dipangkah oleh Pak Ak diberi semula post2 utama...... atas alasan dia kenai sangat akan mereka. Ooop! kata perpatah Inggeris, 'hanya penyamun yang kenai penyamun'.

Ini lah perubahan zaman dalam PSSCM....., Perjuangan memertabatkan budaya bangsa melalui peradapan gangster melayu... Ooop! silap! sori.... peradapan gangster MGR (berkaca hitam)

Betuilah tu kata Ustaz Hanafi "....guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari..."

Sapahabaq : Anak murid kencing berlari?

Sapahabaq : Ini Silat Melayu Asli?

Ini yang payah! Mana tidaknya, bercakap pada sumber telinga semata-mata dan tak pernah mau menuntut secara khusus akan ilmu dalam bidangnya. Apa lah benda ni? Ini lah, cerita pasal silat Melayu asli!

Ahli silat cekak kerap mengaku bahawa silat cekak ini tergolong dalam rumpun silat melayu asli yang tak bercampur hak luar negeri. Sebab itulah dalam mana-mana majlis penerangannya diperhebatkan akan silat ini asalnya dari nenek moyang kita (Melayu) dan dilahirkan kembali zaman Ustaz Hanafi tahun 1965 untuk anak-cucu kita (Melayu). Silat yang benar-benar asli akan melayunya beralaskan pendirian silat melayu di mana tidak akan menguna kaki (sepak) melebihi paras lutut.

Rujuk lah pada setiap buah-buah yang tergabung dalam pelajaran silat cekak, semuanya adalah dari keputusan buah-buah silat melayu yang asli. Betul ke? Memang! Memang sah kerana penggunaan kaki tidak lebih dari kepala...... kepala lutut! Sebab apa alasan sebegitu? Orang Melayu penuh beradab! Sehinggakan bersilat pun tak akan sepak lebih dari kepala lutut. Kalau bersilat tari pun tak akan angkat tapak kaki menghala tetamunya. Itu lah resam Melayu! dan kalau bercakap tidak lah tinggi pabila ada orang yang lebih tua umurnya, dan kalau duduk tak akan melunjurkan kaki..... apatah lagi dalam majlis ilmu..... penat macam mana pun digagahkan juga.... kalau tak pun, dia akan bangun berpura-pura ke tandas untuk meluruskan kaki. Kalau berjalan di depan ramai, akan tunduk sedikit akan dia tanda minta lalu sebagai hormat dalam adatnya.

Apa dah jadi pada silat cekak ini sekarang?
Masih sama dalam silatnya akan tetapi resam dan adat telah bercampur hak luar negeri. Adat tercemar salasilah terputus dari keturunan nenek moyang kita dan si pengaku guru tak boleh lagi dapat berkata "silat ini asal dari nenek-moyang kita, dilahirkan kembali untuk anak-cucu kita". Berbohonglah dia kalau berkata begitu..... di mana amanah, sidiq dan mursyid.

rujuk perutusan ini:
Kini teraju kepimpinan PSSCM telah disambung oleh saya, maka segala usaha guru-guru Silat Cekak sebelum ini akan diteruskan supaya amanah bangsa ini diperjuangkan bagi mencapai cita-cita seperti yang telah digariskan oleh pengasas Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad. Saya berdoa dengan Taufik dan Hidayah serta dengan syufaat serta berkat guru-guru kita dan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka persatuan ini akan terus berjaya demi agama, bangsa dan Negara.


Dan apa kata kalau, tersampai kisah ini nanti di telinga anak cucu kita pada tika seratus tahun lagi... maka kita akan di maki mereka kerana terpaksa menerima yang bukan hak menerajui seni budaya bangsa. Mana maruah kita bila kita boleh pastikan yang dia ini bukan haknya dan kita biarkan sahaja kerana kita terlalu ego dan biarkan keegoan ini membuat keputusan.

Kenal lah macam mana yang dikatakan 'lebih melayu dari melayu' pabila tidak memahami konsep 'silat melayu asli'. Atau apakah dia 'terlebih melayu dari melayu' yang membawa maksud terlebih melayunya sehingga biadab dengan budaya dan resam Melayu.

