Monday, August 30, 2010

sapahabaq : Sama dengan Rasulullah...

emmm ramai ahli2 silat cekak dah keliru, depa ni masuk silat cekak sebab seni bangsa, memertabatkan seni bangsa. pada masa yang sama belajar lah sikit2 agama melalui penerangan guru tetapi kerana terlalu asyik maka mereka lansung menyatakan;

1. bahawa silat cekak bawa perjuangan agama...

jawapannya: kalau macam tu Silat yang di bawa Pak Ya lah yang mula bawa perjuangan agama. Silat Cekak Hanafi dan Silat Cekak Pusaka Hanafi pun bawa perjuangan agama.

Maka akan berkata pula :

2. bukan silat cekak tetapi guru silat cekak

jawapannya: kalau macam tu semua guru silat cekak lah yang bawa perjuangan agama... bermula dgn Panglima Ismail, Tok Rashid, Pak Ya, Ustaz Hanafi, Pak Ak, Mat Radzi, Joe Marwi dan sekarang Maiden.

Maka akan berkata pula :

3. Guru-guru Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sahaja bawa perjuangan agama....

jawapannya : kalau macam tu Maiden tu lebih hebatlah dari Pak Haji Zain kerana dia guru PSSCM dan dia bawa perjuangan agama tetapi Pak Hj Zain bukan ahli pun.... Fahaman yg dibawa oleh pengasas ni mai mana? bukan kah dari pak hj zain...

Maka akan berkata pula :

4. Guru yang bersanadkan kpd Pak Haji Zain itulah yang bawa perjuangan agama

jawapannya: kalau macam tu hanya mereka2 ini sahaja ke yang bawa perjuangan agama...... Pak Hj Zain, Ustaz hanafi, Pak Ak dan kini Maiden? Bermakna mereka ini semua mempunyai ketinggian ilmu yang sama? perjuangan yang sama? atau Ustaz Hanafi telah membawa melalui silat cekak maka hanya guru silat cekak malaysia sahaja yang bawa perjuangan agama dan lebih tinggi darjat dari orang lain... termasuk Pak Hj Zain?

Macam mana pula dgn anak murid Pak Hj Zain yang lain? mereka terus mengajar kitab hikam dan HJ Ghazali pun menuntut dengan anak murid Pak Hj Zain sekarang ini.

Maka akan berkata pula :

5. Hanya Tok Hikam sahaja bawa perjuangan agama.....

jawapannya: patut la begitu.... apa bangsa pun tak apa sebab mereka cuba nak katakan guru mereka si Maiden tu Tok Hikam seperti lah Pak Hj Zain yang bawa ilmu tauhid maka guna sahaja silat cekak malaysia ni sebagai jentera untuk menyampaikan ilmu tauhid kepada semua umat islam di Malaysia....

Jadi kenapa penting sangat nak jaga silat melayu tu?

masukkan sahaja ilmu bela diri bangsa lain agar seluruh umat islam tak kira apa bangsa pun boleh mendapat ilmu tauhid dari Tok Hikam siMaiden tu!

Lagi pula guru silat melayu ni pun bangsa hindu! perjuagan islam tak boleh pilih bulu dan harus berlaku adil...... semua bangsa boleh masuk semua budaya kena diperkembangkan? kan? kan? kan?

Maka akan berkata pula :

6. Guru kami akan bawa apa yang Ustaz Hanafi bawa.... tidak lebih dari itu...

jawapannya : Guru hampa tu tau ka apa ustaz hanafi bawa? kenapa dia tak nak buka pondok macam saranan Pak Hj Zain? kenapa dia tak bawa sendeng tapi Silat Cekak? Kalau setakat agama dah pasti dia bawa cara pondok sahaja habis tu kenapa bawa kot silat melayu......?

