Friday, January 28, 2011

sapahabaq : saya dengan ini mencabar....

“sedangkan Nabi ampunkan umatnya”


[Seorang lagi pembela kesalahan lafas syahadah Guru Silat Cekak Malaysia memberi komen di blog SUARAJAGAT http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-–-menjawab-kekeliruan/#comment-2552 dan meminta semua pihak memaafkanlah guru itu dan hentikanlah sebaran isu ini melalui dunia siber]


Miss J says:

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada saudara SJ yang telah menulis artikel di atas. Setelah membaca komen-komen yang diberikan, saya turut ingin berkongsi sesuatu.

Ya, mungkin benar Guru tersebut telah melakukan kesilapan dalam Syahadahnya. Namun begitu, Guru (general) hanyalah manusia biasa dan adakalanya melakukan kesalahan.

Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

Jaganlah disebabkan oleh satu kesalahannya, kita membabitkan seluruh amalannya kerana kita sendiri tidak tahu samada amalan itu diterima oleh Allah atau tidak. Saya ingin mengambil satu petikan “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, jadi kita sebagai manusia biasa perlu memaafkan kesalahannya. Kesalahan itu hanya Allah yang berhak menghukumnya. Antara beliau dengan Allah.



Dan juga, saya ingin bertanya, adakah tindakan memaparkan kesalahan yang menjadi aib kepada seseorang disebarkan kepada semua orang? Contohnya, seandainya saudara SJ telah melakukan kesalahan, lalu rakan-rakan saudara menyebarkan perkara ini kepada orang lain, tidakkah ianya menjatuhkan maruah saudara SJ? Jikalau saya, pastilah saya berasa malu.

Jadi, seeloknya jika kita menjauhi dari menyebarkan aib orang lain. Ini saya nyatakan untuk memberi kesedaran pada saudara-saudari serta diri saya sendiri.

Saya juga bukanlah orang yang berilmu tinggi. Justeru, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada komen saya ini.

Wasalam…


[Mari kita baca komen atau jawapan Sdr SUARAJAGAT diblog http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-–-menjawab-kekeliruan/#comment-2553 dan seharusnya kita fahami benar-benar atas isu ini agar kita berfikir dan turut bertanggungjawab]

suarajagat says:

Assalamualaikum dan terima kasih atas komen saudari Miss J..

Sebagaimana yang anda nyatakan, Guru hanyalah manusia biasa yang adakalanya melakukan kesalahan.
Dalam perenggan berikutnya, anda juga menyatakan :

Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

Ingin saya tegaskan bahawa di dalam Islam, kesalahan besar atau kecil tidak sama dengan kesalahan trafik (speed trap, langgar lampu isyarat dll.). Justeru terminologi ‘kesalahan besar’ tidak terpakai dalam Islam. Tetapi terminologi yang sesuai dengan Islam adalah ‘dosa besar’.

Saudari berkata :

Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

Pada pandangan SJ, beliau memang tidak boleh memberi komen atau mungkin tidak mampu pun memberi komen atas pendedahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mendedahkan tentang kesalahan lafaz syahadah beliau. Ini kerana kesalahan lafaz tersebut memang benar-benar berlaku dan kalau beliau ingin memberi komen, saya dengan ini mencabar mana-mana pihak untuk mengemukakan bukti bersandarkan pada al-Quran, Hadith, ijmak dan ijtihad ulama yang membenarkan lafaz syahadah sedemikian. Tolong beritahu saya kitab ulama mana yang ada sebut syahadah sedemikian rupa!

Jika ada yang hendak mengatakan hal tentang masalah telo, lidah pendek..dengan mengemukakan penerangan dari pihak JAKIM (berkaitan lidah pendek) yang terdapat dlm website, anda harus tahu bahawa yang dimaksudkan dengan masalah lidah pendek itu ialah ketidakbolehan menyebut kalimah ALLAH dengan betul yang menyebabkan kalimah tersebut dilafaz dengan sebutan Alla (ketebalan pada lafaz ALLAH tidak dapat dibunyikan).
Sedangkan kesalahan lafaz Datuk Maideen adalah vice versa. Beliau mampu menyebut ALLAH tetapi tidak pula menyebut alla.

Oleh itu jangan mengeksploitasi statement pihak JAKIM tersebut.

Saya bersetuju dengan kata-kata Miss J bahawa guru tersebut seharusnya bertaubat dan membetuli kesalahan.Untuk itu sebagai salah satu jalan penyelesaian beliau sepatutnya membuat kenyataan secara terbuka, mengakui kesalahan beliau serta memohon maaf khususnya kepada seluruh ahli PSSCM. Isu-isu pentadbiran persatuan tersebut, itu mereka perlu berbincang kemudiannya. Saya hanya tegaskan adalah tentang hal yang membabitkan agama Islam.

Istilah “sedangkan Nabi ampunkan umatnya” hanyalah kata-kata kita masyarakat biasa.. soalan saya, adakah Nabi ampunkan Abdullah bin Ubai dan Musailamah al-Kazzab? Justeru Rasulullah s.a.w mengampuni umatnya dalam konteks dan keadaan tertentu kerana setelah berlaku peristiwa pembukaan Mekah, ada juga individu-individu yang dijatuhi hukuman bunuh.
Apakah Rasulullah akan mengampunkan dosa orang yang mengubah-ubah kalimah syahadah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda?
Kalau nak ikut statement “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, tak payah la ada hukum hudud, qisas dan takzir dalam Islam. Tak perlu ada Mahkamah. Dan tak payah ada penjara.

Ketahuilah bahawa masalah lafaz syahadah oleh Datuk Maideen bukan hanya masalah antara beliau dengan ALLAH, tetapi memandangkan lafaz itu diucapkan dalam majlis khas pengijazahan penuntut, oleh itu kesalahan ini boleh membawa kepada dosa jariah yang mungkin menyebabkan lafaz sedemikian diikuti oleh pengikut beliau yang lain. Tahukah kalian betapa teruknya kesan dosa jariah!

Saudari, bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa..tetapi kalaulah perkara ini tidak didedahkan, ia akan menyebabkan kebatilan/ kemudharatan berterusan kepada umat Islam Malaysia. Ini soal AKIDAH. Ini soal TAUHID. Ini soal keimanan kita kepada ALLAH Ta’ala. Maka kesongsangan yang dilakukan oleh Datuk Maideen perlu diberitakan kepada masyarakat agar iktikad mereka dapat terus dijaga. Sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemurnian dan kesucian Islam.

Kenapa sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi sudah disebut-sebut Abdullah bin Ubai sebagai seorang munafik? Apakah Rasulullah s.a.w dan sahabat tidak memikirkan aib yang ditanggung oleh Abdullah bin Ubai sejak dahulu hingga hari kiamat?
Ia diberitakan sehingga ke pengetahuan umat Islam hari ini bertujuan menghindarkan umat Islam dari kemudharatan.
Kesan kemudharatan ini boleh mengakibatkan bencana yang lebih besar dari aibnya.

