Friday, December 25, 2009

Sapahabaq : Semuanya dah nak terlingkup

Maee : Oooop! Majlis apa pulak kali ni? Tak dapat nak agak.... Ada banner dengan lambang silat cekak pulak tu..... tapi macam buat kat rumah je...... Banner tulis jawi..... mestilah majlis orang melayu.... tak berapa nak boleh baca ni tulis jawi ni.....!

Yid : Tu la hang! mengaku je orang melayu.... tapi tulisan rasmi orang melayu pun tak tau baca! Makrup sintuk betui la hang ni.....

Maee : Ehhhh.... Ehhhh... sapa pulak yang pegang micropon tu.....? Juruhebah jemputan ke? Orang baru ke? Tak pernah nampak pun!

Yid : La... dia tu hang pun tak kenai? Tu la Hj Ghazali... bekas NP dulu dan pernah duk kat LPT.... hang ni betui-betui budak baru dalam persatuan ni!

Maee : Mana la aku tau..... semenjak dua menjak ni tak pernah pun aku nampak dia kat mana-mana majlis..... tiba2 nampak macam orang penting je... Di mana kah dia selama ni?

Yid : Entahlah.... sat-sat ada sebagai NP, sat-sat ada sebagai LPT.... tup-tup hilang..... dia pandai majik kot? Tau tau jengoi kat majlis ni... kat rumah Pak Ak. Lama juga tak pernah nampak dia kat sini dalam majlis-majlis...

Maee : Laaaa... rumah Pak Ak ka ni? Di mana kah Dia?

Yid : Kan aku kata tadi Hj Ghazali hilang selama ni! hang pekak ke oii!

Maee : Bukan aku tanya dia yang hilang! Aku tanya di mana kah dia menghilang???

Yid : Hang ni merapu ka nyanyok? Sapa yang hang cakap ni??

Maee : Pa Ak! Pak Ak! Di mana kah Dia?

Yid : Ya la! Di mana dia? Ini majlis kat rumah dia!

Maee : Kan dia presiden lagi...... guru dah orang lain! tapi mana dia? Kan ini kat rumah dia?

Yid : Allah... mak!!!! mana Pak Ak? Mana Pak Ak?

Maee : Eh..eh..., oii! hang tanya depa ramai-ramai tu.... mana Pak Ak!

Yid : k..kkk.... aku tanya... Assalamualaikom! Hampa semua nampak Pak AK ke?...... Oi, depa tak beralih pun.... apa tah lagi nak jawap!

Maee : Depa tekun dengaq ikut majlis kot? hang bagi la salam kuat sikit... kot-kot ada yang dengaq!

Yid : Assalamualaikom!! ASSALAMUALAIKOM!!!!!! ASSALAMUALAIKOOOOOOOM!!!!!!

Maee : Oi! depa ni tak dengaq juga la...... apa jenis orang depa ni?

Yid : Aku ingat.. depa ni memang jenis tak dengaq cakap orang kot!

Maee : Betul...betul...betul...

Yid : Aku ingatla... Pak Ak tak dak kat dalam majlis ni... pasai dia kat tilam dia kot... Aku ingat dia masih tak larat nak hemoi dengan depa ni la....

Maee : La..... dah tau dia tu sakit... pasai apa pi buat majlis kat rumah orang tu? Apa adab ni? Ishh...Ishh...ishh...

Yid : Entah lah..... semuanya dah nak terlingkuppppppp.....

Sapahabaq : Semuanya dah nak terlingkup

Tuesday, December 22, 2009

Sapahabaq : Ini Semua Mainan Orang Politik

“In politics, nothing happens by accident. If it happens, it was planned that way.”

[kata bicara dari President Rooservelt]

Bermaksud:

“Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.”


Mudah bicara: Terdapat dua pandangan berkaitan dengan kejadian peristiwa-peristiwa yang bersejarah, iaitu pandangan bahawa:


(a) Sejarah belaku secara kebetulan (Accidental View of History)

(b) Sejarah berlaku disebabkan adanya suatu rancangan sulit (Conspiratorial View of History)


Pandangan (a) adalah pandangan tradisi unggul, diketahui umum dan diajar dalam system pendidikan.

Pandangan (b) adalah pandangan alternatif, tidak diketahui umum tetapi oleh mereka yang mengkaji sahaja.


