melalui pemerhatian dan pengetahuan SJ tentang latar belakang silat cekak, saya dapati niat allahyarham ustaz hanafi bin haji ahmad membawa silat ini adalah sgt murni.
Tujuan beliau adalah untuk berdakwah dan menghapuskan tahyul dan kurafat dalam masyarakat melayu. Melalui silat cekak, beliau terapkan fahaman agama kepada anak2 muda di waktu itu. Di zaman sekitar tahun 60-an dan 70-an (malah hingga ke hari ini) kita dapati terlalu banyak perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam wujud di dalam ilmu beladiri. Oleh yang demikian, ustaz hanafi membawa silat cekak sebagai satu alternatif untuk anak2 muda yang minat dengan beladiri mendapat ilmu beladiri dan pada masa yang sama tidak bercanggah dengan Islam.
Silat cekak dijadikan kaedah berdakwah..sebagaimana jika kita lihat ada pihak menjadikan muzik/nasyid sebagai kaedah dakwah.
Penerapan adab dan akhlak amat diberi perhatian oleh ustaz hanafi. Dari sudut kefahaman akidah, beliau amat menekankan tentang pentingnya mengikuti ahli sunnah wal jamaah.. bukan jabariah, qadariah, muktazilah dsb.
masalah yang wujud hari ini ialah :
1. mereka yang menjawat jawatan Guru Utama cuba meniru2 cara ustaz hanafi dan menyampaikan ilmu agama, walhal mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam sebagaimana yang dimiliki oleh allahyarham ustaz hanafi. Malahan, guru2 silat cekak yang ada pada hari ini tidak boleh digelar ustaz kerana mereka tidak mempunyai background sebagai guru agama atau berkhidmat dalam bahagaian2 tertentu di Jabatan Agama.
2. di dalam semua seni persilatan, murid2 adakalanya terlalu menghormati guru sehingga dalam sesetengah seni silat, ada yang taksub guru. Harus di ingat, guru juga adalah manusia biasa yang turut diberi akal dan nafsu..mereka tidak maksum, tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa serta tidak terlepas dari perhitungan ALLAH di hari kemudian (kiamat).
3. SJ tegaskan – Guru silat cekak yang ada pada hari ini hanyalah guru silat semata2. Bukan guru agama sepertimana ustaz hanafi…
4. Guru2 Silat Cekak yang ada pada hari ini sebenarnya tidak mempunyai ilmu hakikat. Mereka sekadar mengulang-ulang kata-kata ustaz hanafi walhal mereka sendiri tidak memahami dan menghayati nasihat ustaz hanafi. Syahadah Dato’ Maideen jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memiliki ketelitian dalam ilmu agama. Mohd Radzi Hanafi pula dihadapkan ke mahkamah dalam perbicaraan kes pecah amanah.
Syahadah adalah rukun Islam yang pertama dan membezakan di antara keimanan dan kekufuran.
saya fikir, adalah lebih baik dato’ maideen letak jawatan…dan yang membetulkan syahadahnya tu lebih sesuai jadi guru.
seterusnya...
sapahabaq : usah menolak kenyataan