Maka demikianlah juga tindakan SJ…sekian, Wassalam.

69 comments:

  1. Inilah hikmah yang terzahir disebalik kemelut yang dihadapi sekarang , tidak sesuatu itu terjadi dengan sia sia , pasti ada hikmah di sebaliknya , berterima kasihlah kpd Suara Jagat , walaupun bukan dari kalangan Pengamal cekak sendiri yang menjawabnya ,

    ReplyDelete
  2. kalau daripada awal dia mengaku salahkan senang tapi ini tidak diterajang pula pihak yang cuba membetulkannya dengan sombong dan angkuh!

    ReplyDelete
  3. BEGITULAH kisahnya..... apa yg dibuat sikeling sorang ni semua betui..... satu pun tak pernah silap....

    Ini taksub ke apa ni?

    ReplyDelete
  4. taksub dan jahil!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

    amatlah memalukan para2 pendukung silat seni yg lain apabila mendengar petikan pada minit yang ke;

    3.03 , 3.30, dan 4.35

    seperti yang telah dilafazkan oleh beliau kepada anak muridnya.

    begitu dukacita sekali apabila saya mendengar petikan tersebut, apatah lagi saya sebagai sorang pendukung silat seni selama 17tahun ini.

    wAllahualam.

    ReplyDelete
  6. NAK PERSATUAN SANGAT... AMBIKKKKKKKKKKKKKK...
    LU GILA KUASA .. GILA HARTA..

    TP LU JANGAN LUPA..
    HIKAM SI TUPAI
    PANDAI2NYA AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA..

    TIME TU KO AKAN LIHAT
    KO AKAN RASA
    LUDAHH SEMUA MANUSIA

    PTUIIIIIIIIIIIIIIIIH!

    ReplyDelete
  7. Dalam hidup kita ini, Rasulullah SAW adalah sebagai panduan dan contoh terbaik buat kita. Rasulullah SAW sendiri dah beri jaminan bahawa sesiapa yang mengikutinya maka akan selamat di dunia dan akhirat.

    Taatilah perintah Rasulullah SAW dengan sungguh-sungguh inysa Allah akan mendapat ketenangan jiwa.

    Jagalah keluarga dari segala ajaran-ajaran yang boleh mencemarkan akidah kerana itu perintah Allah yang terdapat dalam kitabullah

    Sekiranya kita tidak menjaga hak Allah dalam bagaimana pula kita kata diri kita adalah sebagai seorang pejuang Islam dan bangsa. Ketahuilah bahawa sekiranya ada manusia yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang agama dan bangsa tetapi hak Allah dan Rasul terabai maka perkataan orang itu tadi adalah dusta semata-mata

    ReplyDelete
  8. Kalau kita hendak memperjuangkan sesuatu biarlah ianya selari dengan kehendak syarak yang termaktub dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul. Jika tiada terdapat dalam dua perkara ini maka adalah lebih molek ditinggalkan.

    Hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan telah diberitahu dalam Al-Quran dimana dunia adalah tempat yang penuh tipu muslihat dan hanya yang mereka yang berpandukan kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul akan selamat dan hanya sedikit sahaja pula yang mengetahuinya, maka kita mohonlah pada Allah agar dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit itu.

    Diam itu pula lebih baik daripada banyak berbicara kerana sekiranya banyak berbicara maka dikhuatiri akan banyak salah dan jika banyak salah ke nerakalah kita layaknya.

    Ketahuilah bahawa syurga itu benar dan neraka itu benar sebagaimana yang ditalkin oleh Pak Imam pada orang mati di dalam kubur. Sepertimana kata hukamak, orang yang bijaksana adalah orang yang senantiasa mengingati akan mati yakni mengingati akan tentang fitnah dan azab siksa di dalam kubur.

    Rasulullah SAW juga berpesan agar berpegang pada Sunnahnya kemas-kemas dan jangan lari darinya kerana tiada jaminan dari Rasulullah SAW sekiranya kita lari darinya.

    Yang mana termaktub dalam Rukun Iman dan Rukun Islam kita benarkan ia dengan sepenuh hati dan jiwa beserta dengan amalan zahir.

    Yang mana haq kita tegakkan dan yang mana bathil kita buang. Sekiranya perkara yang bathil kita tegakkan dan yang haq kita buang maka siksa Allah di akhirat kelak akan menanti kita dengan penuh azab.

    Jangan kita tenggelam di dalam dunia ini kerana ianya penuh dengan tipu daya yang boleh merosakkan akidah kita.Insya Allah sama-samalah kita berpegang kepada syariat Rasulullah SAW yang telah diajarkan kepada kita, dan sama-samalah kita menjaganya dengan sepenuh jiwa

    ReplyDelete
  9. kenapa pergi segala amalan syariat itu sekiranya tauhid kita tidak menentu? kita yakin akan kemantapan amalan kita tanpa piriksa pegangan tauhid kita. Lantas kita peduli apa hal pengangan tauhid anak bangsa kita? utk apa amalan itu semua.....

    Yg utama adalah tuntutan tauhid!!!!! kalimah syahadah..... akan mengenal Allah dan tuntutan amalan seterusnya...

    kalau awalnya bengkok.... sudah pasti yg lainnya jadi sia-sia....

    ReplyDelete
  10. sudah2 la....nk perbetul yg itu yg ini...cermin diri kita sendiri...samada msh ditakok yg sama atau sebaliknya...kita x thu agenda blog2 ini dibuat..sama ada nk perbetulkan keadaan atau hendak memecah belah kan org ramai...ye btl,menegur kesalah sesama umat islam itu disuruh,pergi jumpa,dn tegur klu lah anda menjaga hak2 keislaman ni,dn bkn perkara syahadah ni sj nk diperbetul,cuba ada pergi perbetulakan hak Allah yg lain contoh nya hudud dan sebagai nya bkn kan itu lg besar perkara yg perlu kita ambik berat...tetapi dr bacaan sy dlm blog ni,rasanya disebab kan ketidakpuasan hati mgkin perkara2 dahulu yg mn pembaca x thu,dan kita sbg pembaca trima membuta tuli dan blog ni lbh dr maki hamun...dosa yg kita ada pn x terlarat nk ditanggung,pas tu menambah dosa...mungkin comment sy ni dibalas...sbb ramai org yg bijak pndai dlm dlm blog ni,dn sy rasa ramai yg belajar kitab hikam dan tauhid,kerana hujah yg dikeluarkan oleh org2dlm blog ini rasa nya dtg dr skolah pondok dn berguru dng org2 yg hebat...