Ini terbukti bagai kata-kata President Rooservelt seperti di atas :

“Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.”


Jika sesuatu peristiwa buruk ingin dilakukan, maka yang melaksanakannya perlu merancangkannya dengan sulit, supaya mangsanya tidak mengetahui rancangan itu. Bukan sahaja mereka merancang dan bekerja secara sulit tetapi perlu juga menyakinkan orang lain bahawa ‘pakatan’ itu tidak wujud!


Habis tu apa kena mengena keterangan di atas dengan kita sekarang ini?


Sekadar untuk kita baca, fikir dan kemudian kaji! Adakah peristiwa buruk yang melanda dalam persatuan ini berlaku tanpa disengajakan atau terdapat perancangan yang rapi, terperinci lagi busuk untuk mencapai hasrat. Yang mudah kita rambangkan kalau ada, ini merupakan kerja orang yang bercita-cita menguasai tahta. Orang yang bergini selalunya suka berjinak dengan dunia politik. Sebab itulah ramai masyarakat yang kolot seperti kita kerap menyatakan bahawa politik itu kotor dan jijik.


Betul atau tidak politik itu kotor, jijik lagi busuk…… tiada siapa antara kita yang dapat pastikan kerana itu bukan mainan kita. Mungkin atas alasan itu kot Almarhum Ustaz Hanafi tinggalkan jalan politik ini demi untuk mencapai matlamat. Kita dipesan…. Kita diperingatkan bahawa jalan politik bukan jalan untuk ahli-ahli silat cekak. Memang ramai yakin atas perkhabaran itu…. Namun masih ada yang bergelumang dengan jalan itu semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup.


Ada antara ahli kita yang berjaya dapat apa yang dia nak walaupun melanggar pesan tok guru… dan ada yang jadi belaci semata-mata demi mencapaikan cita-cita orang lain. Inilah pandangan umum warga cekak terhadap orang yang terjejas pendoman dan sanggup bermain politik….. Bagi kita orang politik…. Cakapnya cara orang politik…… cakapnya lain hari ini dan besuk akan jadi lain….. sebab apa? Asalkan dapat apa yang dihasrat. Itu saja!


Jadi apa kaitan dengan gelombang yang melanda persatuan ni?


Mudah! Cuba kita lihat dalam persatuan…… siapa yang ingin duduk di atas sekali?… adakah dia itu orang politik? Adakah kedudukan yang diperolehi itu berlaku seperti kata “Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian.” Dan lagi, Adakah cakap-cakapnya lain hari ini jadi lain pula pada hari lainnya?


Kata orang Melayu…… Tepuk dada tanya selera!


Tanya 1 : Siapa minta jadi Naib Presiden walaupun Pak Ak lantik Rahman Hamid sebelumnya?


Tanya 2 : Siapa minta jadi Naib Presiden I dan mengekalkan Nasir Arshad sebagai Naib Presiden II walaupun Nasir berpihak sebelah Mat Radhi hanya semata-mata nak puaskan diri sendiri?


Tanya 3 : Siapakah yang terlibat mencadangkan pembubaran LPT dalam tahun 1993 sehinggakan gang-gang Amruddin terbuang sebagai penjawat dalam persatuan? Sehinggakan berlaku krisis pepecahan 1993.


Tanya 4 : Kepada siapakan kedai koperasi Gerak Jaya beralih tuan?


Tanya 5: Kenapa selepas krisis 1993 ramai penjawat jawatan tertinggi dalam persatuan terdiri daripada ahli-ahli dari UIA atau kuncu-kuncu orang tertentu?


Tanya 6 : Kenapa pengeluaran T’shirt latihan yang diberi kepada sebuah Koperasi kembali beralih ke syarikat peribadi sedangkan sang terbabit juga anggota jawatankuasa koperasi tersebut?


Tanya 7 : Kenapa jawatan Naib Presiden dikekalkan satu sahaja dan kini zaman baru diwar-warkan kepada 3?


Tanya 8 : Kenapa seorang Ustaz yang telah dikhabarkan oleh Pak Ak, mempunyai kelayakkan sebagai pengganti telah diserang sebegitu sekali?…. Sehinggakan ustaz tersebut menyepi sebagai bukti tanda tiada kepentingan.


