Wednesday, March 17, 2010

sapahabaq: Kisah bertemu guru

Masing-masing tergerak hati untuk bergerak pergi menemui YM Guru yang dikasihi. Tanpa tujuan hanya sekadar melepas rindu kasih yang tersemat di dalam kalbu.

Kami tiba agak melepasi waktu lewat, jika hendak di kira adab dalam budaya Melayu sekiranya bertandang ke rumah orang yang sedang sakit. Tapi apakan daya, kami lanjutkan juga usaha kami kerana bagi kami YM Guru itu tidak sakit di hati kami. Masih berupaya berbicara sekiranya perlu dan masih mampu menyampaikan isyarat yang benar sekiranya harus. Maka itu lah guru kami. Itu terbukti pada ketika kami bersama YM Guru.

Malam itu kami seronok berbicara dengan YM Guru, penuh jenaka diselangseli dengan gerak guru menunjukkan beberapa buah silat agar kami faham erti kata ‘dua’ dan erti kata ‘satu’. Yang pasti, yang kami faham terima, setelah berkali-kali YM Guru mengulangi pesan, antaranya, bahawa :

‘Mesti ada dua dalam satu masa….. satu guru dan satu lagi murid…. Mana boleh kita belajar sorang2’

‘Hanya ada satu dalam satu masa….. satu guru….tak ada dua dalam satu masa”

“la tak pa la saya masih ada… saya masih guru….”

Kami rasa puas! Rindu kami terubat! Keliru kami terjelas bahawa dalam apa keadaan guru sekali pun… YM Guru tetap guru kami sehingga ke akhir hayatnya. Itu pesan guru kami kepada kami dan pesan itu mungkin untuk kami-kami semata (agaknya) agar faham rahsia berguru sebenarnya….

Akhirnya kami pulang dengan ceria, seceria wajah YM Guru ketika bergurau senda dengan kami tadi…… adanya.

Sekian. Kisah kami bertemu guru pada 27hb Februari 2010.

sapahabaq: Kisah bertemu guru

Friday, March 12, 2010

Sapahabaq: Perpatah Melayu Baru

Terlajak perahu boleh di U-turn
Telajak kata maka itu lah Paria


Maka ini lah yang sering diungkapkan bahawa;

Cakap tak serupa bikin

Mahu taknya, bila kita dengar siParia bercakap, sungguh berdentam-dentum mengalah guruh di langit. Berapi-api sehinggakan kalau panggil bomba pun depa lari, tak sanggup nak padamkan…. Itulah dia siParia sekelian sifatnya.

Matlamatnya mudah saja…. Dia sering bercerita kelebihan dirinya secara bersungguh-sungguh agar orang percaya pada dirinya dan kemudian mengutuk orang lain agar orang terpaksa terima bahawa dia yang terbaik dan seterusnya dia akan mengertak orang seolah bicaranya adalah kalam tuhan sematanya. Matlamatnya adalah supaya orang takut dengan dia dan apa saja kata dan perbuatnya adalah perintah tuhan semata. Walaupun cakapnya tak serupa bikin!

Renung kisah di bawah dan kemudian fikirlah seikhlasnya dan buatlah apa yang harus dibuat…. Tanggunglah sendiri…

[Merujuk kepada ucapan Sang Pengganti semasa road tour yang pertamanya bertempat di PL Cheras].
SiParia mengatakan bahawa:
“Saya hanya akan mengishtiharkan diri sebagai Guru selapas 40 hari Bang 'Ak meninggal dunia. Dalam jangka masa itu kalau ada sesiapa yg jumpa dgn Bang 'Ak dapat apa2 dari dia, datang jumpa saya, saya serah balik”

Renungan: perkataan serah balik yang di pakai siParia ni terang2 mengambarkan pada peringkat awalnya dia sendiri terima bahawa dia seorang pemegang amanah aje macam Pak Ya dulu kot….. alih2 belum pun Sebenar Guru pergi, dia memaksa ahli terima bahawa dia lah guru melalui EGM paksa. Itulah siParia, cakap tak serupa bikin. Paria sungguh…..

[lihat video dari 'akumatihidupkembali]




[Merujuk kepada peristiwa di Johor mengenai lafaz syahadahnya yang berlainan dari lazimnya]

Dia telah menjawab bahawa;
“lafaz syahadah ini direct kepada Tuhan”



Renungan: Apabila persoalan ini timbul di mesyuarat AJK Pusat maka gang sekutu siParia menegaskan bahawa lafaz syahadah itu adalah ‘telo’. Yang hairan, lafaz syahadah ini tidak lagi digunapakai oleh siParia dalam majlis ijazahnya sekarang. Apa sudah jadi? Dah tak boleh direct dengan Tuhan ke? Itulah siParia, cakap tak serupa bikin. Paria sungguh…..

So sekarang! Buatlah apa yang harus dibuat…. Tanggunglah sendiri…

Inilah satu jenis bangsa dalam perpatah kata 'lebih Melayu dari Melayu'

Sapahabaq: Perpatah Melayu Baru

Tuesday, March 9, 2010

sapahabaq : Kata guru pada 8hb Jun 2009

kata YM GURU UTAMA pada 8hb Jun 2009 :
"saya ni dah tak boleh Ijazah, saya masih tak nampak lagi sapa yang boleh ijazah, tak tau la kalau depa boleh buat, depa dok gaduh pasai ijazah di IPT"

bicara seorang murid kepada YM GURU UTAMA pada 8hb Jun 2009 :
"Tak pa Pak Ak, minggu depan bila Pak Ak sihat sikit, kita pi operet mata tu buang selaput lepas tu Pak Ak boleh lah buat ijazah balik.."

Jawab YM GURU UTAMA pada 8hb Jun 2009 :
"InsyaAllah"

BACA BICARA DI ATAS BETUI-BETUI LEPAS TU FIKIR BETUI-BETUI...

kata sang pengganti pulak bahawa Pak Ak serah pada dia sebagai guru pada 3hb Jun 2009.

PERSOALAN?

Siapa pembohong?

Sang Penganti atau YM GURU UTAMA Tn Haji Ishak Itam?

......................................

SEBAB TU KOT kata Pak Ak : (terkini : 25.2.2010)
"penganti heret semua masuk neraka, saya tau ramai yang dah tolak saya"

sapahabaq : Kata guru pada 8hb Jun 2009