    ReplyDelete
  11. memang hujah anda ini dibalas...... kerana anda menyatakan "bkn perkara syahadah ni sj nk diperbetul,cuba ada pergi perbetulakan hak Allah yg lain contoh nya hudud dan sebagai nya bkn kan itu lg besar perkara"

    saolah anda (org yg menyokong maiden) menyatakan masalah lain lebih besar dari syahadah!!!!! contoh masalah Hudud itu lebih penting dari masalah syahadah?

    Jadi nak mengislamkan seseorang kena tahkik dulu bab hudud kemudian baru tahkik bab syahadah lah gitu?

    Inikah fahaman yg ada dalam PSSCM sekarang ni?

    Jadi kenapa perlu lafas syahadah dlm ijazah pertama silat cekak ni?

    kenapa tidak si guru syarahkan bab hudud je mulai sekarang sebagai syarat ijazahnya?

    minta rujuk blog asal penulis isu ini iaitu oleh suarajagat di http://suarajagat.wordpress.com/2010/06/10/tazkirah-sj-ucaplah-syahadah-dengan-betul/

    atau

    http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-–-menjawab-kekeliruan/#comment-2553

    Rasanya penulis blog itu memperjuangkan hal2 yang merosak Akidah sebenar.... dan isu lafas syahadah Maiden ini bukan isu kecil!!!!!

    Usah pertahankan yg salah hanya kerana cinta kepada silat dan persatuan semata..... rujuk pada blog asal dan kaji sedalam2nya sekiranya benar2 mahu perjuangkan atas nama Agama.

    ReplyDelete
  12. secara tiba2..... setan2 dalam silat cekak menjadi islamik..... kelakar.....
    setan nak mengajar pasal islam.........

    ReplyDelete
  13. Dah takde idea..... cedok komen dari suara jagat..... sape suara jagat tu? islam ke dia? pernah dengar dia mengucap ke? kalau berani ........ keluarkan lah ucapan syahadah dia dalam youtube.....biar puak2 penentang ikut cara ucapan kalimah syahadah dia...
    Setakat tulis dalam blog.... sama level ngan aku je ler......
    hahahahaha........

    ReplyDelete
  14. klu berani pergi berdepan ngn maideen..buat satu video rakam...ckp ape yg korang x puas hati....baru gempak beb...asyik baca benda yg sama je dlm blog ni...x advance,buat kejutan ckit..ni masing2 dok tnjuk pndai yg itu la yg ini la....bwk maiden g jmpa jabatan agama islam mcm aku ckp td rakam....fuh gempak beb...br kite thu yg mn btl dn salah...ni asyik menunjuk kehebatan dlm blog x jd..blajar silat smpai jd berani..ni bk blog pastu komen...senyum sorang2 rasa mcm puas hati...padahai syahadah yg buat blog ni pn blom tentu btl...klu nk menetang,menetang habis-habisan..takat bising dlm ni x dak apa la wei....semau dlm blog ni main agin ja byk...padahai yg aku thu yg blajar silat cekak baru 2 thun dan yg baru tamat dh pndai dok comment2 dlm ni tnjuk pndai...duk dgr org menentang diorg pn terhegeh2 nk join,konon2 nk ikut abg2...

    ReplyDelete
  15. LAWATAN ISTIMEWA KE LANGKAWI DARI SYARIKAT IMPIAN TRAVEL AND TOURS

    PAKEJ UNTUK ROMBONGAN 30 ORANG KE ATAS HANYA RM170 SEORANG

    * TIKET FERY DARI KUALA PERLIS-LANGKAWI-KUALA PERLIS
    * BUS IN AND OUT DI LANGKAWI
    * PENGINAPAN DI PERSISIRAN PANTAI DAN BERHAMPIRAN DENGAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI TENGAH(BILIK FAMILY STANDARD, SATU BILIK 4 ORANG)BILIK SELESA DAN BERHAWA DINGIN.
    * ISLAND TOUR(MELAWAT TEMPAT-TEMPAT YANG TERDAP...AT DIDALAM PULAU LANGKAWI DENGAN MENAIKI BAS YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH SAYA).
    * ISLAND HOPPING(LAWATAN KE 3 PULAU YANG BERADA DI LANGKAWI DENGAN MENAIKI SPEED BOOT).

    PAKEJ ISTIMEWA KE PULAU LANGKAWI

    (3 HARI 2 MALAM)

    PAKEJ UNTUK 4 ORANG HANYA RM190 SEORANG

    * KERETA SEWA selama dilangkawi(iswara@ kancil)
    * TRANSFER IN-OUT DARI JATI ATAU AIRPORT
    * PENGINAPAN DI PERSISIRAN PANTAI DAN BERHAMPIRAN DENGAN PANTAI CENANG ATAU PANTAI TENGAH(BILIK FAMILY STANDARD, SATU BILIK 4 ORANG)BILIK SELESA DAN BERHAWA DINGIN.
    * ISLAND HOPPING(LAWATAN KE 3 PULAU YANG BERADA DI LANGKAWI DENGAN MENAIKI SPEED BOOT).

    JIKA ANDA BERMINAT ANDDA BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI TALIAN

    013-5884088 @ PEJABAT 04-5822058

    ATAU ANDA BOLEH KUNJUNGI BLOG SAYA atau email saya:

    http://impiantraveltoursumrahziarah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. aku sokong penyataan anon diatas..nak buat,,buat la btul2..stakat blog je x gune..'klu berani pergi berdepan ngn maideen..buat satu video rakam...ckp ape yg korang x puas hati....baru gempak beb...asyik baca benda yg sama je dlm blog ni...x advance,buat kejutan ckit..ni masing2 dok tnjuk pndai yg itu la yg ini la....bwk maiden g jmpa jabatan agama islam mcm aku ckp td rakam....fuh gempak beb...br kite thu yg mn btl dn salah...ni asyik menunjuk kehebatan dlm blog x jd..blajar silat smpai jd berani..ni bk blog pastu komen...senyum sorang2 rasa mcm puas hati...padahai syahadah yg buat blog ni pn blom tentu btl...klu nk menetang,menetang habis-habisan..takat bising dlm ni x dak apa la wei....semau dlm blog ni main agin ja byk...padahai yg aku thu yg blajar silat cekak baru 2 thun dan yg baru tamat dh pndai dok comment2 dlm ni tnjuk pndai...duk dgr org menentang diorg pn terhegeh2 nk join,konon2 nk ikut abg2... '

    ReplyDelete
  17. Nampaknya cabaran SJ yang harus dijawab oleh Datuk telah disahut oleh pencacai-pencacainya diblog ini pula....hahahaha!!!!

    Kami ingatkan datuk berani, rupanya pengecut....kalau berani datangla jumpa kami, bukan dia tak kenal kami siapa!

    Kalau malu, PSSCM boleh buat forum terbuka, jemput jabatan2 agama, kita forumkan isu syahadah datuk maideen....BERNAMA TV boleh dijemput buat liputan, atau kita berforum live di Hello Malaysia....amacam Rosman, ok tak?

