Wednesday, March 17, 2010

sapahabaq: Kisah bertemu guru

Masing-masing tergerak hati untuk bergerak pergi menemui YM Guru yang dikasihi. Tanpa tujuan hanya sekadar melepas rindu kasih yang tersemat di dalam kalbu.

Kami tiba agak melepasi waktu lewat, jika hendak di kira adab dalam budaya Melayu sekiranya bertandang ke rumah orang yang sedang sakit. Tapi apakan daya, kami lanjutkan juga usaha kami kerana bagi kami YM Guru itu tidak sakit di hati kami. Masih berupaya berbicara sekiranya perlu dan masih mampu menyampaikan isyarat yang benar sekiranya harus. Maka itu lah guru kami. Itu terbukti pada ketika kami bersama YM Guru.

Malam itu kami seronok berbicara dengan YM Guru, penuh jenaka diselangseli dengan gerak guru menunjukkan beberapa buah silat agar kami faham erti kata ‘dua’ dan erti kata ‘satu’. Yang pasti, yang kami faham terima, setelah berkali-kali YM Guru mengulangi pesan, antaranya, bahawa :

‘Mesti ada dua dalam satu masa….. satu guru dan satu lagi murid…. Mana boleh kita belajar sorang2’

‘Hanya ada satu dalam satu masa….. satu guru….tak ada dua dalam satu masa”

“la tak pa la saya masih ada… saya masih guru….”

Kami rasa puas! Rindu kami terubat! Keliru kami terjelas bahawa dalam apa keadaan guru sekali pun… YM Guru tetap guru kami sehingga ke akhir hayatnya. Itu pesan guru kami kepada kami dan pesan itu mungkin untuk kami-kami semata (agaknya) agar faham rahsia berguru sebenarnya….

Akhirnya kami pulang dengan ceria, seceria wajah YM Guru ketika bergurau senda dengan kami tadi…… adanya.

Sekian. Kisah kami bertemu guru pada 27hb Februari 2010.

sapahabaq: Kisah bertemu guru

No comments:

Post a Comment