Saturday, October 31, 2009

SapaHabaq: Ini Macam Kisah Tiga Abdul?

Email dari seorang rakan cekak yang bukan Melayu:

Attached please find the letter and comments for your use and action if warranted.

The facts as we (or least I) know them
  1. Pak Ak is warming the seat for the next Guru - he is looking for a replacement to take Cekak to heights he knows is possible but does not see himself doing it. Perhaps a mixture of ability, timing and circumstances
  2. Pak Ak gets no respect, especially from the AJK. The AJK is not aware of this because Pak Ak is not the type to Teguh anyone
  3. Malays speak "berlapek - lapek, including Pak Ak and everyone has an assumption or understanding uniquely they own, resulting in no consensus or appreciation of the truth
  4. The member keep Uztaz alive to the point of debilitating Pak Ak at every turn
  5. There is too much self interest, even the likes of Maideen has his motives questions. Surprisingly there is not one Cekak member whose motives are so pure to be beyond reproach and question. Worst still no effort is made to develop such a person
  6. Most members, especially the orang lama cannot see the hidden wealth in Cekak. Sadly all there see is the visible assets and every waking moment they spent defending it, conniving for it or dreaming of it
  7. No member I met truly knows how to use the principles of cekak to its maximum for application on all aspects of life for success, myself included of course
  8. No one sees how Cekak can be used to bring benefit to all
  9. Members are seen as irrelevant and a waste of time to develop. Development of members that seek it are expected to do so by osmosis
  10. The entire cekak world is Malay's within Malaysia led by the Kedahan's
  11. There is nothing in Cekak that can make a member proud of it
  12. Countless dedicated members have left and simply told or believed by the remaining members that the one who left is 'defective'
  13. No effort is ever made to improve 'defective' members, simply letting them go. What a defeatist attitude
  14. There is too much emphasis on the hidden secrets, so much so that Cekak members cannot see the obvious wrongs in front of them
  15. Cekak members gain a false sense of superiority and self belief rendering most mat jenins who imagine ability and complain about everything yet remain incapacitated to fix anything. Worst they scorn those who are doing anything positive to fix it, seeing such action as always wrong and worthy of being laughed at
  16. Cekak members see themselves as the best example of what Muslims should be and they carry an idiotic belief they have the best and perfect understanding of Islam, thus negating the need to learn anything anymore on the subject
  17. Cekak members for the life of them can never accept, understand or be willing to openly discuss other religions, philosophy or understanding other intrepretation of Islam
  18. Cekak AJK deos not believe in renewal of injection of new blood, insanely insisting on maintaining the status quo of orang lama, yet expecting different results or change.
  19. Cekak members are in a constant state of flux on riding the next big money making business opportunity
  20. Cekak members never support Pak Ak
  21. Cekak members will always choose ignorance and bliss over dynamism and ability
cheers and feel free to distribute this....

seterusnya bacalah : kisah 3 Abdul


Sapahabaq: Maiden Tak boleh Jadi Guru?

Dah terbalik kot! Mana tidaknya! Yang kata si Dato' ni tak boleh jadi guru ialah guru sendiri... Bukan ustaz Hanafi saja yang kata, malah Pak Ak kerap kali mengulangi kata-kata sebegini. Jadi apa dah Jadi? Maka terbitlah berbagai analisis tentang hal ni...

1. Sah Pak Ak dah serah dah, sebab PAk Ak sendiri yang serah pada si dia tu secara sulit tanpa saksi. Si Dato' ni yang menghebahkan bahawa dirinya sekarang guru walaupun Guru tak sempat buat pengistiharan kepada mesyuarat pusat atau mana-mana majlis formal. Maka ramailah ahli-ahli terima sebab katanya Pak Ak sendiri yang serah mengikut cerita dari kawan2, Ajk dan terutama sekali Penyelia masing-masing.

2. Jawatan tertinggi dalam persatuan ini adalah AJK Pusat! Kalau depa semua dah buat keputusan terima, maka itulah keputusannya. Jangan sapa-sapa pun cuba nak lawan atau beri pendapat sebaliknya. Sebab... jika lawan cakap mereka samalah lawan cakap guru. Mereka adalah orang yang maksum yang tak akan buat kesilapan dan sentiasa benar, sebenar-benarnya.