    ReplyDelete
  18. Datuk Maideen bukan guru yang mursyid,, jangan pertahankannya lagi. Usah tegakkan benang yang basah!! Guru sebenar guru tak sebut syahadah tunggang-langgang macam datuk. Sekian.

    ReplyDelete
  19. pengecut!!!!tulislah dlm blog bnyak2....

    ReplyDelete
  20. skg ni kita nk jalan penyelesaian...korang kan ramai...setakat bising dlm ni x jd...smpai bila hampa nk bising dlm ni,aku rasa smpai kiamat mslh ni x settle..aku pn nk tau,bkn aku ja ramai yg baca blog ni tau yg mn btl dn yg mn salah...mslh nya skg hmpa x brani...aku bkn nak main angin hmpa semua...sbb aku pn dok ikut jgk blog hmpa ni...aku dok tgk jalan penyelesaian x dak pn..asyik2 bnda yg sama...klu nk yakin kn pembaca yg ada kt dlm ni p jmpa maiden..hmpa dok hinggaq dlm ni bkn dia tau pn..sbb dia dok buat reja dia xdak ms nk baca blog2 yg mcm ni...nk bg dia tau ampa p jmpa dia...klu ampa ahli psscm dl,kmi pn x thu status ampa ni mcm mn...aku bkn nk cabar,tp aku nk perkara yg sahih...klu la btoi aku antara golongan hmpa semua..tp ni aku dok tgk byk yg main angin penakut...mcm SJ jgk,tkt berani dlm blog x panglima lg la...org ckp apa "xdak teloq ka"...mlsh nya hmpa semua takut!

    ReplyDelete
  21. Megat sri rama....

    Datuk tak perlu jawab soalan2 najis dari korang semua..... kitorang sendiri boleh jawabkan.....

    Datuk nak jumpa korang?.... kirim salam lerr...
    ko sape?.. kau yang pengecut.... takde xxte.

    Kitorang jawab pun ko tak paham.... belum datuk jawab lagi.... kau memang bangang tahap gaban......

    ReplyDelete
  22. Tak perlulah cabar Maideen jawab dan terangkan isu syahadah... buang current je.

    Hakikatnya itulah kehendak Allah yang tak mampu disekat oleh sesiapa termasuk yang dipinjamkan lidah. Tidak tergerak sesuatu kecuali dengan izinNya. Allah nak tunjuk. Dan kita semua dah dengar dan lihat sendiri.

    Maka benarlah kata2 YM Pak Ak yang saya mendengarnya sendiri (ketika berada dirumahnya suatu ketika dahulu).

    "hmmm... Maideen tu, bukannya DAPAT pun, tengok dah tau dahh."

    sambil menyalakan api rokok daunnya.

    (beberapa orang saksi lain juga ada bersama2 saya pada masa itu. Mereka2 ini masih hidup.)

    Salam

    ReplyDelete
  23. “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka ;” La ilaha illallah (tiada Tuhan melainkan ALLAH)” – mereka bersikap takbur mengingkarinya,” (surah ash-shafaat : 35)

    ReplyDelete
  24. skg ni kita perlu risau ttng amalan kita ni...sama ada diterima atau tidak...blog ni rasa nya sedang mengaibkan antara satu sama lain....sbg saudara seislm..sy rasa berhentian lah perbalahan ni..segala ada yg dilakukan diatas permukaan bumi ini akan diperjawabkan diakhirat....klu lah maiden tu merancang segala pelan untuk mendapat kan tahta guru tu seperti yg di smpai kan dlm blog ini biar lah berjawab dgn tuhan disana...apa kata pihak blog ini report pada jabatan agama islam serta dn kerjasama mn2 ulamak memperbetulkan maiden bersama...sy faham pihak anda "takut" untuk bersua,jd kita bw bersama jabatan agama islam dan ulamak2 yg berada dimalaysia ni...klu pihak anda ingin melakukan seperti yg sy ckp kan diatas sy antara org yg mempersetujui serta mennyokong pihak anda sepenuhnya...klu lah apa yg dilakukan itu perlu kan sumber keewangan sy akan serta kan dgn termampu..sy rasa pihak2 yg berada dlm blog ini x keberatan untuk menyumbangnya...kmi perlukan keyakinan lagi..klu jabatan agama islam dn ulamak2 dh dgr serta mengesahkan syahadan maiden x betul jd sy serta merta akan mempercayai sepenuhnya...sy rasa kita kena gempur dr sekarang agar pembaca semu berpuas hati...islam bkn hnya diblog,dn dicomment menunjuk kepandaian yg itu dan yg ini...tp islam itu dihati..penulis blog ini perlu menunjukan keberanian pada pembaca semua bangkit menetang,agar umat melayu semua tdk tersesat...penulis blog sapahabaq di pertanggujwb atas semua umt melyu agar tidak tersesat pada landasan agama...sy cabar penulis blog untuk membukti kan lg kepercayaan kami....

    ReplyDelete
  25. kalau tak mau ikut abg maideen tak payah tahu pasal persatuan....senang cerita... tak elok mengaibkan org...
    menentang abg maideen bermakne anda menentang paak...ingat pantang larang...

    ReplyDelete
  26. kita org tidak mudah terpengaruh dgn blok2 yg memperbesarkan hal kecik... penyerahan tapuk kepimpinan telah dipersetujui oleh ahli majlis tertinggi..sila rujuk pada web site cekak malaysia...tgk video kat web site tu...sudah terang lagi nk suluh....

    ReplyDelete
  27. ye la manusia ni pelbagai pendapat..biarkan mereka dng cara mereka...biar la ape yg diorg nk ckp ttng hal ni..kita buat reja kita dlm persatuan....jgn kita memutus silaturahim sesama kita....mcm pak haji zain ckp pd almarhum dulu...biar gado dimulut bkn dihati..bkn ka tugas kita sbg khalifah dimuka bumi ni untuk bersatu,menolong sesama saudara kita serta menegak kan islam.

    ReplyDelete
  28. to Zack..

    blog2 sebagai media alternatif bukan bertujuan untuk mempengaruhi tetapi untuk membuka minda dan mencelikan mata dgn isu semasa...

    isu syahadah bukanlah hal yg kecil, tetapi merupakan isu penting dalam menentukan seseorg itu islam atau tidak, kalau sudah syahadah Datuk Saithu itu benar apa hujah yang memperkukuhkan alasan, saya dan banyak pihak juga yg bertanyakan soalan ini rasanya belum ada walau seorang pun yang menjawab dengan tuntas dan jitu...

    dalam web PSSCM sebab ditulis oleh mereka yang mahukannya sebegitu rupa, cuba lihat dalam blog2 juga ada saja yg menulis tentang ketidak adilan pemilihan tapuk pimpinan, kenapa itu tidak diambil kira, sila jgn berat sebelah tidak adil di situ ya... jadi blog2 lain juga benar dan sudah terang lagi nak kamu suluh kenapa menolak???

    persoalan jua kepada anonymous Feb 6, 4.04am, siapa yang memusuhi siapa? siapa yang memutus silaturrahim? siapa yang membenci siapa? dan siapa yang mencetuskan peristiwa "lemping basi" ini?

