Saturday, October 31, 2009

Sapahabaq: Maiden Tak boleh Jadi Guru?

Dah terbalik kot! Mana tidaknya! Yang kata si Dato' ni tak boleh jadi guru ialah guru sendiri... Bukan ustaz Hanafi saja yang kata, malah Pak Ak kerap kali mengulangi kata-kata sebegini. Jadi apa dah Jadi? Maka terbitlah berbagai analisis tentang hal ni...

1. Sah Pak Ak dah serah dah, sebab PAk Ak sendiri yang serah pada si dia tu secara sulit tanpa saksi. Si Dato' ni yang menghebahkan bahawa dirinya sekarang guru walaupun Guru tak sempat buat pengistiharan kepada mesyuarat pusat atau mana-mana majlis formal. Maka ramailah ahli-ahli terima sebab katanya Pak Ak sendiri yang serah mengikut cerita dari kawan2, Ajk dan terutama sekali Penyelia masing-masing.

2. Jawatan tertinggi dalam persatuan ini adalah AJK Pusat! Kalau depa semua dah buat keputusan terima, maka itulah keputusannya. Jangan sapa-sapa pun cuba nak lawan atau beri pendapat sebaliknya. Sebab... jika lawan cakap mereka samalah lawan cakap guru. Mereka adalah orang yang maksum yang tak akan buat kesilapan dan sentiasa benar, sebenar-benarnya.

3. Mana boleh! Kan dulu Pak Ak kata dia tak boleh jadi guru! Habis macam mana la ni? Dia kata Pak Ak dah serah dan ramai ahli tanya Pak Ak pun sama kabarnya dari mulut Pak Ak sendiri... Apa dah jadi ni? Nampak sangat Pak Ak bukanlah orang yang kasyaf.... Cakap dulu lain dan sekarang lain...... Pelik ya? Maka jalan mudah senang je.... Ikut je lah apa Pak Ak cakap yang last sekali... "saya dah serah kepada Maiden". Dan. Kalau sebelum Pak Ak menghembuskan nafas yang terakhir nanti ada pula kata-kata lain.... Kalau dia sebut pula nama lain yang layak? Kita terima je la..... sebab itu kata pemutus.... sebab kita ni anak murid dia.

Ehhh..ehhhh... mana boleh! mana boleh ada nama lain? kalau dah kata serah...serah lah! Ini lah yang tengah keliru ni! Apa tak nya! Pada sesetengah orang Pak Ak kata dah serah pada si Dato' dan pada sesetengah orang pula Pak Ak kata "nanti bila saya dah tak dak nanti, hampa lantik orang lain jadi guru"... La lagi pening! sebab dia kata pula "Dia yang minta... tengok muka pun tau tak boleh... sampai la pun tak boleh-boleh.."

4. Hanya tinggal beberapa saja kot individu yang benar2 faham yang tersirat bahawa "kalau nak kata panglima... tu lah dia si Maiden tu... tapi sayang Maiden tak boleh jadi guru". Itu lah antara kata-kata Pak Ak kepada individu yang membawa pesan guru untuk mengenal guru pengganti... Habis tu kita seharusnya terus bertanya, "Kenapa Maiden tak boleh jadi guru Pa Ak?". Jawab guru jelas.. "Sebab guru ni .........." Alamak! yang ni terpaksa dirahsiakan. Ini cerita amanah, bukan main-main! Habis tu macam mana? Takkan tak boleh tahu?

Itu lah... nak cerita juga tapi apa kan daya..... Dulu masa sama-sama bincang dengan AJK pusat katanya bila sampai masa nak tentukan penganti, mereka akan tanya2 kot2 ada cerita lain dari mulut guru untuk menentukan pengganti ni. Tapi sekarang lain ceritannya.... yang jelas Ajk Pusat ni takut pada si Dato'... takut nak beri apa2 cadangan yang akan bercanggah dengan si Dato' ni. Inilah watak2 AJK Pusat mahu pun di Ajk Cawangan2. So Soriiiii....... nampak macam tak layak nak bawa jalan yang diperkenalkan oleh Ustaz Hanafi...

Mesti diingat! Ustaz Hanafi memang pengasas PSSCM tapi bukan pengasas jalan yang dibawanya.

Yang jelas... Si Dato' hanya boleh jadi guru utama (silat) dan presiden persatuan (silat)... setakat itu saja! Tapi tak boleh jadi guru......... seperti yang dikhabarkan oleh Ustaz Hanafi dan Pak Ak.

Itu JELAS dan KEKAL.

Sapahabaq: Maiden Tak boleh Jadi Guru?


No comments:

Post a Comment