3. Mana boleh! Kan dulu Pak Ak kata dia tak boleh jadi guru! Habis macam mana la ni? Dia kata Pak Ak dah serah dan ramai ahli tanya Pak Ak pun sama kabarnya dari mulut Pak Ak sendiri... Apa dah jadi ni? Nampak sangat Pak Ak bukanlah orang yang kasyaf.... Cakap dulu lain dan sekarang lain...... Pelik ya? Maka jalan mudah senang je.... Ikut je lah apa Pak Ak cakap yang last sekali... "saya dah serah kepada Maiden". Dan. Kalau sebelum Pak Ak menghembuskan nafas yang terakhir nanti ada pula kata-kata lain.... Kalau dia sebut pula nama lain yang layak? Kita terima je la..... sebab itu kata pemutus.... sebab kita ni anak murid dia.

Ehhh..ehhhh... mana boleh! mana boleh ada nama lain? kalau dah kata serah...serah lah! Ini lah yang tengah keliru ni! Apa tak nya! Pada sesetengah orang Pak Ak kata dah serah pada si Dato' dan pada sesetengah orang pula Pak Ak kata "nanti bila saya dah tak dak nanti, hampa lantik orang lain jadi guru"... La lagi pening! sebab dia kata pula "Dia yang minta... tengok muka pun tau tak boleh... sampai la pun tak boleh-boleh.."

4. Hanya tinggal beberapa saja kot individu yang benar2 faham yang tersirat bahawa "kalau nak kata panglima... tu lah dia si Maiden tu... tapi sayang Maiden tak boleh jadi guru". Itu lah antara kata-kata Pak Ak kepada individu yang membawa pesan guru untuk mengenal guru pengganti... Habis tu kita seharusnya terus bertanya, "Kenapa Maiden tak boleh jadi guru Pa Ak?". Jawab guru jelas.. "Sebab guru ni .........." Alamak! yang ni terpaksa dirahsiakan. Ini cerita amanah, bukan main-main! Habis tu macam mana? Takkan tak boleh tahu?

Itu lah... nak cerita juga tapi apa kan daya..... Dulu masa sama-sama bincang dengan AJK pusat katanya bila sampai masa nak tentukan penganti, mereka akan tanya2 kot2 ada cerita lain dari mulut guru untuk menentukan pengganti ni. Tapi sekarang lain ceritannya.... yang jelas Ajk Pusat ni takut pada si Dato'... takut nak beri apa2 cadangan yang akan bercanggah dengan si Dato' ni. Inilah watak2 AJK Pusat mahu pun di Ajk Cawangan2. So Soriiiii....... nampak macam tak layak nak bawa jalan yang diperkenalkan oleh Ustaz Hanafi...

Mesti diingat! Ustaz Hanafi memang pengasas PSSCM tapi bukan pengasas jalan yang dibawanya.

Yang jelas... Si Dato' hanya boleh jadi guru utama (silat) dan presiden persatuan (silat)... setakat itu saja! Tapi tak boleh jadi guru......... seperti yang dikhabarkan oleh Ustaz Hanafi dan Pak Ak.

Itu JELAS dan KEKAL.

Sapahabaq: Maiden Tak boleh Jadi Guru?


Sapahabaq: Maiden boleh jadi Guru?

Ramai ahli-ahli terpengaruh dengan keputusan pusat bersetuju melantik Maiden sebagai guru. Sapa yang habaq dia tu sebagai penganti Pak Ak? Dia sendiri yang memberitahu dalam mesyuarat pusat bahawa Pak Ak dah serah pada dia untuk jalankan ijazah, sebagai guru la tu. Ada Saksi? Tak perlu saksi yang Pak Ak dah serah pada dia..... Maka beramai-ramailah AJK Pusat ke BM nak dengar sendiri apa benarkah perkara ini.

