"Ustaz Hanafi dah cuba bawa melalui persatuan ni tapi tak berjaya"
- Pak Ak
"Saya dah usaha sambung bawa ikut Persatuan pun tak boleh juga"
- Pak Ak
"Lepas ni perjuangan ni kena
dok jalan dia sendiri"
- Pak Ak
Terlalu amat beratkah perjuangan ini sehingga susah benar nak dibawa.... Sapa yang tahu? Pada mata kita persatuan telah berjaya, hebat lagi gah.... namum Pak Ak masih tetap menyatakan bahawa tidak berjaya pun bawa perjuangan ni melalui persatuan.
Guru-guru kita telah pergi meninggalkan kita... di mana perjuangan ini berada sekarang? masihkah dalam persatuan? Persatuan yang mana? Atau perjuangan yang mereka bawa itu telah tersembunyi semula seperti zaman terdahulu.
Apa yang guru tinggalkan hanyalah silat yang diteruskan dalam persatuan2 itu semua. Bab perjuangan ini mungkin kita hanya berteka-teka sahaja... maka sampai bila dapat kita menemui semula perjuangan itu kembali... ITU PUN KALAU KITA KENAL...
sapahabaq : diperingatkan lagi