Maka akan berkata pula :

7. Guru kami betul dan penganti yang sah sebagai Presiden, Guru Utama dan Tok Hikam dengan itu hanya Maiden lah yang layak untuk memimpin umat Islam di Bumi Melayu ini walaupun asal bangsanya hindu.... kerana Perjuangan yg dibawa oleh guru2 silat cekak adalah utk umat islam cuma zaman ini perjuang ini hanya lalu ikut bangsa melayu. Kita kata perjuangan silat cekak adalah sama dengan apa yg dibawa oleh rasulullah, sedangkan rasullah bukan melayu. Tapi kita terima, kenapa sekarang tidak pulak. Islam agama sejagat bukan agama sesuatu bangsa.

jawapannya : satu pertanyaan! kalau perjuangan silat cekak adalah sama dengan apa yg dibawa oleh rasulullah... Jika ianya benar maka mengapa syahadah yang dilafazkan oleh guru silat cekak ini (maiden) berbeza/bercanggah/berlainan dengan kalimah syahadah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, sahabat, tabi’in dan seluruh para ulama ahli sunnah wal jamaah?

di mana samanya dengan rasulullah? apa hakikatnya? ilmu perjuang islamnya? Tok Hikamnya? dsbnya......


Sunday, August 29, 2010

sapahabaq : Pembelaan Seterusnya

Dipetik dari FaceBook : Kata pembelaan oleh seorang Setiausaha Cawangan dalam pemerintahan 1Maiden . . .

" Peristiwa syahadah merupakan ‘bola tanggung’ buat kaum yg sdg menderita sakit hati krn akhirnya mereka dpt juga menemui racun yg diidamkan2 selama ini gunanya bagi meracun dan memecah belahkan ummat. Manakala bagi kami peristiwa berkenaan dpt menzahirkan utk kami kumpulan ‘Abdullah Bin Ubai’ yg sedang bersembunyi dikalangan kami selama ini. Akhirnya kaum ini menunjukkan mukanya juga sesudah berusaha secara senyap sblm ini dgn mengusung bola tanggung yg baru ditemui keseluruh Semenanjung Tanah Melayu utk merasuk ummat. Katanya ‘petunjuk’ dari Allah ini adalah kebenaran utk ummat. Dia menghalakan sebatang jarinya menunjuk2 kpd org, tetapi dia lupa 4 btg lagi jarinya sendiri sedang menunjuki dirinya sendiri. Mereka mengusung bola tanggung ini dgn jalan mencerca dan menghina keatas apa yg tlh Allah tentukan atas warna kulit, darah dan daging seseorang. Inilah akhlak kaum yg pernah diberikan amanah utk mentadbir sblm ini.

Dari 1001 macam jln penyelesaian, akhirnya jln fitnah dan khianat juga yg mereka ini pilih. Ada hati pula kaum ini hendak mengajar kita ttg ‘menghormati pendirian org lain’,’hak & amanah’ dan ‘perdu iman’. Lebih aneh lagi, ada hati pula kaum ini nak mengajar kita ttg persaudaraan & pentadbiran.

Krn mengenangkan rekod persaudaraan sblm inilah kita berdiam diri selama ini walau apa pun yg kaum ini buat. Setahun kita bagi kaum ini ruang & masa utk mengendurkan serangan khianat mereka kpd ummat.

Nyatalah mereka ini tidak akan dan tak mahu berenti.

Dan kami juga tidak akan berhenti walau utk sesaat pun demi utk mempertahankan wadah ini. "

Persoalannya :
Kenapa tak jawab saja bab syahadah tu?


Saturday, August 28, 2010

spahabaq : Kami lah Pembela

Tak habis habis depa nak bela, tapi guru mereka dan barisan AJK pusat semuanya dah zip mulut...

Siap kalau buat majlis ijazah dah tak bagi orang berkenaan masuk majlis.... takut guru mereka ni tak leh control bila bercakap atau pun takut syahadah pelik guru mereka ni berulang kembali....

Gerakan sekarang adalah mengarah pembela2 mereka untuk menjawab di sawang blog yang ada... siap main cabar2 lagi tu.....

