Sunday, May 13, 2012

sapahabaq : Nak Pi Mana

Pernah semasa hidup Pak Ak, beliau lepaskan kata sebegini “selepas saya tak dak tak tau la semua ahli nak pi mana…”. Ini ibarat kata-kata warning dari seorang guru khusus kepada semua, tetapi berapa orang sangat yang ambil kesah.

Ramai kepala2 dalam persatuan tak berapa ambil perduli pun, mungkin kerana kepala2 ini dah perasan sangat yang depa ni dok di jalan yang betui. Last2 persatuan ini pecah belah dan masing2 mengakui membawa jalan yang benar! Ada yang telah mengakui guru dan membawa jalan yang diasaskan oleh ustaz Hanafi. Jalan yang bercorakkan pada silat! Maka mahu atau tidak, terpaksalah guru2 ini menjadikan silat sebagai teraju. Dan, sudah pastilah jalan silat ini tidak siapa pun boleh nafikan bahawa semuanya sama dan sudah pasti silat itu guru mana pun tak berani nak tokok tambah kerana takut derhaka pada Ustaz Hanafi dan takut dikatakan sudah lari dari jalan yang sebenar!

Ooop! Apakah silat itu sebagai bukti jalan yang sebenar? Kalau itu lah, macam mana pulak nak tahu guru silat cekak yang mana satu yang sebenarnya menyambung apa yang telah dibawa oleh guru-guru sebelum ini.

Pernah dilafaskan oleh guru-guru kita sebelum ini, bahawa “kita bersilat bukan pasai silat…”, So, silat tu bukan yang utama tetapi pasai Ugama dan Allah. Dan, sudah pastilah semua yang mengakui guru ini akan kata ayat yang sama untuk membuktikan konon mereka adalah penyambung sebenar tugas guru.

Kalau macam tu lah sistemnya…. Maka ramailah yang boleh mengakui sebagai guru dan dah ada 5 pun guru buat masa ni dan mungkin akan ada lagi kot selepas ni. Apa sebab macam ini? Apa sebab berpecah? Adakah kepala2 yang ada tak faham dan tak tahu apa sebab Ustaz Hanafi buat silat ni?

Adakah Ustaz Hanafi nak bawa silat yang di ambil dari Pak Ya atau bawa ‘hikam’ yang diambil dari Pak Hj Zain? Kalau nak dikatakan silat cekak ini special kerana ia merupakan silat tauhid pasai ada silat + hikam, maka mana satu guru yang benar sebab semua akan bercakap silat + hikam seperti mana guru2 sebelumnya. Dan sudah pasti guru2 ini tak akan berani cakap pasai silat semata-mata kerana ia akan bawa pi ke Pak Ya seterusnya ke Panglima Ismail sahaja.

Kalau cakap pasai silat. Menang ada buktinya iaitu silat itu sendiri. Ia nyata dan boleh di lihat. Itu buktinya! Kalau pasai hikam macam mana pula buktinya? Bolehkah guru2 ni buktikan yang hikam ada pada mereka?

Harus diingat semasa ini di Kedah, ada guru Hikam yang bawa hikam sahaja tetapi tidak bawa silat. Guru ini bukan tak belajar silat….. dia belajar pun silat tu zaman ustaz Hanafi dulu tetapi menumpukan kepada mengajar kitab hikam dan dia adalah anak murid Pak Hj Zain sezaman dengan Ustaz Hanafi. Persoalannya! Sekiranya satu masa nanti kalau dia bawa silat yang diijazahkan oleh Ustaz Hanafi dan mengajar pula hikam yang telah diijazahkan oleh Pak Hj Zain sendiri….. maka dia itu akan menjadi guru yang sebenar? Apakah itu jawapan pada semua persoalan…..

Maka sudah pasti ke 5 guru ini akan kata “mungkin tidak”. Jadi, apa bukti siapakah yang akan membawa apa yang sebenar selepas Pak Ak? Kumpulan mana yang akan kekal duduk dalam trak yang betul? Mesti ada bukti! Mesti ada bukti yang akan membezakan antara yang benar dengan yang batal. So, apa buktinya?

Harus diingat lagi! Pak Ak itu guru yang benar, guru yang haq! Pasti seorang guru yang benar dan haq tidak akan biarkan jalan yang dibawa terputus begitu sahaja. Pasti bersambung! Pasti dengan buktinya!

