Sunday, October 21, 2012

sapahabaq: Siapa Sebenarnya….



Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!!

Pada asalnya silat ini ada mempunyai lafas sebelum masuk latihan iaitu “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah”… dek kerana pertikaian antara silat cekak dan silat kalimah, lafas ini telah digugurkan pada amalan silat cekak. Padahal nama silat ini dihebahkan sebagai silat Sri Kedah dahulunya oleh Yahya Said, kemudian silat ini dinamakan pula sebagai silat cekak apabila diterajui oleh Ustaz Hanafi dan kemudian barulah Yahya Said (guru kepada Ustaz Hanafi) terus mengajar silat ini atas nama silat kalimah. Namun begitu masih terdapat beberapa guru lain mengajar silat yang asal usul dari Panglima Ismail ini, atas nama Silat Sri Kedah di Anak Bukit dan ada juga atas nama silat Papan Sekeping di Teluk Air Tawar. Ada juga berpendapat mengikut para pengkaji sejarah, bahawa silat ini dahulunya digelar ‘Gerak Sabil’ pada zaman Panglima Ismail dahulunya, Yahya Said lah yang menamakan sebagai silat Sri Kedah apabila hendak dikembangkan melalui Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Jadi siapa sebenarnya yang boleh kata Ya, dan boleh kata tidak? Ikut lah mana yang patut dan mana yang betul pada mana-mana pun. Pasti semua akan kata betul pada pendirian masing-masing. Yang pasti, semua silat-silat ini tetap melafaskan “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah” kecuali silat cekak. Namun lafas ini masih di bawa oleh guru silat cekak yang terdahulu ia itu Ustaz Hanafi dan Ishak Itam.

Kenapa begitu? Kerana tersembunyi rahsia dalam pendirian silat ini dizahirkan. Ya, dalam pendirian silat ini dizahirkan, dan menjadi hakikat silatnya. Ini ternyata didalam ayat lafas penuh sebelum melafaskan “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah” (tidak disertakan ayat penuhnya di sini) dan juga doa khusus yang akan dibaca oleh para guru (tidak disertakan doa nya di sini)  pada setiap kali berjabat atau bersalaman semasa mengijazahkan anak murid. Bahawasanya doa khusus pakaian guru ini diperturunkan dari seorang guru kepada mereka-mereka yang layak menjadi guru sahaja. Barulah mereka boleh bergelar guru yang hak mengajar silat ini. Ibarat kata, kalau tak ada doa ini dibaca oleh seorang guru semasa ijazah, ibarat ijazahnya kosong kerana tak tahu apa hakikat silat ini. Maka guru itu hanya nak mengajar silat semata-mata tanpa membawa tauhid sebagai perdu silat ini. Dek itu jadilah bab silat lain dan bab tauhid lain, tak dok sekali tapi sekadar kait mengait sahaja supaya orang boleh percaya pabila mendengarnya.


Doa ini amat jelas mengambarkan apa itu pendirian dan hakikat silat ini sebenarnya. Tujuan apa silat ini diajarkan. Tapi hanya guru sahaja lah tahu kerana dia sahaja yang ada doa ini, namun begitu kalau dia faham bahasa arab la, sebab doa ini dalam bahasa arab. Mungkin atas doa ini lah Ustaz Hanafi memilih silat ini untuk diperkembangkan secara bersungguh-sungguh melalui persatuan seni silat.

Maksud dalam doa ini juga sering dikaitkan dalam penyampaian oleh Ishak Itam seperti juga ‘Pelapik Tuan’ sebagai sandaran ucapan-ucapan beliau. Bab ‘Doa khusus guru’ bab Hakikat Silat dan ‘Pelapik Tuan’ bab Hakikat Perjuangan.

Bila sampai di sini, Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!! Jawabnya sekali lagi, Ikut suka kau la labu…….. Sapa nak jadi guru…. Jadilah kalau dah rasa layak jadi guru…. Tapi jangan ingat semudah itu boleh jadi setaraf Ustaz Hanafi atau Ishak Itam dalam perguruan silat cekak.

Dan, kalau tak tahu atau tak pernah dengar, jangan kata tak ada…. Pasai nak sangat jadi guru…. Pasai nak sangat rasa special… pasai nak sangat rasa tau semua!!!!

Jadi, Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!!

Entahlah!!!!!

sapahabaq: Siapa Sebenarnya….