    ReplyDelete
  29. KEPADA: Anonymous February 3, 2011 5:08 PM


    taknak sokong pun tak apa...

    siapa kata siapa tolak maideen tolak pak ak. Pak Ak kata pada kami dia masih guru.

    siapa kata kita takut bersua dengan maideen (dan penyokongnya), ramai antara kami ada di BM tempoh hari, MUNGKIN MAIDEEN YANG TAKUT BERSUA MUKA DENGAN KAMI.

    Mengenai Jabatan Agama, mereka sudah tahu, biarlah mereka dengan kerja mereka, kami buat kerja kami....en anon pun teruskanlah dengan kerja en anon.

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum,

    Nampaknya kita kena tunggu Jabatan Agama lah ye !, untuk memutuskan Lafadz Syahadah itu salah atau tidak.

    Harap orang yang 'alim dan 'arief dalam PSSCM dapat mengeluarkan kenyataan tentang status Lafadz Syahadah Datuk berkenaan.

    Adakah DIAM TANDA BERSETUJU ATAU BERSYUBAHAT DENGAN LAFADZ SYAHADAH TERSEBUT.

    Redha kah USTADZ USTADZ dalam PSSCM itu sendiri merelakan anak melayu Islam kita di SYAHADAH kan sedemikian.

    ReplyDelete
  31. BOLEH SAYA TOLONG JELASKAN APA

    Demang Lebar Daun said...


    Maka benarlah kata2 YM Pak Ak yang saya mendengarnya sendiri (ketika berada dirumahnya suatu ketika dahulu).

    "hmmm... Maideen tu, bukannya DAPAT pun, tengok dah tau dahh."......

    sambil menyalakan api rokok daunnya.

    JELAS SEKALI MAKSUDNYA, TENGOK JE KAT MAIDEEN, DAH TAHU DAHH DIA MAIDEEN TAK DAPAT PUN...TAKDE MASYUK...YILEK...KOSONG..

    ReplyDelete
  32. Tiba2 jer teringat pd sindiran bini aku,
    "Abang kalau bab poligami pandai berceramah siap bersandarkan Quran, hadis dan sunnah nabi lagi... tapi dlm bab rukun2 yg lain penyegan pulak".

    Tu lah kita...tiba2 jadi pandai menggunakan hukum-hakam agama dlm hal2 yg boleh menguntungkan kita...

    Hih hi hi... nampak sangat menipu...

    ReplyDelete
  33. diorang ni memang kuat menipu.....

    aku tak tau le .... mungkin diorang akan pakai modal syahadah ni sampai le diorang mati.....

    sama macam cekak hanafi yg guna modal isu pak ak sesat....

    kesian kat jakim... tak habih2 nak melayan kerenah berok2 yang dengki kat kepimpinan PSSCM.....

    ReplyDelete
  34. kaki penipu selalunya suka sangat tuduh org lain penipu

    ReplyDelete
  35. Hanya PENIPU yang kenal PENIPU...
    kamu kenal siapa PENIPU...?
    Kalau kenal maka kamu juga PENIPU...
    Sebab hanya PENIPU yang kenal PENIPU...

    Betul ke kamu kenal siapa PENIPU...
    Atau mungkin kamu telah ditipu...oleh PENIPU2...
    Sehingga menyangkakan kamu kenal siapa PENIPU...
    Diakhirnya kamu akan sedari bahwa kamu telah tertipu...oleh PENIPU2...

    ReplyDelete
  36. silat cekak dah tidak bererti apa apa lagi,
    kalau ahli ahlinya boleh mempertahankan guru mereka yang salah melafazkan syahadah.

    hayatilah pantun silat yang ditulis oleh pengasas woii..

    suka suka korang nak cakap beruk lah.
    jgn kita jatuh hukum, jgan kita cakap oramg lain penipu..

    maksud syahadah tu mmg beza sebeza-beza nya dari yang lazim.

    jadi kalau dah bersaksikan tuhan, makanya sembahyang takpayahlah .

    ReplyDelete
  37. kita kata hanya penipu je suka tunduh org yg penipu!!!!!

    tak kata pun yg kenal penipu..... lain ayat tu.... ayat dia " kaki penipu selalunya suka sangat tuduh org lain penipu"

    Kenapalah suka belit2kan ayat......?

    KALAU TUDUHAN "Sebab hanya PENIPU yang kenal PENIPU.."

    Takkan bila Bila si iblis KENAL Tuhan... maka semua yang kenal Tuhan tu juga IBLIS?

    ReplyDelete
  38. Cerita tu dimulakan dgn satu ANDAIAN (jgn tuduh saya buat TUDUHAN)..."Hanya Penipu yang kenal Penipu"... pastu jadilah cerita seterusnya... tak semestinya andaian tu betul sepenuhnya...

    Sebgmana ayat "kaki penipu SELALUNYA suka sangat tuduh org lain penipu"... juga merupakan satu andaian ...tak semestinya seratus peratus betul...

    Tak penting pun samada Penipu tu kenal atau tidak Si Penipu tu...yg pentingnya penceritaan itu ingin menyampaikan pesanan agar berwaspada...kut2 apa yg disangkakan (kita kenal Penipu kerana kita pun Penipu, atas andaian Hanya Penipu yg kenal Penipu) rupa2nya tak betul pun... kita hanya ditipu oleh Penipu2 (Penipu sebenar) sejak awal lg...

    Eemmm buleh faham ke ni?...ok sy ambik satu cth... cerita org putih sampai ke bulan...sejak kecik sampai besar ramai antara kita percaya cerita ni...dan ceritakan pula pada org lain...akhirnya terbongkar cerita ni hanya cerita tipu sahaja... maka ramai yg jadi Penipu kerana menyampaikan cerita tipu ni kpd org lain...termasuklah cikgu2 sekolah dulu... tapi bukanlah mereka sengaja nak menjadi Penipu... tetapi rupa2nya mereka juga telah Tertipu on the first place...eeem i hope u get what i mean...


    Tapi kalau andaian, "Bila si iblis KENAL Tuhan... maka semua yg kenal Tuhan tu juga IBLIS?

    ...eemm susahlah nak cakap... sebab Iblis memang dah pasti kenal Tuhan.... tang kita ni yg belum pasti lagi...

    atau kamu dah KENAL Tuhan???