Dan, Harus diingatkan berkali-kali…. Buktinya bukan terletak pada apa yang Pak Ak cakap tetapi pada apa yang Pak Ak beri! Mesti ada tanda sebagai bukti! Kalau sekadar cakap dan pesan pasti ramai yang akan claim…. Oh ya! Kalau bab mimpi… please jangan jadikan bukti…. Sebab ramai sangat yang mimpi2 ni… kalau dihimpun-himpun semua mimpi2 ni…. Kita boleh buat buku la setebal kamus dewan!

Seterusnya! Apa yang terbukti sekarang, yang mengakui guru akan hanya bercakap lebih pasai Ustaz Hanafi dan kurang sangat pasai Pak Ak seolah guru yang no 1 tu ialah Ustaz Hanafi melebihi Pak Ak dan Pak Hj Zain. Seolah semua ini lebih dari Ustaz Hanafi.

Harus diingat lagi, Ustaz Hanafi hanyalah pengasas dalam bidang silat cekak, maksudnya menjadikan silat cekak dok dalam persatuan. Beliau bukan pengasas jalan perjuangan ini. Jadi siapakah yang mula2 bawa jalan ini? Dan, sudah pastilah jalan ini mertabatnya melebihi jalan silat cekak dan jalan hikam semata-mata. Sebab ada yang terdahulu bawa jalan ini tak melalui silat cekak pun tetapi hanya melalui hikam sahaja dan ada yang bawa jalan ini tanpa melalui kedua-duanya sekali. Jadi sekarang, apa sebenarnya yang sebenar sehinggakan boleh membatalkan yang lainnya?

So, Mana buktinya? So, harap2 kepala2 yang ada jangan terkeliru sebenarnya Pak Ak dan Ustaz Hanafi melalui jalan silat ni nak bawa kita.... NAK PI MANA!

Bukan setakat Pak Ak dan Ustaz Hanafi saja. Sebenarnya semua yang bawa jalan ni, NAK PI MANA!

NAK PI MANA? 
sapahabaq : Nak Pi Mana

Friday, May 4, 2012

sapahabaq : Dia Guru Saya

Heran sungguh Heran.... katanya guru yang ada ni sambung sanad dari Pak Ak! Tapi nampak sangat macam depa ni tak pernah berguru dengan Pak Ak pun? Macam mana boleh kata sambung sanad?

Yang sering didengari guru depa ni cakap lebih kaitkan dengan Ustaz Hanafi dari Pak Ak... Oh ya! Lupa! guru depa ni sama je dengan Pak Ak, sama-sama berguru pada Ustaz Hanafi dulu.

ingin tahu : Pak Ak, pasai apa Pak Ak asyik rujuk nama Ustaz Hanafi dalam cakap-cakap Pak Ak?

Pak Ak : Memang la macam tu, dia guru saya, saya akan habaq apa yang guru saya ajaq...

ingin tahu : Dak la, ada yang tak hormat Pak Ak bila macam tu... depa pun asyik-asyik rujuk nama ustaz sama. Nampak macam depa rasa Pak Ak dan depa tu sama ja...

Pak Ak : Ustaz Hanafi tu guru saya, saya kena lebih cerita guru saya.... depa tu ada juga yang berguru dengan Ustaz Hanafi.... tapi bila saya dah jadi guru ni, tak tau la kat depa sama ada depa terima saya sebagai guru...

ingin tahu : Macam tu kot, Pak Ak cerita pasal Ustaz Hanafi, Ustaz Hanafi cerita pasal Pak Hj Zain...

Pak Ak : Haa... macam tu la, tak kan saya nak cerita lebih pasal Pak Haji Zain, pasal Ustaz Hanafi tu guru saya. Kena cerita la pasal guru saya. Kalau anak murid saya, depa kena cerita la pasal guru depa...


Emmm macam tu rupanya kot! Yang kata penyambung.... Guru tu hanya lebih menceritakan mengenai gurunya sebagai menyambung kalam...

Hari ni sudah ada ramai guru-guru yang kononnya penyambung selepas Pak Ak tapi nampak macam terputus.... sebab lebih merujuk kepada Ustaz Hanafi dan mungkin satu hari nanti mereka ini tak reti lagi nak bercakap pasal Pak Ak, sebabnya mungkin, mereka tidak pernah berguru dengan Pak Ak pun!!!

Walaupun mereka kata "DIA GURU SAYA"

sapahabaq : Dia Guru Saya