Harus diingat! Beruk jika dipakaikan baju kot dan tie, belum tentu dah jadi mat salleh. Ia tetap beruk pada sifatnya.

Kalau tak tahu akan adat jangan sekali-kali beristiadat. Buat Malu je..... tolong menuntut lagi dan jangan terus perasan....

Sapahabaq : Ini Silat Melayu Asli?

Sunday, November 8, 2009

Sapahabaq : Ini Pesan Kepada Anak Murid?

Kemelut dalam persatuan seni silat cekak Malaysia membuat ramai ahli-ahlinya mencari sebenar keputusan. Malangnya ramai, ya ramai hanya mengikut suara ramai dan ini terbukti dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa. Siapakah yang membuat keputusan itu? Mereka adalah ahli-ahli persatuan! Ahli silat semata-mata! Anak murid guru silat! Kenapa begitu? Mereka sanggup membelakangi pendirian berguru dengan sebenar guru - bahawa sebenar guru adalah seumur hidup akan gurunya! (sebab itu la syarat ini dok dalam perlembangaan - bukan saja-saja, sebab akan berlaku seperti itu satu hari dan perlembagaan sebagai panduan - kalau langgar maka itulah orang yang tak benar)

Dah takut dengan bayang-bayang! Kalau guru silat tak bermaya, gantikan saja walaupun tak jelas perintah sebenarnya. Apa yang tak jelas? Kan guru itu dah serah katanya... Cuba cek betul-betul apa yang diserah! Serah tugas tolong Ijazah kot dan jalankan persatuan seperti biasa sementara menanti keputusan yang tepat.... itu saja!

Malangnya anak murid silat telah terpengaruh dengan keputusan anak murid persatuan yang memeggang tompok pentadbiran.... Kenapa bergitu? Mereka terlalu yakin bahawa semua ajk pusat itu adalah pilihan guru. Ye ka tu? Sudah tentulah.... sebab guru yang pilih kan mereka2 itu. Lagi sekali, tolong cek betul-betul! Betui ka NP tu guru yang pilih dia jadi NP? Atau pun guru telah pilih orang lain..... Tapi dia bangkang dan kemudian dia sendiri minta nak jadi NP!!!! Maka sifat guru seperti adanya.... bagilah dia jadi NP sehinggalah sekarang...

So, ada ke kemungkinan bila jadi tukang ijazah.... dia sendiri yang minta? Itu sifat orangnya!

Habis tu, pada mereka yang masak akan perkara sebegini sering berlaku dalam persatuan, maka mereka mencari-cari sebenar kebenaran.... dan bertemulah mereka dengan sebenar guru.

Ini ada beberapa sahabat menceritakan pesan-pesan Sebenar Guru ketika kemelut ini berlaku :-

Di suatu ketika:
"saya ni dah tak boleh Ijazah, saya masih tak nampak lagi sapa yang boleh ijazah, tak tau la kalau depa boleh buat, depa dok gaduh pasai ijazah di IPT"

Di ketika yang lain:
"Hj Maiden tu pun atas kehendak Tuhan, 3, 4 hari bersama saya untuk tunjuk ajar cara-caranya, bukannya boleh pun, tengok muka pun tauuuu...."

Di ketika yang sama:
"Nak jadi guru bukannya senang, bukan setakat Malaysia...."(guru tak menyambung)

Di ketika yang sama:
"Saya masih lagi guru..... saya cuba nak buat tapi kesihatan saya... tapi tak larat"

Di ketika yang sama:
"Dulu Ustaz Hanafi bawak benda ni, lepas dia pegi, benda tu mai kat saya, ada sampai la..."

Masih banyak kebenaran yang benar telah diketahui oleh anak-murid sebenar guru tapi ruang dan waktu tidak mengizinkan mereka mengkisahkan kerana persatuan kita telah ditakluk, telah dijajah oleh mereka yang mengaku mereka saja benar dan punya kuasa menentukan guru. Mangkuk Hayung....!

Tapi apa cerita pulak dengan video yang ditayangkan oleh ajak pusat tu?