    ...kemudian disambung dgn andaian "maka semua yg kenal Tuhan tu juga IBLIS"...memang tak betul dan tak patut... sebab ramai lagi makhluk Tuhan yg kenal Tuhan selain dari IBLIS laknatullah... mungkin termasuk kamu sekali...

    ReplyDelete
  39. Jwpn utk yg claim dia 'Ahli Kedah',

    Kalau silat cekak (asalnya Silat Kedah) dah tidak bererti apa apa lagi kpd kamu... tunggu apa lagi...berambus jer lah woii

    jgn duk buat semak kat sini wooiiiiii

    BERAMBUSLAH WOOOIIIIIII...

    ReplyDelete
  40. "mungkin termasuk kamu sekali..."

    emmm mungkin ini ada 4 jenis mungkin....

    mungkin yang mana satu ni?

    ReplyDelete
  41. emmm mungkin yg elok la... marah pun marah jugak ...tapi marah nak bagi reti jer...

    ReplyDelete
  42. yang hang nak marah marah tak tentu pasal ni pasai apa, saya kata silat cekak itu tidak bererti apa apa lagi sebabnya syahadah dipermain mainkan, itu haq saya, yang hang nak suruh saya berambus tu pasai apa?

    awat silat cekak ni hang punya ka, kot kot hang aimed nak jadi guru kot lepas ni. sepatutnya kalau saya silap perbetulkan bukannya nak suruh keluar , apa hang ingat ijazah tu semata mata ijazah kah, sah lah hang tak kaji dulu apa itu ijazah asas, potong dan tamat.

    hang ingat dah masuk tu boleh keluar gitu ke? hang ingat silat cekak ni mcm parti politik ka? masuk keluar masuk keluar,hang mungkinlah anggap begitu

    sola semak kat sini ? hang owner blog ni ker, nak suruh saya jgn buat semak, tulah hang ni tulis tak pakai akal.

    ReplyDelete
  43. Bodoh betul la hang ni... dahlah bodoh, sombong pulak tu...

    Org yg bodoh + sombong = PERASAN BIJAK

    Org yg Perasan Bijak mana boleh nak di 'perbetuikan'...

    Kalau hang boleh senang2 cakap pasai 'syahadah', 'nak jadi guru', 'kaji ijazah'... hang ni memang bijak ...

    Tapi bagi aku hang ni Perasan Bijak, sebab kalau betul2 bijak, mesti tahu adat dan adab dalam hal2 yg menyentuh institusi perguruan... tak boleh bercakap ikut sedap mulut jer... tidak boleh melatah dlm hal2 sebegini... jgn mudah menjatuhkan hukum...

    Almarhum Ustaz kan ada pesan;
    "Tengok dengan Mata Tak Boleh Percaya, Dengar dengan Telingapun Tak Boleh Percaya, Ada Akal kajilah dengan sedalam-dalamnya, baru membuat keputusan."

    Kenalah berhati2 dlm hal2 sebegini... Jgn tersilap kaji, nnt rugi...

    Almarhum Ustaz pun ada tinggal pesanan ni;
    "Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"

    Haaa sebab tu la aku maraahhh... aku tak mahu org Melayu berperangai serupa kayu jenih ni...

    ReplyDelete
  44. saya tak kata saya pandai, dan tak pulak saya kata saya bodoh, dan tak sanggup pula saya berlagak...

    jadi hang setuju lah Shahadah sedemikian rupa. Shahadah yang lain dari lazim, itu sahaja pertanyaan saya.

    sebab hang dok guna ayat ayat Almarhum Ustaz,
    tapi yang sepatutnya guna hang tak guna.

    hang tak pulak guna pantun silat, tak pulak hang kaitkan lirik lagu Warisan Mutlak tu keapda pernyataan hang "aku tak mahu org Melayu berperangai serupa kayu jenih ni"

    siapa yang kayu... hang ka aku.

    ReplyDelete
  45. Woii, tak payah la ko layan budak yg mengaku Ahli Kedah ni... org yg termasuk dlm kategori Bodoh Sombong ni memang tak makan di ajar dah...

    Biaq pi la kat dia...

    ReplyDelete
  46. AKU NAK BAGI SATU JER SOALAN...SUOALAN YG MUDAH SAJA UTK PENYOKONG2 DATUK MAIDEN:

    MENGAPA ANGPA KELAM KABUT BILA ISU SYAHADAH DATUK NI KECOH, KALAU BETUL SYAHADAH DATUK TU, AWATNYA ANGPA KALUT SANGAT?

    HARAP DAPATLAH JAWAB DENGAN JELAS DAN TERATUR BERDASARKAN ILMU YANG TINGGI PADA ANDA SEMUA.

    ReplyDelete
  47. Hinguspun tak kering lagi, nak menyibuk urusan orang dewasa... ish ish ish

    Pi lap hingus tu dulu...

    Soalan tu mudah sangat nak jawab... tapi budak hingusan macam kamu ni boleh ke faham???

    Nak guna bahasa yang tinggi, nnt kamu salah faham... nak guna bahasa budak2 hingusan, kami tak reti...

    Errr...Cuba ko pi tanya budak2 kat tadika tu... kut2 depa boleh bagi ko faham...

    Apa yang pasti, kami tak kelam kabut pun... tak kalut pun... kami duk sibuk dengan urusan kami jer ... ye la nak capai matlamat silat cekak ni bukan kerja mudah... banyak sungguh dugaan dan cabaran...
    tapi kami tetap akan teruskan jua... demi agama, bangsa dan negara...

    TAPI YANG NYATANYA MEMANG ADA ORANG2 TU YANG KALUT TAK TENTU PASAL... TAK SENANG DUDUK... TAK SELESA BERDIRI... TAK BOLEH NAK MENCANGKUNG PUN...

    DUK KACAU SANA, KUTUK SINI, CACI SINUN DAN MACAM2 LAGI LA... MAKI HAMUN, CERCA NISTA, HASUT MASUT, ADU DOMBA....DLL

    KENAPA?... TAK ADA KERJA LAIN KE NAK BUAT? KERJA2 KAT ATAS TU BUKAN KERJA MANUSIA... TU KERJA IBLIS DAN SUKU SAKATNYA... KALAU KITA BUAT KERJA DIA, DIA NAK BUAT KERJA APA??? NAK SURUH DIA JADI AMAH JAGA ANAK2 KITA... ABIH TU ORANG INDON NAK KERJA APA PULAK??? KALAU DIA MINTAK GAJI MINIMUM RM1000 ....HAH CUBE KO BAYANGKAN APA AKAN JADI DENGAN INDUSTRI TEMBAKAU NEGARA... FUHH PENING KEPALA KO MEMIKIRKANNYA... SEBENARNYA TAK ADA KENA MENGENA PUN... KO TU JER FIKIR YANG BUKAN2...

    PI LAP HINGUS TU... DAH MENJEJER TU....