Sunday, May 13, 2012

sapahabaq : Nak Pi Mana

Pernah semasa hidup Pak Ak, beliau lepaskan kata sebegini “selepas saya tak dak tak tau la semua ahli nak pi mana…”. Ini ibarat kata-kata warning dari seorang guru khusus kepada semua, tetapi berapa orang sangat yang ambil kesah.

Ramai kepala2 dalam persatuan tak berapa ambil perduli pun, mungkin kerana kepala2 ini dah perasan sangat yang depa ni dok di jalan yang betui. Last2 persatuan ini pecah belah dan masing2 mengakui membawa jalan yang benar! Ada yang telah mengakui guru dan membawa jalan yang diasaskan oleh ustaz Hanafi. Jalan yang bercorakkan pada silat! Maka mahu atau tidak, terpaksalah guru2 ini menjadikan silat sebagai teraju. Dan, sudah pastilah jalan silat ini tidak siapa pun boleh nafikan bahawa semuanya sama dan sudah pasti silat itu guru mana pun tak berani nak tokok tambah kerana takut derhaka pada Ustaz Hanafi dan takut dikatakan sudah lari dari jalan yang sebenar!

Ooop! Apakah silat itu sebagai bukti jalan yang sebenar? Kalau itu lah, macam mana pulak nak tahu guru silat cekak yang mana satu yang sebenarnya menyambung apa yang telah dibawa oleh guru-guru sebelum ini.

Pernah dilafaskan oleh guru-guru kita sebelum ini, bahawa “kita bersilat bukan pasai silat…”, So, silat tu bukan yang utama tetapi pasai Ugama dan Allah. Dan, sudah pastilah semua yang mengakui guru ini akan kata ayat yang sama untuk membuktikan konon mereka adalah penyambung sebenar tugas guru.

Kalau macam tu lah sistemnya…. Maka ramailah yang boleh mengakui sebagai guru dan dah ada 5 pun guru buat masa ni dan mungkin akan ada lagi kot selepas ni. Apa sebab macam ini? Apa sebab berpecah? Adakah kepala2 yang ada tak faham dan tak tahu apa sebab Ustaz Hanafi buat silat ni?

Adakah Ustaz Hanafi nak bawa silat yang di ambil dari Pak Ya atau bawa ‘hikam’ yang diambil dari Pak Hj Zain? Kalau nak dikatakan silat cekak ini special kerana ia merupakan silat tauhid pasai ada silat + hikam, maka mana satu guru yang benar sebab semua akan bercakap silat + hikam seperti mana guru2 sebelumnya. Dan sudah pasti guru2 ini tak akan berani cakap pasai silat semata-mata kerana ia akan bawa pi ke Pak Ya seterusnya ke Panglima Ismail sahaja.

Kalau cakap pasai silat. Menang ada buktinya iaitu silat itu sendiri. Ia nyata dan boleh di lihat. Itu buktinya! Kalau pasai hikam macam mana pula buktinya? Bolehkah guru2 ni buktikan yang hikam ada pada mereka?

Harus diingat semasa ini di Kedah, ada guru Hikam yang bawa hikam sahaja tetapi tidak bawa silat. Guru ini bukan tak belajar silat….. dia belajar pun silat tu zaman ustaz Hanafi dulu tetapi menumpukan kepada mengajar kitab hikam dan dia adalah anak murid Pak Hj Zain sezaman dengan Ustaz Hanafi. Persoalannya! Sekiranya satu masa nanti kalau dia bawa silat yang diijazahkan oleh Ustaz Hanafi dan mengajar pula hikam yang telah diijazahkan oleh Pak Hj Zain sendiri….. maka dia itu akan menjadi guru yang sebenar? Apakah itu jawapan pada semua persoalan…..

Maka sudah pasti ke 5 guru ini akan kata “mungkin tidak”. Jadi, apa bukti siapakah yang akan membawa apa yang sebenar selepas Pak Ak? Kumpulan mana yang akan kekal duduk dalam trak yang betul? Mesti ada bukti! Mesti ada bukti yang akan membezakan antara yang benar dengan yang batal. So, apa buktinya?

Harus diingat lagi! Pak Ak itu guru yang benar, guru yang haq! Pasti seorang guru yang benar dan haq tidak akan biarkan jalan yang dibawa terputus begitu sahaja. Pasti bersambung! Pasti dengan buktinya!