LIHAT APA KATA PEMBELA :

rujuk : http://blogcaripasal.blogspot.com/2010/07/pembongkaran-bacaan-kalimah-syahadah.html

"soalan saya… yang mana lagi ramai?? org yg kata syahadah dia betul ke orang yang kata syahadah dia x betul???

kenapa pilih yg minoriti…bengap sangat ke org len smpi x tau syahadah betul ke tak… pandai sangat ke org yg mengatakan dattuk maideen tu salah… kenapa nak tanya ngan datuk maideen syahadah dia tu betul ke tak, kalau salah takkan dia nak ngaku.. tanya lah jabatan islam yg lebih arif, kita ada 14 buah negeri kat malaysia ni..dah tanya tapi xda jawapan..

apa maksudnya?? mereka pun tak confirm lagi syahadah dia tu betul ke tak tapi korang pandai2 kata syahadah dia salah….setuju?"

kata pembela lagi......

saya cabar saudara post saya ini kluar kat blog saudara...selain sy nak dengar pendapat saudara, saya nak dengar pendapat org len yg bagi komen n menyebelahi saudara..

dan jawapan suarajagat :
http://suarajagat.wordpress.com/2010/06/10/tazkirah-sj-ucaplah-syahadah-dengan-betul/#comment-2119

'majoriti bukanlah bermaksud mereka itu benar. Ia tidak boleh menjadi hujah kepada kebenaran. Sebagaimana kita melihat jumlah yahudi dan nasrani yang ramai..itu tidak membuktikan agama itu benar. Kebenaran tidak diukur berdasarkan jumlah pengikut. Jumlah penduduk yahudi di palestin tidak membuktikan umat Islam palestin sebagai bersalah. Demikianlah juga dalam isu silat cekak malaysia ini.

anda kata telah bertanya kepada pihak jabatan agama islam..dan tiada jawapan? seperti yang saya nyatakan dlm komen2 sebelum ini, kita tunggu dan lihat…tiada jawapan buat masa ini tidak bermaksud mereka tidak berbuat apa-apa. di mata masyarakat, mungkin nampak seperti tiada tindakan… tapi mungkin sebaliknya.

mmm….bila penyokong Datuk Maideen nak jawab soalan SJ..'

Monday, August 23, 2010

sapahabaq : Mereka terus membela

Bela jangan tak bela! Nampak sangat mereka tau guru mereka itu silap dan salah tetapi kerena terlalu takut atau taksub kepada guru mereka itu mereka tetap tidak mahu mengaku... bahkan cuba mengalih perhatian kepada kesalahan awam dalam masyarakat pulak... tanpa sedar fahaman mereka itu sebenarnya mempengaruhi atau memperdayai sebahagian besar masyarakat, khususnya di IPT

Kalau dah tak betui tu... mengaku je la.... jangan angkuh dan sombong..... selagi tidak mahu mengaku silap maka selagi itulah mereka menyatakan bahawa pengangan Syahadah guru mereka itu benar walaupun bacaannya ternyata bertentangan dengan kalimah syahadah yang lazimnya yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Mereka terus bersubahat dan membela guru mereka........ Apa nak jadi dengan anak-anak melayu di Tanah Melayu ini? Mereka sanggup taat setia kepada guru mereka membabi buta, sanggup menjadi tuah yang kali ini mentaati si jebat sebagai ketua mereka, yang biadab kepada rajanya sendiri.

Maka mereka terus membela!!!!!!!

[dan salah seorang hulubalang mereka membela guru mereka dalam komen blog suarajagat...... bacalah pembelaan mereka dan kemudian apa kata suarajagat pula]


zaer says:

Salam Juang,

Saya sebagai bekas ahli yang juga pernah membaca Syahadah didepan Guru Utama Datuk Maideen (PSCCM).Secara dasar ,atau logik atau ilmu aqidah yang dipelajari,secara pengamatan dalam keadaan sedar,tidak terlihat kesilapan Guru dalam membaca syahadah.

