- Tajuk: Adakah Ustaz Hanafi Gagal?
- Anonymous said...
Salah benar kalau kita kata Ust Hanafi telah gagal....tapi sebenarnya anak-anak didiknya yang gagal menghayati ilmu-ilmu yang disampaikan oleh beliau. Mungkin pada masa itu tidak kelihatan akan kedhaifan jika tidak bodohnya mereka.
Secara aqlinya.....
1. Pada masa itu mereka tak berani bercakap sepertinya tak berani menunjukkan kebodohan/kebijakan nyata kerana sangat takut keteguran yang akan dijadikan buah mulut rakan-rakan.
2. Apa yang dipamirkan sekarang adalah hebatnya silat cekak, kerana hebatnya atas guru dan ahli-ahli. Apakah benar mereka faham benar atas nama perjuangan sebenar perjuangan.
3. Cakap atas kebenaran konon, akan tetapi bila konco membuat salah, ada usaha pejam sebelah mata, memang sengat memaafkan kesalahan amat dipuji tetapi bukan ditutup kesalahan.
4. Apakah benar mereka faham bahawa nama sebuah NGO sebagai aktivis melayu mutlak dibenar restu dipimpin oleh bukan melayu hakiki, bahkan dilihat sahsiah cakap pun tidak bernilai melayu, membawa adap pun bukan melayu, bahkan cubalah singkap semula pada 31 Okt 2009 hari sejarah pengisytiharan YM Maideen sebagai GU, berarak masuk memegang sebilah keris panjangpun sangat anih gayanya, seperti memegang cokmar dsbnya atau playcard dalam barisan umum. Cuba lihat cerita Elizabeth The Virgin Queen (ASTRO) macam mana ketua gereja membawa alat kebesaran pertabalan Her Majesty THE Queen, begitulah gayanya YM GU Maideen pegang kerisnya, sumbang dari gaya langkah lazim seorang melayu.
4. Isu syahadah, jelas salah ungkap dan tidak memberi makna dalam tatabahasa arab, namun dengan tegas jawatankuasa tertinggi yang dianggotai oleh orang lama menafikan dan itu adalah salah ucap kerana keteloran, setahu kita dan sepanjang pergaulan kita dalam persatuan YM Maideen tidak pula membawa telor tamil dalam bicara sehariannya. Apakah sangat butanya di kalangan orang lama dalam persatuan, bahkan bergelar ustaz lagi, tidak tahu membezakan telor dan salah ungkap, itu belum lagi lagi diambil kira tentang harakat (satu harakat dua alif) dalam menyatakan kalimah tauhid, paling tidak Assyahadu an Laaaa (6 harakat) apakah bunyi Allah jika Aaaaaaaaaaallah itu dalam 6 harakat, bukan sahaj sumbang tetapi belum bernah terjadi dalam sejarah Islam dan bahasa arab sekalipun...... Jadi jika diambil kisah membenarkan ungkapan YM Maideen...........maka benarlah mereka tidak faham asas syariat dan tidak berani menyatakan yang benar............ seluruh masyarakat yang menyaksi YouTube kan berkata atas hakikat kelainan ungkapan dari kalimah yang terbiasanya kecuali mereka itu penyokong dan takut akan menderhaka kepada Tuan Hj Ishak Itam yang kini tidak lagi dimuliakan, kerana....5. Di manakah lojiknya dahulu presiden dan Guru Utama, tetapi sekarang kekal sebagai presiden (untuk sementara waktu) dan bergurukan kepada anak murid. Kalau dulu taukeh sekarang menjadi kepada kuli kepada kulinya dahulu, ada logiknya, tetapi dalam sejarah perguruan, mungkin inilah kali pertama sang pernah kita persaksikan.......... maka ingin dikatakan bahawa seluruh ahli terutamanya YDP dan perwakilan pada 31 Okt lalu dan AJK Pusat terlibat secara langsung atas biadap dan kurang ajar dalam susila adat melayu dan atas apa yang kita namakan sebuah perguruan.
Setakat ini dahulu komen saya, Insya Allah akan datang kita susul lagi. Teruskan papar atas kedurjanaan ahli silat cekak Malaysia kerana secara keseluruhannya mencemar adat dan bangsanya.
Maka dirumuskan bukan salah Ustaz Hanafi mahupun Tuan Hj Ishak Itam, tetapi khilafan yang berlaku oleh anakdidik mereka, kedua insan mulia ini turut terpalit dalam sejarah bangsa
Dari saya serabuttenang
Monday, December 21, 2009
Sapahabaq : Komen 'serabuttenang'
Sapahabaq petik komen ini dari blog 'akumatihidupsemula' agar jelas dapat dibaca oleh semua penghuni blog ini, Agar kita berpikir dan terus berpikir sedalam-dalamnya. Sapahabaq mohen izin dari blogger 'akumatihidupsemula' dan pemberi komen 'serabuttenang'. Click ke link blog asal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diizinkan selagi membawa manafaat kepada kha-layak
ReplyDeleteTerimalah kasih
ReplyDeletesungguh sedih membaca berita ini, saya berguru dengan Pak Ak belajar di UPM Sila Cekak ini, semasa krisis 1993 hampir semua penuntut silat Cekak UPM berpaling tadah, masa tu saya pembantu jurulatih kat cawangan di selangor.
ReplyDeleteTak sangka sekarang jadi lagi krisis malah jauh lebih teruk.