    ReplyDelete
  48. orang indon boleh kerja kat maroz.

    saya pun tak mintak dilayan hoiiiii, hangpa yang dok marah sana sini, saya cuma dok kata silat cekak ini tidak bermakna lagi, yang hang pa dok komen menjela jela buat apa..

    hangpa jawablah adakah anda setuju dengan syahadah itu, ni tidak hangpo pusing kat lain, maka sahlah yang iblis ni hangpa sebab hanya iblis jer suka pusing pusing.

    Dengan jiwa yang mulia kita bersatu
    Pusaka Melayu dipelihara
    Silat Cekak warisan mutlak
    Seni kebudayaan kita

    ....lepas ni hangpa semua tukar ayat azan dok panggil orang sembahyang tu, sebab hangpa kata yangtu tu lagi direct, manalah tau dengan azan tersebut ramai yang datang mesjid.. hangpa guna seperti mana datuk maideen hang dok ucaptu. direct tu..

    ReplyDelete
  49. Hoii budak berhingus,

    bukan masalah kelam kabut bodohhhhhh...... orang nak jatuhkan maruah guru utama psscm, datuk maideen, itu yang kami pertahankan.

    Bukan masalah syahadah.... bodoh punya budak....

    Apa punya soalan.... dasar budak hingusan.....
    lain kali jangan campur urusan org tu....tuihhh

    ReplyDelete
  50. मार्शल आर्ट संघ मलेशिया लड़ाई = persatuan seni silat cekak malaysia.

    hahahaha.. nanti tak heran laa tulisan rumi kat logo tu pun maiden gi tukar letak tulisan keling.. kote la maiden.

    ReplyDelete
  51. silat cekak benar benar asli,
    tidak bercampur hak luar negeri,


    PTUIHHHHHH!!!! bodoh punyer LPT, AJK Pusat, Penyelia, Jurulatih...semua bodoh. akai tak dak. nanti kat demo, majlis penerangan korang jgn sebut pantun tu.. buat malu mak bapak korang jer.. dah tua tua pun bodoh. tak bercampor hak luar negeri kunun...yg korang dok angkat dok atas tu mana mali wooo? hahahahaha... mana org kuat pekida ? stakat tampal sticker kat cermin keter jer tak payah laaaaa.

    ReplyDelete
  52. tak maulah buat dosa dalam ni....
    kalo brani pg je jumpe YM PRESIDEN dan GURU UTAMA PSSCM.......
    cite ape yang ko tak puas hati....
    elok elok bleh balik kat jalan yang lurus kang bengkang bengkok jadinye kang.........

    ReplyDelete
  53. tak takut bersubahat dengan syahadah istimewe tue ke ?

    pergi le jumpe ustadz ke atau ustadzah ke atau jakim atau jabatan agame yg sewaktu dengannye ........ itu pun kalo berani ..........

    elok elok bleh balik kat jalan yang lurus kang bengkang bengkok jadinye kang.........

    ReplyDelete
  54. tak maulah buat dosa dalam ni....
    kalo brani pg je jumpe YM PRESIDEN dan GURU UTAMA PSSCM.......

    hemmmmmmm, buat dosa dalam ni, tak mau .....
    bersyubahat dengan lafadz syahadah telo berani lak .......

    tahniah kepada anda sume ,

    ReplyDelete
  55. kalo brani pg je jumpe YM PRESIDEN dan GURU UTAMA PSSCM.......

    Ini cerita nya : " Telah bertembung kali ini antara Mejar Anuar dengan si Maiden di rumah YM Guru kita Pak Ak beberapa hari sebelum Hari Raya lalu, maka berlakulah perdebatan hujah membabitkan isu2 kemelut dalam PSSCM.

    Seperti biasalah seorang bertaraf guru kononnya iaitu si Maiden terpaksa meyakinkan kepada seorang ahli iaitu Mejar bahawa dia sebenar guru..... [kesian oh kesian]

    Puas berhujah dan setelah mengeluarkan perkatan syaitan dan menuduh Majer dan ramai orang tak tau apa pun hal syahadah... akhirnya terbitlah dari mulut si Maiden bahawa :

    'Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai'

    ReplyDelete
  56. Oh Ya! lupa pulak nak bagitau... pertembungan itu telah disaksikan oleh seorang ahli dari Kedah yang menemani Mejar ke rumah YM Pak Ak dan si Maiden tidak pula mempunyai saksi dipihaknya... seperti biasalah si Maiden ni tak perlu saksi seperti dia kata Pak Ak serah kat dia sebagai guru.....

    La ni Mejar dan saksinya adalah dua orang dan si Maiden seorang sahaja..... maka 2 lebih ramai dari yang 1.... so kalau ikut fahaman si Maiden maka kita kenalah ikut kebenaran cerita 2 orang ni dan jangan percaya kata siMaiden sorang ni hal perhujahan yg berlaku pada hari tu.

    Kalau sesiapa ikut dan percaya juga pada siMaiden dalam kisah pertembungan hujah tu maka benarlah siMaiden ni kaki temberang... sebab dia kata ;

    'Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai'

    [itulah resam si Maiden...suka cakap main sedap ikut mulut sahaja]

    ReplyDelete
  57. ko maksudkan GU tu saper? keling pundek tu ker? kalau keling tu tak yah laaa. dia guru ko ker?

    ReplyDelete
  58. dalam sejarah silat cekak malaysia, setelah Ustadz Hj. Hanafi bin Hj. Ahmad kembali ke Rahmatullah, maka berhimpun dan berbincanglah para Pendukung Silat Cekak untuk mencari dan mengenal pasti Penerus Perjuangan dalam Silat Cekak ini. Dan Mereka telah bersidang lebih kurang 40 hari lama nya.

    Yang KELAKAR NYE, si Maideen ni tetibe je bagi tahu Pendukung silat cekak bahawa YM Pak Ak telah serah kat die ....... memang KELAKAR KELAKAR KELAKAR ...........

    Bukan kah ini satu penghinaan kepada YM Pak Ak yang seolah olah beliau tidak tahu hal PELEMBAGAAN PERSATUAN serta perihal PERGURUAN DALAM SILAT CEKAK.

    Kelakar lah seorang GURU SILAT CEKAK, MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI GURU DAN PRESIDEN .......... Yang lebih kelakar nye, ahli silat cekak yang diwar warkan ade dua tangan dua kaki dan satu aqal fikiran yg waras dan sehat menerima berita ini dengan ketaksuban bahawa kite kena akur dengan kehendak guru .......

    Lupakah Ahli silat cekak sekelian, bahawa YM Pak Ak pernah berkata bahawa walaupun umur dah meningkat, namun semangat beliau tetap seperti mana Umur beliau masuk silat cekak iaitu 35 tahun.

    Wahai Ahli ahli silat cekak sekelian, buka lah mata, telinga dan hati kita semua ... perbetulkan lah kesalahan yang telah kita lakukan.