Bukan untuk membela kerana saya juga telah keluar dari PSCCM,tetapi sekadar apa yang dipelajari di sekolah dan pondok, PSCCM tidaklah kontradik dari Aqidah AhluSunnah waljamaah., kerana 1) saya telah menyertainya 2) saya dapati gerakannya l mirip gerakan solat. 3) Saya keluar kerana ” Semangat Bangsa” atau ” Melayu” terlalu kuat lebih dari ” Islam”. Silat seharusnya melebihkan agama dari bangsa, kerana yang dapat menyatukan manusia adalah agama ,bukan Bangsa.

Bagi saya, lafaz syahadah yang dilafazkan oleh seseorang , perlu ada Penyaksian kepada Allah dan Rasul, secara lisan,hati dan amalan. dan itu yang dibicarakan dalam pelajaran Tauhid.

Persoalan yang ingin di timbulkan , adakah Syahadah yang selama ini umat islam baca telah teguh didalam jiwa manusia?, adakah telah Syahadah telah menjadi arah tuju kehidupan manusia?..Adakah Syahadah yang dibaca hanya akan diterima apabila betul Tajwidnya atau Makhrajnya???….Sedengakan Syahadah yang sesungguhnya adalah komitmen atau Sumpah bahawa Hidup,mati, Ibadah hanyalah untuk Allah semata ,dan Rasullulah adalah tauladan kehidupan… Soalan lagi, Adakah Rasullulah telah benar2 menjadi ikutan Kta?? atau hanya 1/2/3 sahaja???…Adakah Cinta kepada Allah telah melebihi segalanya apa yang kita cintai..

Justeru, saya menasihati jika ingin terima atau tidak..Adalah lebih baik kita hisab diri ,adakah Syahadah yang kita telah teguh didalam jiwa kita ?? seperti firman Allah didalam Surah Ibrahim….Allah mengumpamakan Kalimah yang baik dengan pohon yang baik…

Adalah lebih baik bicara, bagaiman ingin selesaikan MASALAH AKHLAK dikalangan remaja..ramai berbicara HUDUD mampu menyelesaikan. TETAPI BAGAIMANA ingin MENYAMPAIKAN tentang HUDUD agar difahami oleh UMAT ISLAM MALAYSIA.. Bagi yang mengaji agama , barangkali udah faham..Tetapi MAJORITI yang tidak tahu bagaimana??..MASALAH REMAJA , KALIMAH SYAHADAH nya BAGUIH, TAJWIDNYA<>

  • suarajagat says:

    terima kasih atas komen saudara zaer..
    dan saya gembira bila anda sendiri mengambil potongan ayat surah Ibrahim.

    nampaknya anda hanya beberapa hari menjadi ahli silat cekak dan tidak memahami keseluruhan silat tersebut.

    Untuk pengetahuan saudara..secara dasar, logik dan menurut ilmu dalam bidang akidah dan nahu bahasa arab, sebutan kalimah tersebut ternyata bertentangan dengan kalimah syahadah yang lazim sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat r.a, para tabi’en dan sekalian ulama dari kalangan ahli sunnah wal jamaah.

    Perlu di ingat bahawa sepotong kalimah boleh membezakan seseorang di hadapan ALLAH SWT. Kalimah tauhid tidak boleh dipisahkan dari akidah. Kerana itu Rukun Islam yang pertama ialah mengucap 2 kalimah syahadah. Firman ALLAH dalam surah Ibrahim ayat 24-27 wajar dijadikan renungan, maksudnya :

    ” Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana ALLAH mengemukakan satu perbandingan, iaitu:kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin TUHAN-nya. Dan ALLAH mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. ALLAH menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengankalimah yang tetap teguh (kalimah syahadah) dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan ALLAH menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan ALLAH berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA. ” (surah Ibrahim : 24-27)

    berkaitan dengan kata-kata anda ini pula :

    adakah Syahadah yang selama ini umat islam baca telah teguh didalam jiwa manusia?, adakah telah Syahadah telah menjadi arah tuju kehidupan manusia?..Adakah Syahadah yang dibaca hanya akan diterima apabila betul Tajwidnya atau Makhrajnya???….Sedengakan Syahadah yang sesungguhnya adalah komitmen atau Sumpah bahawa Hidup,mati, Ibadah hanyalah untuk Allah semata ,dan Rasullulah adalah tauladan kehidupan… Soalan lagi, Adakah Rasullulah telah benar2 menjadi ikutan Kta?? atau hanya 1/2/3 sahaja???…Adakah Cinta kepada Allah telah melebihi segalanya apa yang kita cintai..