OK! semua dah ready depan Pak Ak nak dengar kesahnya. Maka bermulalah mukadimah dari SUA memulakan majlis. Alamak! Si SUA ni pandai memulakan mukadimahnya dengan menyatakan bahawa AJK PUSAT telah bersetuju terima si dia tu jadi guru..... So, Pak Ak nak kata apa.... terperangkap dengan kata-kata SUA.... Sedih tok guru jadinya.

Maka sekarang ni, ke hulu hilir para team penerangan dan urusetia pergi jaja tape video rakaman pertemuan AJK Pusat dengan guru kita. Dah tengok tape tu? Ada Pak Ak kata "ya saya dah serah pada Maiden"?????? Yang jelas di akhir rakaman tu Pak Ak suruh bersatu elok-elok agar benda tu akan kembali dalam persatuan!

Benda apa tu? Apa pun bendanya perduli apa kita! Kita nak persatuan ni terus berkembang dan yang layak dok di atas ialah seorang dato'. Pak Ak tu orang kampung dan tak sesuai terajui PSSCM yang glamor ni.

Ramailah yang tak puas hati dan risau apakah benar cerita ni. Maka ramailah yang pergi beramai-ramai cuba tanya sendiri dengan Pak Ak. Ooop! Dah terlewat dah! Nasi dah jadi bubur... AJK Pusat dah buat keputusan dan Pak Ak pun dah merajuk..... Kalau tanya pun pada Pak Ak, dia akan bagitau "saya dah serah pada Maiden".

Apasailah tak pi jumpa guru beradap sebagai muridnya bukan sebagai ahli PSSCM? Maka akan dapatlah jawaban yang berbeza. Tu la... terlalu percaya kepada AJK Pusat sampai hati guru sendiri pun kita tak kenal, tak dapat rasa sehinggakan guru malas nak bagi tau hal yang sebenar.... Begitu lah nasib ahli2 PSSCM termasuklah yang bijak pandai di peringkat IPT!

Tapi harus diingat! Yang tak dapat terima si dato' tu bukan semua anak murid Pak Ak. Ada juga yang memang tak suka pada si Dato' ni, sebab tu depa tentang. Yang jelas Anak2 murid Pak Ak tau cerita yang sebenar.

So, kalau angkatan besar si Dato' ni nak ambil persatuan... ambillah.... asal jangan cuba nak kata bahawa jalan yang Ustaz bawa masuk ke persatuan masih berada dalam PSSCM.

Dah Batal!!!! dan terputus kot....

Kalau tak tahu sebenar cerita jangan buat apa-apa keputusan.... Jangan main andai-andai!

Sapahabaq: Maiden boleh jadi Guru?


Friday, October 30, 2009

Sapahabaq: Silat Cekak Hak Melayu?

Ini adalah kenyatan dari guru-guru kita sebelum ni! Tapi sekarang ni zaman SATU Malaysia jadi tak pentinglah silat cekak ni haq bangsa mana pun. Yang penting silat cekak itu ada dan terus berjalan, berkembang di serata pelusuk tanah air. Tanah Air? tanah air yang mana? Malaysia? OOOP! lupa kita. Bahawasanya Malaysia ni milik semua bangsa dah, tak kiralah bangsa apa sekalipun asalkan dia tu warganegara Malaysia.

Begitulah adaptasi yang mudah dipegang oleh ahli-ahli PSSCM sekarang. Silat Cekak ni sapa pun ok jadi guru asalkan dia tu Islam. Macam Islam Hadhari kot? Jadi lebih mudahlah kita katakan ahli2 PSSCM telah terkeluar dari landasan yang sebenar................. sebab bagi mereka Ustaz Hanafi 100% memperjuangkan agama saja tanpa menghiraukan lansung hal budaya.

Heran ya! kenapa pulak silat ni tak ajar pakai jubah ya... macam orang arab tu.... pasai apa pakai baju melayu? Ehh...eh... kan kita tukar pakai jubah di konvo silat cekak? Idea sapa tu?

