Asalnya : Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:-
Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri.
Segemal Padi - bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.
Parang Lading - Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.
Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia.
Tulisan Ahmad Muhammad - tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.
Warna - seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:-
Kuning - melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu | |
Merah - melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh | |
Biru Tua - warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani | |
Putih - melambangkan suci dan bersih | |
Hijau - melambangkan keIslaman |
PERSOALAN?????
Jenuh Almarhum Ustaz Hanafi mendapatkan ilham dan seterusnya merealisasikan sebuah lambang agar anak-anak melayu menjadikan ia sebagai pendoman. Sebuah lambang yang mempunyai maksud yang cukup tersirat. Namun, terpaksa juga menyembunyikan maksud-maksud itu agar tidak menjadi fitnah duniawi. Yang boleh diceritakan kepada umun hanyalah seperti yang terpampar dalam laman web persatuan.
Banyak kisah tentang cerita lambang ini dan ada yang dikhabarkan sehingga melibatkan kematian seseorangan. Tak dapat dinafikan juga lambang tulisan ‘Ahmad Muhammad’ ini turut mendapat tegur sapa dari guru beliau, Pak Haji Zain agar diletakkan pada kedudukan yang tepat.
Memang penuh tersirat sehinggakan Tok Hikam pun turut mengolah lambang ini agar makna-makna itu tidak menjadi carca marba. Tapi Apa sujah jadi pada maksud-maksud tersirat lambang ini pada hari ini? Pikirlah sendiri! Segalal-galanya sudah terpele’ot!
Bintang 21 – katanya kerana buah silat cekak ada 21… tapi kenapa asal buah yang dipelajari dari Pak Ya sebelum itu, buahnya lebih dari 21? Kenapa lebih dari 21? Apapun persoalannya bukan pasai buah. Tapi pasai apa Almarhum jadikan 21 buah sahaja. So, bukan pasai buahlah 21 bintang itu, kerana bintang kerap kali kita kaitkan dengan cahaya. Persoalannya, di mana terletaknya bintang-bintang itu?
Segemal padi – Nampak macam senang je nak faham cerita pasai padi ni. Ye lah kita kan orang Melayu… hari-hari makan nasi yang asal dari beras yang asal dari padi yang asal dari tanah, tanah pula tanah Melayu. Tapi orang la ni bendang pun tak pernah pijak…. Padai pula nak cerita pasai padi! Membajak tak pernah, Mengala tak pernah, semai tak pernah, menabur tak pernah, dll. Bak kata pakai konsep je…. Tapi pada zahirnya tak kesampaian pun pengertian berpadi ni! Lain lah Ustaz Hanafi dan Pak Ak yang hidup dalam dunia ‘Melayu Padi’ yang penuh beresamkan tatacara padi…..
Zaman la zaman moden, ramai dah tak kelih padi……. Last-last silat Melayu pun beristiadat jubah… akedemik konon! Atau buta budaya? Sabit tu lah sombong dan bongkak kerana beralaskan pakaian tunjuk megah semata2 tapi ilmu Melayu tak setinggi mana pun! Maka terlahirlah satu bangsa baru rasuk melayu yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.
Parang Lading - merupakan senjata asli orang Melayu. Betui la kot! Kaitan pula dengan Melayu Kedah. Pasai kalau kita pi kata Naga atau Tanjung Kapok, orang-orang bergelar ‘ikat kepala’ ni masih simpan parang lading depa. Depa asai orang mai Kedah ikut raja ke Bukit Pinang dulu-dulu, sabit tu la parang lading macam ni boleh jumpa sehingga ke Krabi dan Ranong. Orang Kedah ni orang asai ‘mon’ kot… orang darah raja yang cakap depa ni lain dari cakap orang Melayu Malaysia. Yang pelik orang ‘mon’ nak kata ‘la ni awat ladin dah pi kelain, dah tak dok kat asai’. Orang-orang ‘ikat kepala’ ni sahaja sebut ‘ladin’……
Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia. Ini tentu semua orang Melayu setuju! Tapi heran no.. ada seorang bangsa lain mengaku yang sebilah keris tu adalah diri dia… sebab tu dia layak jadi guru sekarang. Habis tu kedaulatan Raja-Raja Melayu tu dah kena pijak ke? Maunya tak! Kerana terlalu yakin dia lebih Melayu dari Melayu lain, maka bersungguh dia berpakaian serba kuning ibarat setaraf Raja Melayu….. Porah!!!! Sedarlah diri sikit…. Opp lupa lagi! Ini jenis orang memang tak pernah nak sedar diri… sebab tu guru dia sendiri diletakkan sebagai presiden dan masih ahli dalam persatuan…. Dah jadi berguru pula pada anak murid… Mangkuk…..
Yang lebih mangkuk hayun ialah YDP dan para Penyelia… yang telah khianat pada perjuangan berasaskan peradapan Melayu… sanggup bergelumang dengan najis orang lain dan palit ke muka bangsa sendiri. Cuba pikir betul-betul! Ini cerita silat Melayu asli, maka silat Melayu Haq orang Melayu. Cara Melayu. Peradaban Melayu. Pakaian orang Melayu. Kalau dah rasa sangat bangsa lain mempunyai ketinggian ilmu hakikat atau dah jadi Tok Hikam baru…. Senang je… koyak perlembangaan yang ada…..(pun sama macam buat EGM hari tu).. pisahkan guru silat Melayu dengan guru Hakikat. Istiharkan saja guru baru itu guru hakikat….. Hak Tanah dan orang Melayu jangan dicarca-marbakan….. Kurang asam betui……
Hampa YDP dan para Penyelia serta orang2 Pengurusan…. Tolong jawab nanti kepada anak cucu……. Jangan sampai kena laknat bangsa…… kerana berlagak, sombong dan bongkak sehingga menjahamkan tamadun sebuah salasilah silat Melayu.
Tulisan Ahmad Muhammad – Yang ni hampa tanyalah guru hampa masing2…… dan yang ramai-ramai sokong guru baru tu…. Pi Tanya dia lah…… kalau dia tak berapa reti nak jawab… bawa kitab jawi dan tolong bacakan pada dia dan dia akan kupas…. Guru baru ni yang lebih Melayu dari Melayu tak reti sangat baca kitab Melayu…. OK… OK… tak pa! SU dia ada… ustaz-ustaz congkak dia pun banyak yang boleh tolong bacakan kitab melayu ni……
Apa nak jadi mak oiiiiii…… yang melayu lebih melayu tapi resam dan peradaban Melayu tak pernah pakai dan masih merangkak2…. Tapi lebih Melayu dari Melayu sehingga menjadi dapat jadi Ketua kepada bangsa Melayu silat ni…. I say man…… dah terpele’ot dah……..
Penat! Penat! Almarhum rekacipta lambang silat ni nak cerita pedoman buat anak-anak Melayu….. akhirnya anak murid Ustaz sendiri menjahanamkan semuanya…… Semuanya sudah pun terperle’ot.
Ishh….Ishh…Ishhh… Kalau la Ustaz Hanafi dok ada lagi kot-kot apa dia nak kata……
Agaknya?
Lu Pikir La Sendiri......
Sapahabaq : Sudah Pun Terpele'ot
No comments:
Post a Comment