Sunday, October 21, 2012

sapahabaq: Siapa Sebenarnya….



Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!!

Pada asalnya silat ini ada mempunyai lafas sebelum masuk latihan iaitu “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah”… dek kerana pertikaian antara silat cekak dan silat kalimah, lafas ini telah digugurkan pada amalan silat cekak. Padahal nama silat ini dihebahkan sebagai silat Sri Kedah dahulunya oleh Yahya Said, kemudian silat ini dinamakan pula sebagai silat cekak apabila diterajui oleh Ustaz Hanafi dan kemudian barulah Yahya Said (guru kepada Ustaz Hanafi) terus mengajar silat ini atas nama silat kalimah. Namun begitu masih terdapat beberapa guru lain mengajar silat yang asal usul dari Panglima Ismail ini, atas nama Silat Sri Kedah di Anak Bukit dan ada juga atas nama silat Papan Sekeping di Teluk Air Tawar. Ada juga berpendapat mengikut para pengkaji sejarah, bahawa silat ini dahulunya digelar ‘Gerak Sabil’ pada zaman Panglima Ismail dahulunya, Yahya Said lah yang menamakan sebagai silat Sri Kedah apabila hendak dikembangkan melalui Perkumpulan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Jadi siapa sebenarnya yang boleh kata Ya, dan boleh kata tidak? Ikut lah mana yang patut dan mana yang betul pada mana-mana pun. Pasti semua akan kata betul pada pendirian masing-masing. Yang pasti, semua silat-silat ini tetap melafaskan “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah” kecuali silat cekak. Namun lafas ini masih di bawa oleh guru silat cekak yang terdahulu ia itu Ustaz Hanafi dan Ishak Itam.

Kenapa begitu? Kerana tersembunyi rahsia dalam pendirian silat ini dizahirkan. Ya, dalam pendirian silat ini dizahirkan, dan menjadi hakikat silatnya. Ini ternyata didalam ayat lafas penuh sebelum melafaskan “silat aku silat kalimah, aku bersilat dalam kalimah” (tidak disertakan ayat penuhnya di sini) dan juga doa khusus yang akan dibaca oleh para guru (tidak disertakan doa nya di sini)  pada setiap kali berjabat atau bersalaman semasa mengijazahkan anak murid. Bahawasanya doa khusus pakaian guru ini diperturunkan dari seorang guru kepada mereka-mereka yang layak menjadi guru sahaja. Barulah mereka boleh bergelar guru yang hak mengajar silat ini. Ibarat kata, kalau tak ada doa ini dibaca oleh seorang guru semasa ijazah, ibarat ijazahnya kosong kerana tak tahu apa hakikat silat ini. Maka guru itu hanya nak mengajar silat semata-mata tanpa membawa tauhid sebagai perdu silat ini. Dek itu jadilah bab silat lain dan bab tauhid lain, tak dok sekali tapi sekadar kait mengait sahaja supaya orang boleh percaya pabila mendengarnya.


Doa ini amat jelas mengambarkan apa itu pendirian dan hakikat silat ini sebenarnya. Tujuan apa silat ini diajarkan. Tapi hanya guru sahaja lah tahu kerana dia sahaja yang ada doa ini, namun begitu kalau dia faham bahasa arab la, sebab doa ini dalam bahasa arab. Mungkin atas doa ini lah Ustaz Hanafi memilih silat ini untuk diperkembangkan secara bersungguh-sungguh melalui persatuan seni silat.

Maksud dalam doa ini juga sering dikaitkan dalam penyampaian oleh Ishak Itam seperti juga ‘Pelapik Tuan’ sebagai sandaran ucapan-ucapan beliau. Bab ‘Doa khusus guru’ bab Hakikat Silat dan ‘Pelapik Tuan’ bab Hakikat Perjuangan.

Bila sampai di sini, Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!! Jawabnya sekali lagi, Ikut suka kau la labu…….. Sapa nak jadi guru…. Jadilah kalau dah rasa layak jadi guru…. Tapi jangan ingat semudah itu boleh jadi setaraf Ustaz Hanafi atau Ishak Itam dalam perguruan silat cekak.

Dan, kalau tak tahu atau tak pernah dengar, jangan kata tak ada…. Pasai nak sangat jadi guru…. Pasai nak sangat rasa special… pasai nak sangat rasa tau semua!!!!

Jadi, Siapa sebenarnya yang boleh kata YA, dan boleh kata TIDAK!!!!

Entahlah!!!!!

sapahabaq: Siapa Sebenarnya….