Tanya 9 : Kenapa kini kebanyakkan Tenaga Pengajar yang pernah mengikuti kelas ustaz tersebut di atas yang di adakan di jalan Kent, ramai digugurkan sebagai Tenaga Pengajar?


Tanya 10 : Kenapa Minta Cawangan Selangor buat EGM untuk melantik NYDP kerana NYDP yang telah dilantik terdahulu menolak jawatan tersebut… Adakah perintah orang atas kepada kuncunya untuk menolak?


Tanya 11 : Kenapa minta Cawangan Selangor buat EGM kemudian berpakat dengan anggota PL Bukit Beruntung untuk mengagalkan EGM tersebut?


Tanya 12 : Adakah selepas ini Pusat akan menyalahkan Cawangan Selangor kerana gagal mengadakan EGM tersebut dan akan mengambil tindakkan terhadap AJKnya?


Tanya 13 : Kenapa ramai Tenaga Pengajar yang bertanyakan hal Syahadah melalui surat digugurkan tanpa bicara secara jelas?


Tanya 14 : Kenapa YDP Perak sendiri macam pohon pinta agar Pusat mengambil tindakkan terhadap Cawangan Perak… sehingga dibubarkan?


Tanya 15 : Kenapa ada campurtangan Datuk2 dalam isu pembubaran Cawangan Perak membabitkan PSNP?


Tanya 16 : Kenapa tiba-tiba tukar kebanyakkan penyelia di Lembah Klang?


Tanya 17 : Kenapa isu Syahadah tidak pernah diteliti oleh AJK Pusat, malah mempertahankan sedangkan Pak Ak pesan menegur kesilapan Syahadah tersebut?


Tanya 18 : Kenapa buat EGM isu guru utama tanpa bahas?


Tanya 19 : Kenapa buat EGM dan langgar perlembangan mengenai isu guru utama seumur hidup sedangkan guru itu masih hidup?


Tanya 20 : Kenapa sanggup jadikan sebenar guru sebagai anak murid sekarang ini?


Tanya 21 : Kenapa hebuh gelar Pak Ak mantan guru?


Sekarang cuba kita PERHATIKAN : Siapakah sebenarnya orang yang berjiwa politik, berkawan rapat dengan orang politik dan menagih dalam dunia politik di antara kita?


Kalau nak kotor, jijik dan busuk…. Jangan dicemari jalan yang murni ini. Wasilah ini……. Bukan jalan POLITIK!!!


Sapahabaq : Ini Semua Mainan Orang Politik

Monday, December 21, 2009

Sapahabaq : Komen 'serabuttenang'

Sapahabaq petik komen ini dari blog 'akumatihidupsemula' agar jelas dapat dibaca oleh semua penghuni blog ini, Agar kita berpikir dan terus berpikir sedalam-dalamnya. Sapahabaq mohen izin dari blogger 'akumatihidupsemula' dan pemberi komen 'serabuttenang'. Click ke link blog asal.

Anonymous Tajuk: Adakah Ustaz Hanafi Gagal?
Anonymous said...

Salah benar kalau kita kata Ust Hanafi telah gagal....tapi sebenarnya anak-anak didiknya yang gagal menghayati ilmu-ilmu yang disampaikan oleh beliau. Mungkin pada masa itu tidak kelihatan akan kedhaifan jika tidak bodohnya mereka.

Secara aqlinya.....


1. Pada masa itu mereka tak berani bercakap sepertinya tak berani menunjukkan kebodohan/kebijakan nyata kerana sangat takut keteguran yang akan dijadikan buah mulut rakan-rakan.

2. Apa yang dipamirkan sekarang adalah hebatnya silat cekak, kerana hebatnya atas guru dan ahli-ahli. Apakah benar mereka faham benar atas nama perjuangan sebenar perjuangan.

3. Cakap atas kebenaran konon, akan tetapi bila konco membuat salah, ada usaha pejam sebelah mata, memang sengat memaafkan kesalahan amat dipuji tetapi bukan ditutup kesalahan.