    Lafadz Syahadah yang tidak lazim adalah pemberitaan dan pemakluman yang jelas dan nyata. Jangan lah kita anggap ringan tentang masalah lafadz ini yang merupakan rukun pertama dalam RUKUN ISLAM.

    Semoga kita dipelihara oleh ALLAH SWT dari kesesatan yang tersembunyi. Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  59. diorang mana ada akai nak pikir laaa. smua dah kena mandrem dek keling tuuu.

    ReplyDelete
  60. kesian...akhirnya ramai ahli psscm berbalah sesama sendiri....teruknya fitnah akhir zaman..

    ReplyDelete
  61. kehebatan Datuk "berjaya memecah belahkan perpaduan ahli ahli psscm"

    kebodohan dan kebanganan ahli ahli psscm "menolak dan menjatuhkan guru YM Guru Utama Tn. Hj. Ishak bin Itam" kerana takut tak ade orang nak belajaq silat sal Guru sedang sakit.

    ReplyDelete
  62. amanah jangan khianat = satu ciri dan sifat orang munafik .

    mari renung dan fikir tentang apa yang telah berlaku dan dilakukan.

    marilah sama sama memuhasyabah dan bermunajat kepada ALLAH SWT agar hijab kita dibukakan agar dapat melihat dan berfikir sebagai orang ISLAM lagi MUKMIN.

    ReplyDelete
  63. Yg menariknye... masalah '93 pasal maiden naik jadi Naib President... masalah la ni pasal maiden melantik diri jadi President... maiden bawa masalah ke? atau maiden yg derhaka & dibantu oleh melayu khianat dlm PSSCM aka Pers. Seni Silabam Cakar Melayu...

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum..

    saya masih baru dalam dunia silat cekak nie..ade sedikit teguran untuk semua pengamal silat cekak (berdasarkan pengalaman selama 7thn)..tak kesah la ape2 cabang..cekak malaysia ke..hanafi ke..pusaka hanafi ke..ade beberapa perkara yg saya rase perlu beritahu kepada semua biar semua sedar..

    1. Taksub
    boleh dikatakan hampir semua taksub ngn guru masing2..tak paham kenapa perlu taksub sebegitu rupe..kalo ngn ustaz hanafi..lain taksub korg..kalo ngn ishak hitam..lain pulakk..kalo ngn datuk..lain pula..perlu muhasabah diri sket supaya tidak syirik..rajin2 pergi dengar kuliah kt masjid2..surau2..jgn la rajin sgt pergi ke gelanggang..tak pun asik2 pergi aktiviti cekak...sbb kadang2 yg bg ceramah kt tmpt cekak tu..bkn la betul sgt..byk sket blajar..nnti buleh tau salah betul..bila terlampau taksub ngn guru atau persatuan..korg takkn ade mase untuk akhirat...bkn tak boleh bersilat atau pun berpersatuan..tp berpada2 la..bykkan lapang masa dirumah Allah..jgn pk korg silat..pastu da cukup agama ngn berzanji..bermarhaban..itu belum cukup..igt balik tujuan hidup didunia..dunia ni ibarat jambatan sementara ke akhirat..kalo asik bersilat jekk..bila mase korg kumpul bekalan untuk akhirat????

    2. Tidak solat dulu sebelum kelas
    kebanyakkan kelas ade masalah ini..rase patut di revise semula waktunya..takpun solat berjemaah same2 sebelum kelas bermula..adakah ini lebih baik..bukan YM tuan guru bg ilmu pada korg..bkn jurulatih bg korg ilmu..TP iNGAT ALLAH yg bg korg ilmu ini..kalo belajar silat tp akidah terpesong..neraka juga akhirnya...

    3.Perempuan tidak bertudung
    saya tertarik dgn silat cekak sbb ada cam belajar agama sket2..tp saya agak terkejut sbb ramai ahli perempuan cekak tidak bertudung..kenapa??kalo boleh bertudung laa..tau la hak masing2..tapi kalo sembang pasal agama..kencang..tp bab2 pengamalan..hancur..korg kate nk dapat pertolongan Allah jika diuji dgn musuh..tp korg buat tak ape yg diperintahkan??kalo tak buat..camne Allah nk tolong???

    4. Kurang pengamalan Sunnah Rasulullah
    taknak amik byk la..bg contoh janggut..kenapa ramai jurulatih tak berjanggut sedangkan tu la sunnah yang paling mudah untuk dibuat...kata sayang kepada Islam..so buat mende yg paling senang..(tolong jgn nk jawab mende ni tanpa hujah, nas dan bukti yg boleh buat korg tolak sunnah Nabi..)

    lagi psl syahadah datukk..tu mmg sy sokong seratus peratus..berdasarkan video tu..(yg sy rase bkn di edit..atau diubah..) mmg syahadah tu salah..perlu dibetulkan..dia perlu ditegur..perlu mengucap balik..
    tu saje nk bgtau..kalo ade salah..mintak ampun byk2..

    ReplyDelete
  65. haha...seni bkn pndidikan seni ok..org taksub n jahil..ko??ape??yg beriye2..hehe..tkut la ank mlayu nak join silat..sbb tu depa join tomoi..memalukn..

    ReplyDelete
  66. habis tu bro lu perasan syahadah datuk lintang pukang.... kenapa lu tak pi tegur... tegur bro... nanti lu kena tuntut kat akhirat sebab tak perbetulkan syahadah tu..... syariat kencang tapi bila ada org syahadah lintang pukang dan mengajar ramai anak buahnya...lu tak mau tegur!!!! tu apa cerita?

    ReplyDelete
  67. to karkun 3 hari,

    yg dok bising skrg cara/kaedah maiden jadi guru, ada kata cam ni,cam tu.

    mana tahu org solat tak solat,jgn tuduh bagitu.

    tak bertudung,tak berjanggut itu bukan peranan silat 100 peratus, peranan semua pihak dan keluarganya sendiri.

    adik beradik dan kaum kerabat saudara semua bertudung dan berjanggut (bagi lelaki) ke.kalau yang tak, pasal apa tak bagi tahu.

    nak berdakwah kepada org baru kita kenal ada caranya, baru ada hikmah.kalau hati nak menunjuk-nunjuk tak kemana. tengok bgm wali sembilan dapat tarik raja dan masyarakat masa itu yg kuat mengamal hindu budha memeluk islam , ada caranya...

    ReplyDelete
  68. assalam,
    bro, kawan tu memberikan pandangan dan pemerhatiannye je.

    mungkin ade yg betul dan mungkin ade yang perlukan perhatian lebih serius.

    kalu dibantu dan bekerje same sumer sekali kan cantekkk.

    wa ucap telima kasih bro atas kesudian bro menyampai yg terpendam . telima kasehhhhh

    ReplyDelete