Dan, Harus diingatkan berkali-kali…. Buktinya bukan terletak pada apa yang Pak Ak cakap tetapi pada apa yang Pak Ak beri! Mesti ada tanda sebagai bukti! Kalau sekadar cakap dan pesan pasti ramai yang akan claim…. Oh ya! Kalau bab mimpi… please jangan jadikan bukti…. Sebab ramai sangat yang mimpi2 ni… kalau dihimpun-himpun semua mimpi2 ni…. Kita boleh buat buku la setebal kamus dewan!

Seterusnya! Apa yang terbukti sekarang, yang mengakui guru akan hanya bercakap lebih pasai Ustaz Hanafi dan kurang sangat pasai Pak Ak seolah guru yang no 1 tu ialah Ustaz Hanafi melebihi Pak Ak dan Pak Hj Zain. Seolah semua ini lebih dari Ustaz Hanafi.

Harus diingat lagi, Ustaz Hanafi hanyalah pengasas dalam bidang silat cekak, maksudnya menjadikan silat cekak dok dalam persatuan. Beliau bukan pengasas jalan perjuangan ini. Jadi siapakah yang mula2 bawa jalan ini? Dan, sudah pastilah jalan ini mertabatnya melebihi jalan silat cekak dan jalan hikam semata-mata. Sebab ada yang terdahulu bawa jalan ini tak melalui silat cekak pun tetapi hanya melalui hikam sahaja dan ada yang bawa jalan ini tanpa melalui kedua-duanya sekali. Jadi sekarang, apa sebenarnya yang sebenar sehinggakan boleh membatalkan yang lainnya?

So, Mana buktinya? So, harap2 kepala2 yang ada jangan terkeliru sebenarnya Pak Ak dan Ustaz Hanafi melalui jalan silat ni nak bawa kita.... NAK PI MANA!

Bukan setakat Pak Ak dan Ustaz Hanafi saja. Sebenarnya semua yang bawa jalan ni, NAK PI MANA!

NAK PI MANA? 
sapahabaq : Nak Pi Mana

Friday, May 4, 2012

sapahabaq : Dia Guru Saya

Heran sungguh Heran.... katanya guru yang ada ni sambung sanad dari Pak Ak! Tapi nampak sangat macam depa ni tak pernah berguru dengan Pak Ak pun? Macam mana boleh kata sambung sanad?

Yang sering didengari guru depa ni cakap lebih kaitkan dengan Ustaz Hanafi dari Pak Ak... Oh ya! Lupa! guru depa ni sama je dengan Pak Ak, sama-sama berguru pada Ustaz Hanafi dulu.

ingin tahu : Pak Ak, pasai apa Pak Ak asyik rujuk nama Ustaz Hanafi dalam cakap-cakap Pak Ak?

Pak Ak : Memang la macam tu, dia guru saya, saya akan habaq apa yang guru saya ajaq...

ingin tahu : Dak la, ada yang tak hormat Pak Ak bila macam tu... depa pun asyik-asyik rujuk nama ustaz sama. Nampak macam depa rasa Pak Ak dan depa tu sama ja...

Pak Ak : Ustaz Hanafi tu guru saya, saya kena lebih cerita guru saya.... depa tu ada juga yang berguru dengan Ustaz Hanafi.... tapi bila saya dah jadi guru ni, tak tau la kat depa sama ada depa terima saya sebagai guru...

ingin tahu : Macam tu kot, Pak Ak cerita pasal Ustaz Hanafi, Ustaz Hanafi cerita pasal Pak Hj Zain...

Pak Ak : Haa... macam tu la, tak kan saya nak cerita lebih pasal Pak Haji Zain, pasal Ustaz Hanafi tu guru saya. Kena cerita la pasal guru saya. Kalau anak murid saya, depa kena cerita la pasal guru depa...


Emmm macam tu rupanya kot! Yang kata penyambung.... Guru tu hanya lebih menceritakan mengenai gurunya sebagai menyambung kalam...

Hari ni sudah ada ramai guru-guru yang kononnya penyambung selepas Pak Ak tapi nampak macam terputus.... sebab lebih merujuk kepada Ustaz Hanafi dan mungkin satu hari nanti mereka ini tak reti lagi nak bercakap pasal Pak Ak, sebabnya mungkin, mereka tidak pernah berguru dengan Pak Ak pun!!!