4. Apakah benar mereka faham bahawa nama sebuah NGO sebagai aktivis melayu mutlak dibenar restu dipimpin oleh bukan melayu hakiki, bahkan dilihat sahsiah cakap pun tidak bernilai melayu, membawa adap pun bukan melayu, bahkan cubalah singkap semula pada 31 Okt 2009 hari sejarah pengisytiharan YM Maideen sebagai GU, berarak masuk memegang sebilah keris panjangpun sangat anih gayanya, seperti memegang cokmar dsbnya atau playcard dalam barisan umum. Cuba lihat cerita Elizabeth The Virgin Queen (ASTRO) macam mana ketua gereja membawa alat kebesaran pertabalan Her Majesty THE Queen, begitulah gayanya YM GU Maideen pegang kerisnya, sumbang dari gaya langkah lazim seorang melayu.

4. Isu syahadah, jelas salah ungkap dan tidak memberi makna dalam tatabahasa arab, namun dengan tegas jawatankuasa tertinggi yang dianggotai oleh orang lama menafikan dan itu adalah salah ucap kerana keteloran, setahu kita dan sepanjang pergaulan kita dalam persatuan YM Maideen tidak pula membawa telor tamil dalam bicara sehariannya. Apakah sangat butanya di kalangan orang lama dalam persatuan, bahkan bergelar ustaz lagi, tidak tahu membezakan telor dan salah ungkap, itu belum lagi lagi diambil kira tentang harakat (satu harakat dua alif) dalam menyatakan kalimah tauhid, paling tidak Assyahadu an Laaaa (6 harakat) apakah bunyi Allah jika Aaaaaaaaaaallah itu dalam 6 harakat, bukan sahaj sumbang tetapi belum bernah terjadi dalam sejarah Islam dan bahasa arab sekalipun...... Jadi jika diambil kisah membenarkan ungkapan YM Maideen...........maka benarlah mereka tidak faham asas syariat dan tidak berani menyatakan yang benar............ seluruh masyarakat yang menyaksi YouTube kan berkata atas hakikat kelainan ungkapan dari kalimah yang terbiasanya kecuali mereka itu penyokong dan takut akan menderhaka kepada Tuan Hj Ishak Itam yang kini tidak lagi dimuliakan, kerana....




5. Di manakah lojiknya dahulu presiden dan Guru Utama, tetapi sekarang kekal sebagai presiden (untuk sementara waktu) dan bergurukan kepada anak murid. Kalau dulu taukeh sekarang menjadi kepada kuli kepada kulinya dahulu, ada logiknya, tetapi dalam sejarah perguruan, mungkin inilah kali pertama sang pernah kita persaksikan.......... maka ingin dikatakan bahawa seluruh ahli terutamanya YDP dan perwakilan pada 31 Okt lalu dan AJK Pusat terlibat secara langsung atas biadap dan kurang ajar dalam susila adat melayu dan atas apa yang kita namakan sebuah perguruan.



Setakat ini dahulu komen saya, Insya Allah akan datang kita susul lagi. Teruskan papar atas kedurjanaan ahli silat cekak Malaysia kerana secara keseluruhannya mencemar adat dan bangsanya.


Maka dirumuskan bukan salah Ustaz Hanafi mahupun Tuan Hj Ishak Itam, tetapi khilafan yang berlaku oleh anakdidik mereka, kedua insan mulia ini turut terpalit dalam sejarah bangsa

Dari saya serabuttenang


Sapahabaq : Komen 'serabuttenang'

Saturday, December 19, 2009

Sapahabaq : Sudah Pun Terpele'ot


Asalnya : Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:-

Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri.

Segemal Padi - bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

Parang Lading - Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia.

Tulisan Ahmad Muhammad - tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.

Warna - seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:-

Kuning - melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu
Merah - melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh
Biru Tua - warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani
Putih - melambangkan suci dan bersih
Hijau - melambangkan keIslaman



PERSOALAN?????

Jenuh Almarhum Ustaz Hanafi mendapatkan ilham dan seterusnya merealisasikan sebuah lambang agar anak-anak melayu menjadikan ia sebagai pendoman. Sebuah lambang yang mempunyai maksud yang cukup tersirat. Namun, terpaksa juga menyembunyikan maksud-maksud itu agar tidak menjadi fitnah duniawi. Yang boleh diceritakan kepada umun hanyalah seperti yang terpampar dalam laman web persatuan.

Banyak kisah tentang cerita lambang ini dan ada yang dikhabarkan sehingga melibatkan kematian seseorangan. Tak dapat dinafikan juga lambang tulisan ‘Ahmad Muhammad’ ini turut mendapat tegur sapa dari guru beliau, Pak Haji Zain agar diletakkan pada kedudukan yang tepat.