    Justeru, saya menasihati jika ingin terima atau tidak..Adalah lebih baik kita hisab diri ,adakah Syahadah yang kita telah teguh didalam jiwa kita ?? seperti firman Allah didalam Surah Ibrahim….Allah mengumpamakan Kalimah yang baik dengan pohon yang baik…



    Adalah lebih baik bicara, bagaiman ingin selesaikan MASALAH AKHLAK dikalangan remaja..ramai berbicara HUDUD mampu menyelesaikan. TETAPI BAGAIMANA ingin MENYAMPAIKAN tentang HUDUD agar difahami oleh UMAT ISLAM MALAYSIA.. Bagi yang mengaji agama , barangkali udah faham..Tetapi MAJORITI yang tidak tahu bagaimana??..MASALAH REMAJA , KALIMAH SYAHADAH nya BAGUIH, TAJWIDNYA<>

    Jawapan SJ :

    Untuk menjadi seorang muslim yang baik, keseluruhan aspek kehidupan mesti dititikberatkan. Pengucapan syahadah yang betul adalah 1 kewajipan. Hal-hal berhubung kefahaman akidah, pelaksanaan syariat, dan keperibadian akhlak adalah amat penting. Kesemua perkara ini mestilah dijaga, dihayati dan diamalkan secara serentak, selari, seiring dan sejalan. Kemantapan keseluruhan perkara tersebut membentuk insan kamil. Rasulullah s.a.w mengajarkan umatnya syahadah yang betul dan akhlak yang lurus…justeru, kedua-duanya adalah penting dan perlu.

    yang pasti komen anda sama sahaja seperti ribuan ahli CM yang lain, yang masih tidak mampu menjawab soalan SJ :

    Jika ianya benar maka mengapa syahadah tersebut (yang dilafazkan oleh Dato’ Maideen) berbeza/bercanggah/berlainan dengan kalimah syahadah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, sahabat, tabi’in dan seluruh para ulama ahli sunnah wal jamaah?

    ...................................................................................................................

    [ikuti seluruh perbincangan syahadah ini di blog suarajagat]

Tuesday, August 3, 2010

sapahabaq : Edisi BONGKAR!!!

Rata-rata telah berbisik khabar kononnya Jawatankuasa Pusat PSSCM sedang menyenaraikan nama mereka-mereka yang menolak si guru baru psscm. Kononnya mereka2 ini merosak persatuan dan perlu diambil tindakan wajar.

Samalah tu! psscm kumpul nama yang menentang guru baru! Yang tidak dapat terima syahadah guru baru pulak sedang kumpul nama mereka-mereka yang menyokong lafaz syahadah 'telo' guru mereka yang merosak masyarakat!

Sama-samalah kumpul nama-nama dan bongkarkan nanti!!!!!!


1. Yang pasti! Yang menyatakan syahadah guru baru itu hanyalah 'telo' adalah terdiri dari sejumlah besar AJK Pusat. (nama mereka akan disenaraikan nanti untuk pengetahuan umum).

2. YDP cawangan serta AJKnya yang menyokong perlantikan guru baru tanpa mahu membincangkan langsung isu syahadah 'telo' ini. (nama mereka akan disenaraikan nanti untuk pengetahuan umum).

3. Beberapa individu dari UIA yang lantang mempertahankan syahadah 'telo' dan keilmuan guru baru ini melalui Facebook secara nyata. (nama mereka akan disenaraikan nanti untuk pengetahuan umum).

BONGKAR jangan tak BONGKAR!!!!!!!


1. Pembongkaran Bacaan Kalimah Syahadah

2. Ucaplah syahadah dengan betul