Walaupun mereka kata "DIA GURU SAYA"

sapahabaq : Dia Guru Saya

Sunday, April 22, 2012

Nak jadi guru...Nak jadi guru....

Sudah melepasi hari yang ke 40 telah Ym Guru kita Tn Hj Ishak Itam meninggalkan kita.... maka akan berbunyilah bisik-bisik siapakah pula bakal pengantinya....

Tentu ada yang lantas menjawab si Maiden la.... Dia kan telah ganti!!!!!

Hahahaha.... itu lawak tiga tahun lepas.... Usahlah di ulang nama tu lagi sebab akan memalukan seluruh Melayu di Dunia Melayu ni.....

Silat ini silat tok nenek kita dulu, lahir di Istana dan pakaian Ulama serta telah diamanahkan kepada para hulubalang Melayu untuk anak-anak Melayu demi mempertahankan Diri, Agama, Peradaban dan Bumi Melayu....

Tak kan lah sampai tergadai kepada bangsa lain kot.... Dah buta ke hati anak-anak Melayu sehingga tak reti nak beza antara intan dan kaca... Oh ya! intan dan kaca tu nampak macam sama..... padahal jauh bezanya. Nampak sama kerana yang melihat dan yang membuat keputusan tu semua tak cukup ilmunya.



Nak kenai sebenar guru kena ada ilmunya.... maka pastilah yang ada sekarang ini, yang telah mengangkat Maiden sebagi guru tu semuanya tak cukup keilmuan dalam seni adab Melayunya... Apatah lagi ilmu seni Silat Melayu.... Sabit tu la depa boleh angkat si bangsa lain jadi guru silat Melayu... hahahaha... ni yang dikatakan lawak of the year.... dah 3 tahun berturut2 jadi lawak terbaik tahunan dalam dunia seni silat Melayu.

Alasan depa simangkuk hanyun ni semua... mudah je.... sebab Pak Ak yang cakap!.... Kalau dah kenai akan ilmu maka tahulah yang di sua guru tu penawar atau racun.... pelawa atau perambat.... yang mendengar tu mestilah berimu dalam peradabannya maka tahu yang mana benar yang mana uji.....

Atas sebab tu lah Pak Ak tinggalkan amanah yang jelas untuk dilaksanakan selepas dia tiada nanti!!!!

Dan sekarang Pak Ak benar-benar telah pergi...... maka jangan pula ada yang terayan .... nak jadi guru...nak jadi guru....

Sebab nak jadi guru silat ini ibarat menjadi guru kepada segala guru-guru dalam bidang seni silat Melayu.... kerana silat ini terhimpun seni silat Melayu yang benar-benar Asli.... kalau tidak jadilah guru silat yang tak pernah khatam apatah lagi tahkik dalam ilmu persilatan Melayu.....

Maka jadilah guru carca marba......

So, berhati-hati kepada mereka yang cuba nak angkat guru baru atau mereka yang berangan-angan nak jadi guru...nak jadi guru...nak jadi guru...

Jangan dok buat lawak lagi!!!!!

sapahabaq : Nak jadi guru...Nak jadi guru....

Wednesday, March 14, 2012

Thursday, February 23, 2012

sapahabaq : SOMBONG BODOH Namanya tu!!!!!

Kami telah pun tahu bahawa satu laporan lengkap mengenai keadaan kesihatan PA Ak telah dihantar kepada Ismail bin Ishak (anak kandung Pak Ak). Laporan ini berdasarkan peperiksaan yang telah dibuat pada hospital KPJ dulu, dan setelah merujuk kepada beberapa pakar perubatan moden dan tradisional.... maka laporan ini disiapkan selengkap-lengkapnya untuk tujuan tindakan lanjut untuk perubatan buat PAK AK.

Pihak PSSCM pun dah dimaklumkan hal ini melalui SUnya..... Emmm tunggu apa lagi buatlah tindakan segera.... dah la dulu puak2 sokong TOK DIN kata gang bawa Pak Ak ke KPJ tu sebenarnya kidnap Pak Ak dengan tujuan tak baik.... Lepas tu tak pula perduli hal PAK AK pun.... kot2 la nak minta laporan dan xray yang telah dibuat di KPJ..... Yang tau hanya nak mentohmah je..... punyalah SOMBONG BODOH ....