Memang penuh tersirat sehinggakan Tok Hikam pun turut mengolah lambang ini agar makna-makna itu tidak menjadi carca marba. Tapi Apa sujah jadi pada maksud-maksud tersirat lambang ini pada hari ini? Pikirlah sendiri! Segalal-galanya sudah terpele’ot!

Bintang 21 – katanya kerana buah silat cekak ada 21… tapi kenapa asal buah yang dipelajari dari Pak Ya sebelum itu, buahnya lebih dari 21? Kenapa lebih dari 21? Apapun persoalannya bukan pasai buah. Tapi pasai apa Almarhum jadikan 21 buah sahaja. So, bukan pasai buahlah 21 bintang itu, kerana bintang kerap kali kita kaitkan dengan cahaya. Persoalannya, di mana terletaknya bintang-bintang itu?

Segemal padi – Nampak macam senang je nak faham cerita pasai padi ni. Ye lah kita kan orang Melayu… hari-hari makan nasi yang asal dari beras yang asal dari padi yang asal dari tanah, tanah pula tanah Melayu. Tapi orang la ni bendang pun tak pernah pijak…. Padai pula nak cerita pasai padi! Membajak tak pernah, Mengala tak pernah, semai tak pernah, menabur tak pernah, dll. Bak kata pakai konsep je…. Tapi pada zahirnya tak kesampaian pun pengertian berpadi ni! Lain lah Ustaz Hanafi dan Pak Ak yang hidup dalam dunia ‘Melayu Padi’ yang penuh beresamkan tatacara padi…..

Zaman la zaman moden, ramai dah tak kelih padi……. Last-last silat Melayu pun beristiadat jubah… akedemik konon! Atau buta budaya? Sabit tu lah sombong dan bongkak kerana beralaskan pakaian tunjuk megah semata2 tapi ilmu Melayu tak setinggi mana pun! Maka terlahirlah satu bangsa baru rasuk melayu yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

Parang Lading - merupakan senjata asli orang Melayu. Betui la kot! Kaitan pula dengan Melayu Kedah. Pasai kalau kita pi kata Naga atau Tanjung Kapok, orang-orang bergelar ‘ikat kepala’ ni masih simpan parang lading depa. Depa asai orang mai Kedah ikut raja ke Bukit Pinang dulu-dulu, sabit tu la parang lading macam ni boleh jumpa sehingga ke Krabi dan Ranong. Orang Kedah ni orang asai ‘mon’ kot… orang darah raja yang cakap depa ni lain dari cakap orang Melayu Malaysia. Yang pelik orang ‘mon’ nak kata ‘la ni awat ladin dah pi kelain, dah tak dok kat asai’. Orang-orang ‘ikat kepala’ ni sahaja sebut ‘ladin’……

Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia. Ini tentu semua orang Melayu setuju! Tapi heran no.. ada seorang bangsa lain mengaku yang sebilah keris tu adalah diri dia… sebab tu dia layak jadi guru sekarang. Habis tu kedaulatan Raja-Raja Melayu tu dah kena pijak ke? Maunya tak! Kerana terlalu yakin dia lebih Melayu dari Melayu lain, maka bersungguh dia berpakaian serba kuning ibarat setaraf Raja Melayu….. Porah!!!! Sedarlah diri sikit…. Opp lupa lagi! Ini jenis orang memang tak pernah nak sedar diri… sebab tu guru dia sendiri diletakkan sebagai presiden dan masih ahli dalam persatuan…. Dah jadi berguru pula pada anak murid… Mangkuk…..

Yang lebih mangkuk hayun ialah YDP dan para Penyelia… yang telah khianat pada perjuangan berasaskan peradapan Melayu… sanggup bergelumang dengan najis orang lain dan palit ke muka bangsa sendiri. Cuba pikir betul-betul! Ini cerita silat Melayu asli, maka silat Melayu Haq orang Melayu. Cara Melayu. Peradaban Melayu. Pakaian orang Melayu. Kalau dah rasa sangat bangsa lain mempunyai ketinggian ilmu hakikat atau dah jadi Tok Hikam baru…. Senang je… koyak perlembangaan yang ada…..(pun sama macam buat EGM hari tu).. pisahkan guru silat Melayu dengan guru Hakikat. Istiharkan saja guru baru itu guru hakikat….. Hak Tanah dan orang Melayu jangan dicarca-marbakan….. Kurang asam betui……

Hampa YDP dan para Penyelia serta orang2 Pengurusan…. Tolong jawab nanti kepada anak cucu……. Jangan sampai kena laknat bangsa…… kerana berlagak, sombong dan bongkak sehingga menjahamkan tamadun sebuah salasilah silat Melayu.