So, Malaysia ni esok2 kalau Raja atau PM ke tukar kat bangsa lain pun tak apalah asalkan Islam. Pada mereka silat hak Allah dan sudah pastilah Tanah Air kita ni pun hak Allah. Allah nak beri pada sapa pun tak apa lah.

Pada mereka Hulubalang dulu tu memang pemberontak dan penderhaka sebab tetang penjajah. Kan Allah nak bagi kepada penjajah orang kulit putih... sebab apa nak tentang?

Macam tu lah sekarang ni para YDP, Ajk, ahli2 cawangan serta pelajar IPT telah diperbodohkan oleh para penjajah yang tamak akan kuasa sebenarnya. Mereka anggap mereka golongan benar, pandai dan tahu susunan Tuhan. Yang lain ikut saja macam lembu dan jangan lawan.... kalau lawan nanti kena buang negeri...... Begitulah cara penjajah dahulunya dan sekarang ini berulang cara yang sama di dalam dunia PSSCM.

So ok la tu kalau silat ni bukan terajunya orang melayu!

Sapahabaq: Silat Cekak Hak Melayu?

Thursday, October 29, 2009

Sapahabaq: Pak Ak akan Balik?

Cerita ni bukan cerita baru! Sejak dari tahun 1999 lagi kendengaran cerita sebegini. Semenjak perpecahan bermula tahun 1993, guru utama silat cekak sering sakit sehinggalah berlarutan ke sekarang ini.

Pak Ak sendirilah yang kerap mengambarkan suasana yang dia akan balik. Pabila dia sakit, maka bergegaslah anak2 muridnya akan pergi melawatnya. Tanda kasihlah, rindulah dan ada dicelah-celah itu kot-kot boleh terdengar nama sipengganti guru.

Begitulah juga ceritanya pada bulan jun lalu ketika Pak Ak tenat, maka berpusu-pusulah anak murid ke BM melawat guru dan penuh sesak lah rumah di BM tu bagai nyawa si guru akan terbang melayang pada bila-bila masa.

Ramai yang baca yasin dan bagai kenduri di sana setiap hari. Tup-tup bila ada sorang ni mengaku guru! Habis semua anak-murid dah tak kerumun tepi Pak Ak dan biar la guru yang sedia ada tu bergitu sahaja... 'Dah nak mati pun.... apa ada lagi pada orang tua tu?' ibarat kata-kata begitulah yang layak bagi seorang guru tua... mantan guru kononnya!

Heran..Heran... Dulu Pak Ak lah guru mursyid, sidiq dan berbagai lagi. Sekarang ni orang tua tu dah nyanyok dan tak upaya nak bawa anak murid ke jalan syurga. Sebab tu lah ramai anak murid silat cekak rasa percaya bahawa guru harus ada pengganti! Sebab Apa? Sebab mereka percaya jalan ke syurga mesti melalui persatuan seni silat cekak. Kalau sapa tak lalu jalan ni sah lah tak masuk syurga! Oleh kerana tu lah sebabnya mereka ini tak terima guru sebelum ustaz hanafi dan sudah pastilah Pak Haji zain tu bukan ahli syurga sebab dia tak ikut jalan silat cekak.

Benarkah Pak Ak sudah sampai masa nak balik? Entahlah... sapa yang boleh habaq? Yang pasti title guru utama seumur hidup yang telah diberi kepada PAk Ak akan dimatikan pada bila-bila masa melalui EGM 31 Oktober 2009.

Sungguh kurang ajar anak2 murid silat ni! Biadap macam bukan bangsa Melayu! Tak ada Adat langsung.... Semua ini mereka rasa terpaksa lakukan kerana persatuan kena hidup. Guru mati tak apa, boleh ganti, janji persatuan kena teruskan.

So, jalan mudah ialah matikan saja title guru utama seumur hidup tu pada Pak Ak dan beri pada orang baru..... Lagi pun Pak Ak tu pun dah nak mati...... anytime je... Kalau dia sihat kembali pun dah tak ada erti........... sebab semua ilmu dia tak tak ada. Bukan Mursyid lagi sidiq dah..... Zerro.

Sapahabaq: Pak Ak akan Balik?