So now... semua yang kata anak murid PAK AK pun boleh dapatkan laporan ni untuk tujuan baik.... rujuklah kepada orang2 yang berkenaan... itu je..... Tak payahlah dok sembang pandai tapi apa pun tak buat.... dan mereka yang nak sumbang dana pun boleh.... pakat2lah buat tabung untuk beri yang terbaik untuk Pak Ak sebab PSSCM sebenarnya sengket, duit tak ada untuk biaya perubatan Pak Ak dan guru depa TOK DIN tu adalah maulana kedekut.... bak kata orang Kedah.... 'kedekut pait".

Apa taknya...
silat diambil, jawatan guru dirampas
tapi guru sebenar diletakkan pada Class 3!!!

Sesiapa yang rasa tak SOMBONG BODOH bolehlah rujuk laporan ini untuk tindakan selanjutnya..... kalau kata sayang dan kasih pada PAK AK la..... kalau tidak, seperti biasa la bro...'buat don't know'.... sembang la lebih2 lagi bab perjuangan tu... tapi keadaan guru lu sendiri lu buat tak tau....

LAPORAN ITU SEPERTI DI BAWAH
... TAPI....

PANDAI2 LA CARI SENDIRI.....



sapahabaq : SOMBONG BODOH Namanya tu!!!!!

Thursday, February 9, 2012

sapahabaq : Guru ada Class!!!!!!

La ni baru la kita semua tau.... bahawa guru silat cekak ni ada Class la... Ada yang 1st Class, ada yang 2nd Class dan ada yang 3rd Class.... dan sudah pastilah yang lain tu semua tak ada Class selain yang tiga orang ni...

Pasti dan terbukti!!!!

Dulu kita ingatkan guru2 kita semua sebelum ni.... sebelum si Tok Din jadi guru PSSCM, semua guru2 tu sama Class.... tapi...ohhh tidak!!!!! Rupa2nya Tok Din je yang 1st Class, yang sebelum dia hanyalah 2nd Class dan 3rd Class.....

Inilah kenyataan!!!!!


Kesian Pak AK.... di 3rd Classkan dalam ranking guru2 silat cekak ni.... apa tidaknya... bila sakit dan di bawa ke KPJ Kajang dulu tu... sibuk si TOK DIN dan si YUSOP KREN.... nak bawa balik ke BM... konon di KPJ tak ada orang nak jagalah... tak makanlah..... tak sempat2 nak buat rawatan selanjutnya...dah sibuk2 nak bawa balik ke BM..... walaupun kos rawatan dan ambulan semua ditanggung oleh pihak anak murid yang kononnya derhaka...(derhaka sebab tak ikut Tok Din).

La ni Pak Ak tak sihat di BM....... ahli keluarga (Yusop Kren la agaknya tu yang selama ni kecoh sangat) dan puak TOK DIN main campak je Pak Ak kat Hospital BM tu..... macam Quran Buruk!!! Awat? tak cukup duit ke PSSCM ni sehinggakan letak Pak Ak di wad 3rd Class je? Sengkek sangat ke? Ini ke habuan bagi Pak Ak yang banyak jasa pada PSSCM?

Takkan lah tak ada duit? Padahal si Tok Din tu jutawan konon!!!!! Kalau ye pun RM200.00 tak ada ka nak letakkan Pak Ak di wad 2nd Class...

Ehh...ehhh... tau pula hampa bawa Pak Ak ke Hospital.... katanya dulu Pak Ak tak suka semua tu... Ooooo.... agaknya, sekarang ni Pak Ak dah seronok kot masuk keluar hospital.......

Ayoyooooo... ini macam ke ahli2 PSSCM yang dok ada... tok guru si TOK DIN ni..... hampa sembah macam raja.... tapi Pak Ak hampa biaq macam kuli batak.....!!!!

Macam ni je la.... kalau tak mampu sangat nak buat rawatan untuk Pak Ak tu..... serah je la pada depa2 yang cuba nak usahakan sebelum ni..... mereka2 yang bawa Pak Ak ke KPJ dulu tu.... jangan la kedekut sangat sehingga Pak Ak tu jadi mangsa.....

Kesian Pak Ak..... yang lebih kesian lagi ialah mereka2 yang buta perut!!!!!!

sapahabaq : Guru ada Class!!!!!!