Tulisan Ahmad Muhammad – Yang ni hampa tanyalah guru hampa masing2…… dan yang ramai-ramai sokong guru baru tu…. Pi Tanya dia lah…… kalau dia tak berapa reti nak jawab… bawa kitab jawi dan tolong bacakan pada dia dan dia akan kupas…. Guru baru ni yang lebih Melayu dari Melayu tak reti sangat baca kitab Melayu…. OK… OK… tak pa! SU dia ada… ustaz-ustaz congkak dia pun banyak yang boleh tolong bacakan kitab melayu ni……

Apa nak jadi mak oiiiiii…… yang melayu lebih melayu tapi resam dan peradaban Melayu tak pernah pakai dan masih merangkak2…. Tapi lebih Melayu dari Melayu sehingga menjadi dapat jadi Ketua kepada bangsa Melayu silat ni…. I say man…… dah terpele’ot dah……..

Penat! Penat! Almarhum rekacipta lambang silat ni nak cerita pedoman buat anak-anak Melayu….. akhirnya anak murid Ustaz sendiri menjahanamkan semuanya…… Semuanya sudah pun terperle’ot.

Ishh….Ishh…Ishhh… Kalau la Ustaz Hanafi dok ada lagi kot-kot apa dia nak kata……

Agaknya?

Lu Pikir La Sendiri......



Sapahabaq : Sudah Pun Terpele'ot

Wednesday, December 9, 2009

Sapahabaq : Inilah Sebaik-baik Tokoh

Oooh yeah, I've done it!
YEEEEEAAAAHHHHH..... (kata 'Iron Maiden' dalam lagu 'killers')

Berjayalah kot, tercapai cita-cita yang terpendam sekian lama... Dari asal seorang khadam dah pun jadi Pemimpin Agung yang luar biasa! Terlantik setelah berjaya mengaburi mata orang ramai dengan kisah-kisah kononnya anak murid yang teramat baik di dalam sejarah perjalanan silat cekak. Seorang Tokoh!

Konon yang paling hebat, setia dan seseorang yang cukup gigih berjuang untuk perkembangan persatuan.

Anak murid yang paling hormat guru dan Tak pernah bohong......


Ye La Tu!

Satu ketika dulu....

1. Minta jadi NP walaupun guru dah lantik orang lain..... konon akan turun bila selesai kancah haru biru dalam tahun 1993.... Kekal juga, malah tak mahu ada 2 NP pulak tu...

2. Sendiri canang sana-sini sejak dulu bahawa tak akan jadi guru....

3. Marah kalau orang nak berkecimpung dalam politik sebab Ustaz Hanafi dah lalu semua jalan macam tu... politik bukan jalan perjuangan ahli silat cekak.... Last-last sendiri masuk politik dan heret sekali anak buah silat.....

4. Walaupun banyak duit tak akan pakai kereta lebih besar jadi guru.... aleh-aleh dah dapat pangkat besar kenalah pakai kereta besar kot....

5. War-war konon tidak akan ditabalkan sebagai guru utama apabila dapat tugas tolong ijazah... selagi Pak Ak masih hidup... tup-tup buat EGM lantik diri sebagai guru utama.... Oh Ya! Lupa! Pak Ak telah pun tiada lagi bagi mereka yang berkasih dengan persatuan semata-mata.

Memang Betui! Inilah sifat orang yang terhebat dalam perjuangan ini sebagai contoh untuk anak cucu Melayu akan ikut seterusnya. Kita kena cakap biar nampak macam orang kecil, orang bodoh akan tetapi rebutlah apa saja yang boleh kalau nak duduk di atas. Kalau nak berjaya... Asal dapat... cakap lain... buat lain pun tak pa.... PEDULI APA! asal semua ini kita yang punya...

Inilah sebaik-baik tokoh... Harap-harap tidak terbunuh sifat jati sebenar Melayu akan datang!

Sapahabaq : Inilah Sebaik-baik Tokoh