Soalnya mudah sangat! Ada ke perutusan, amanat atau pesan jelas dari YM Guru Utama PSSCM bahawa dia dah serahkan kepada sesiapa dalam majlis yang cukup sempurna? kalau setakat dalam video tu samalah seperti gambaran...." kita boleh tarik kuda ke sungai..... tapi kita tak boleh paksa kuda itu minum airnya!"

Mereka boleh paksa guru melakunkan perbuatan penyerahan, namun perbuatan, lafas dan niat tidak pernah berlaku serentak. Sebab apa? ini kehendak anak2 murid silat dan persatuan semata-mata. Bukan! Bukan! Bukan kehendak perintah yang sebenar, perintah yang diredhoi.

So sekarang ni apa dah jadi?

Mereka telah tertipu, kerana mereka rasa suara ramai menentukan pilihan guru mereka. Maka mereka percaya EGM itulah penentu guru bukan Yang Maha ESA. Mereka percaya merekalah penentu.

Alasanya? Tanpa Bahas. Kalau bahas nanti ada persoalan atau mereka takut ada orang yang mencerita yang sebenar. Oleh itu, tanpa bahas, maka mudah keputusan mereka tidak di tidak tentukan. Merekalah yang membawa wasilah Yahudi. Menghalalkan cara......... untuk apa saja.

Mustahil!!!! Apa yang mustahil? Kan guru dah katakan kepada ramai orang bila ditanya, bahawa "saya dah serahkan kepada maiden..."

Ha...Ha... itu untuk anak murid silat dan persatuan semata-mata. Dah takut sangat jalan perjuangan yang hak ini terputus kononnya..... maka itulah jawaban bagi mereka yang berperdukan silat dan persatuan semata-mata.

Yang lain akan terus bersama sebenar guru (seumur hidup) dan kekal akan bersama sebenar pengganti walaupun seribu tahun lagi. InsyaAllah...

Sapahabaq : Ini Pesan Kepada Anak Murid?

Saturday, November 7, 2009

Sapahabaq : Guru Silat Cekak Mesti Orang Kedah?

Kalau betui macam tu.... maka hanya orang Kedah sajalah yang seronok! Sampai ke Khiamat lah guru silat cekak ni akan dimonopoli oleh orang kedah sahaja. Orang Afrika, Jepun, Burma, Cina, India dan semua orang dari tempat lain selain Kedah... tak dak peluang la nak jadi guru.

Mana boleh macam tu!!!!!!

Habis tu macam mana?


Kan silat cekak bawa falasafah ;
kita bersilat bukan pasai silat, kita bersilat pasai Agama
kita bersilat bukan pasai silat, kita bersilat pasai Allah.

Memang la betui! kita bersilat bukan pasai silat..... kita bersilat pasai hal lain... tapi tak kan lah tak reti-reti yang pasai tu satu bab, bab silat tu satu bab lain.

Bab silat ni, silat Melayu asli, maka tetaplah hak Melayu.... hanya guna silat ini saja untuk hal lain.... Itu saja! Kalau nak diikutkan, Ustaz dah khatam silat Sendeng dulu.... tapi tak nak pakai silat tu untuk tujuan bersilat. Tapi kalaulah dia tak jumpa silat cekak dan dia guna silat sendeng... tetaplah dia bawa tujuan yang sama! Makna tujuan tu tetap! walaupun apa jalan mana sekali pun.

Hal guru silat cekak mesti orang Kedah ni bab lain pulak. Pasai apa? Pasai silat ni orang kedah yang punya.... buktinya seperti pesan Tok Rasyid pada Pak Ya.... jadi dah Ustaz ambik jalan ni untuk tujuan yang besar maka seharuslah mesti orang kedah jadi guru selagi nak pakai silat ini untuk tujuan yang BESAR tu! itu saja.... Kalau dah tak nak guna silat ni maka sapa nak ambik jadi guru... jadilah! Dah berapa ramai guru silat yang asal dari Pak Ya ni jadi guru yang bukan orang kedah pun.

