[kata bicara dari President Rooservelt]
Bermaksud:
“Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.”
Mudah bicara: Terdapat dua pandangan berkaitan dengan kejadian peristiwa-peristiwa yang bersejarah, iaitu pandangan bahawa:
(a) Sejarah belaku secara kebetulan (Accidental View of History)
(b) Sejarah berlaku disebabkan adanya suatu rancangan sulit (Conspiratorial View of History)
Pandangan (a) adalah pandangan tradisi unggul, diketahui umum dan diajar dalam system pendidikan.
Pandangan (b) adalah pandangan alternatif, tidak diketahui umum tetapi oleh mereka yang mengkaji sahaja.
Ini terbukti bagai kata-kata President Rooservelt seperti di atas :
“Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.”
Jika sesuatu peristiwa buruk ingin dilakukan, maka yang melaksanakannya perlu merancangkannya dengan sulit, supaya mangsanya tidak mengetahui rancangan itu. Bukan sahaja mereka merancang dan bekerja secara sulit tetapi perlu juga menyakinkan orang lain bahawa ‘pakatan’ itu tidak wujud!
Habis tu apa kena mengena keterangan di atas dengan kita sekarang ini?
Sekadar untuk kita baca, fikir dan kemudian kaji! Adakah peristiwa buruk yang melanda dalam persatuan ini berlaku tanpa disengajakan atau terdapat perancangan yang rapi, terperinci lagi busuk untuk mencapai hasrat. Yang mudah kita rambangkan kalau ada, ini merupakan kerja orang yang bercita-cita menguasai tahta. Orang yang bergini selalunya suka berjinak dengan dunia politik. Sebab itulah ramai masyarakat yang kolot seperti kita kerap menyatakan bahawa politik itu kotor dan jijik.
Betul atau tidak politik itu kotor, jijik lagi busuk…… tiada siapa antara kita yang dapat pastikan kerana itu bukan mainan kita. Mungkin atas alasan itu kot Almarhum Ustaz Hanafi tinggalkan jalan politik ini demi untuk mencapai matlamat. Kita dipesan…. Kita diperingatkan bahawa jalan politik bukan jalan untuk ahli-ahli silat cekak. Memang ramai yakin atas perkhabaran itu…. Namun masih ada yang bergelumang dengan jalan itu semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup.
Ada antara ahli kita yang berjaya dapat apa yang dia nak walaupun melanggar pesan tok guru… dan ada yang jadi belaci semata-mata demi mencapaikan cita-cita orang lain. Inilah pandangan umum warga cekak terhadap orang yang terjejas pendoman dan sanggup bermain politik….. Bagi kita orang politik…. Cakapnya cara orang politik…… cakapnya lain hari ini dan besuk akan jadi lain….. sebab apa? Asalkan dapat apa yang dihasrat. Itu saja!
Jadi apa kaitan dengan gelombang yang melanda persatuan ni?
Mudah! Cuba kita lihat dalam persatuan…… siapa yang ingin duduk di atas sekali?… adakah dia itu orang politik? Adakah kedudukan yang diperolehi itu berlaku seperti kata “Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.” Dan lagi, Adakah cakap-cakapnya lain hari ini jadi lain pula pada hari lainnya?
Kata orang Melayu…… Tepuk dada tanya selera!
Tanya 1 : Siapa minta jadi Naib Presiden walaupun Pak Ak lantik Rahman Hamid sebelumnya?
Tanya 2 : Siapa minta jadi Naib Presiden I dan mengekalkan Nasir Arshad sebagai Naib Presiden II walaupun Nasir berpihak sebelah Mat Radhi hanya semata-mata nak puaskan diri sendiri?
Tanya 3 : Siapakah yang terlibat mencadangkan pembubaran LPT dalam tahun 1993 sehinggakan gang-gang Amruddin terbuang sebagai penjawat dalam persatuan? Sehinggakan berlaku krisis pepecahan 1993.
Tanya 4 : Kepada siapakan kedai koperasi Gerak Jaya beralih tuan?
Tanya 5: Kenapa selepas krisis 1993 ramai penjawat jawatan tertinggi dalam persatuan terdiri daripada ahli-ahli dari UIA atau kuncu-kuncu orang tertentu?
Tanya 6 : Kenapa pengeluaran T’shirt latihan yang diberi kepada sebuah Koperasi kembali beralih ke syarikat peribadi sedangkan sang terbabit juga anggota jawatankuasa koperasi tersebut?
Tanya 7 : Kenapa jawatan Naib Presiden dikekalkan satu sahaja dan kini zaman baru diwar-warkan kepada 3?
Tanya 8 : Kenapa seorang Ustaz yang telah dikhabarkan oleh Pak Ak, mempunyai kelayakkan sebagai pengganti telah diserang sebegitu sekali?…. Sehinggakan ustaz tersebut menyepi sebagai bukti tanda tiada kepentingan.
Tanya 9 : Kenapa kini kebanyakkan Tenaga Pengajar yang pernah mengikuti kelas ustaz tersebut di atas yang di adakan di jalan Kent, ramai digugurkan sebagai Tenaga Pengajar?
Tanya 10 : Kenapa Minta Cawangan Selangor buat EGM untuk melantik NYDP kerana NYDP yang telah dilantik terdahulu menolak jawatan tersebut… Adakah perintah orang atas kepada kuncunya untuk menolak?
Tanya 11 : Kenapa minta Cawangan Selangor buat EGM kemudian berpakat dengan anggota PL Bukit Beruntung untuk mengagalkan EGM tersebut?
Tanya 12 : Adakah selepas ini Pusat akan menyalahkan Cawangan Selangor kerana gagal mengadakan EGM tersebut dan akan mengambil tindakkan terhadap AJKnya?
Tanya 13 : Kenapa ramai Tenaga Pengajar yang bertanyakan hal Syahadah melalui surat digugurkan tanpa bicara secara jelas?
Tanya 14 : Kenapa YDP Perak sendiri macam pohon pinta agar Pusat mengambil tindakkan terhadap Cawangan Perak… sehingga dibubarkan?
Tanya 15 : Kenapa ada campurtangan Datuk2 dalam isu pembubaran Cawangan Perak membabitkan PSNP?
Tanya 16 : Kenapa tiba-tiba tukar kebanyakkan penyelia di Lembah Klang?
Tanya 17 : Kenapa isu Syahadah tidak pernah diteliti oleh AJK Pusat, malah mempertahankan sedangkan Pak Ak pesan menegur kesilapan Syahadah tersebut?
Tanya 18 : Kenapa buat EGM isu guru utama tanpa bahas?
Tanya 19 : Kenapa buat EGM dan langgar perlembangan mengenai isu guru utama seumur hidup sedangkan guru itu masih hidup?
Tanya 20 : Kenapa sanggup jadikan sebenar guru sebagai anak murid sekarang ini?
Tanya 21 : Kenapa hebuh gelar Pak Ak mantan guru?
Sekarang cuba kita PERHATIKAN : Siapakah sebenarnya orang yang berjiwa politik, berkawan rapat dengan orang politik dan menagih dalam dunia politik di antara kita?
Kalau nak kotor, jijik dan busuk…. Jangan dicemari jalan yang murni ini. Wasilah ini……. Bukan jalan POLITIK!!!
Sapahabaq : Ini Semua Mainan Orang Politik
No comments:
Post a Comment