Habis tu macam mana kalau orang Kedah bukan guru silat cekak ni! Laaaa... terputuslah antara jalan dan tujuan! Pasai orang Melayu ni beradab dan sentiasa kenang jasa...... selagi nak pakai silat ni maka kita kenang jasa pada silat cekak yang bergurukan mesti orang kedah. Dan benda ni boleh dok di jalan mana pun.

So, now how?

Bila silat cekak dah dengan bersalasilahkan bukan orang kedah maka terputuslah dengan silat cekak aslinya.
Bila silat cekak dah dengan bersalasilahkan bukan orang Melayu maka terputuslah dengan watikah asal bangsanya......

Macam mana tu?

Sabit tu la.... orang tempatan bila bina mesjid depa ikut ciri-ciri budaya tempatan..... di China mesjidnya berbentuk budaya bangsa cina, di Malaysia cara ciri Melayu, di Arab cara ciri Arab dan begitulah serata dunia. Dan, IMAM nya pun orang tempatan!

Samalah orang Belanda yang balik ke negerinya memperkembangkan budaya Tae kwan do di negeri mereka atau serata dunia. Besar mana sekali pun perkembangan mereka tu..... Tetap pada hakikinya itu orang Korea yang punya dan milik bangsa tu sampailah ke akhir zaman akan tetap macam tu. Maka orang Belanda tu pinjam atau curi untuk tujuan kepentingan diri semata-mata.

Bagai kata perpatah : Belanda dapat TANAH!

Sapahabaq : Guru Silat Cekak Mesti Orang Kedah?

Friday, November 6, 2009

Sapahabaq : Berpakaian Dengan Isyarat?


Mula-mula rasa malas nak tulis bab ni! Malas nak suruh orang yang buta hati.... untuk kembali celek! Kalau dah buta tu.... susahlah nak dicelekkan sebab sendiri yang butakan hati tu..... Depa ni dah tak nak nak baca yang tersirat... sekali keleh yang tersurat, dah pegang sampai mati... sabit tu hati dah mati!

Apa cerita ni?
Ni ha! cerita pasai pakaian dengan isyarat!
Apa dia?

Ustaz Hanafi susah payah pecah kepala pikirkan nak bagi tau pada ahli silat dan masyarakat umum, khususnya orang Melayu pasai pakaian guru ni......... tapi last-last anak2 murid yang dikatakan ikut saja cakap guru, sendiri yang tak paham!

Nak ikut kan.... memang malas nak cuba bagi bayangan ni! tapi bila sahakat kita kat blog dia dah petik..... akumatihidupkembali . Apa salah kita panjangkan sikit... kot-kot ada yang tercelek!

Cuba baca pantun ni!

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat

berpakaian pula dengan isyarat

Cuba baca sekali lagi.......

Bacalah berkali-kali dan cuba pikir dengan akai.........
Baca semua baris betui-betui dan faham baris hujung : berpakaian pula dengan isyarat

La cuba tengok gambar-gambar guru selama ni... tak kiralah Ustaz Hanafi ka atau Pak Ak. Berapa pakaian yang guru ada?

1. Pakaian kot silat cekak sebab pemimpin pentadbiran...
2. Pakaian Ulama sebab guru hakikat
3. Pakaian singkap dan silat bertali pinggang kuning sebab guru silat/hulubalang (tapi pasai apa kuning?)
4. Pakaian songket serba kuning sebab apa ya?

Yang layak pakai kuning macam ni dalam peradaban Melayu... hanya RAJA! Raja Kapoor pun tak layak pakai kuning... kalau Raja Kapoor pakai juga kuning, makna muka tak malu dan pengikutnya pasti buta atau kaki bodek semata-mata.

Apa tidaknya! sanggup gadai maruah Melayu dan boh taraf raja pada bukan bangsanya sendiri...
Betui-betui maarop sintok betui!

Maka terserlahlah... pada akhirnya anak-murid ustaz Hanafi tak paham. Demi maruah persatuan, depa tak paham adat resam, budaya bangsa, tak paham apa yang dibawa guru berlantaikan apa dia! Dan sanggup tikam bangsa sendiri kerana takut pada seseorang.

Yang benar, Raja Kapoor bukan raja kerana dia bukan melayu!

Sapahabaq : Berpakaian Dengan Isyarat?