Friday, January 28, 2011

sapahabaq : saya dengan ini mencabar....

“sedangkan Nabi ampunkan umatnya”


[Seorang lagi pembela kesalahan lafas syahadah Guru Silat Cekak Malaysia memberi komen di blog SUARAJAGAT http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-–-menjawab-kekeliruan/#comment-2552 dan meminta semua pihak memaafkanlah guru itu dan hentikanlah sebaran isu ini melalui dunia siber]


Miss J says:

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada saudara SJ yang telah menulis artikel di atas. Setelah membaca komen-komen yang diberikan, saya turut ingin berkongsi sesuatu.

Ya, mungkin benar Guru tersebut telah melakukan kesilapan dalam Syahadahnya. Namun begitu, Guru (general) hanyalah manusia biasa dan adakalanya melakukan kesalahan.

Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

Jaganlah disebabkan oleh satu kesalahannya, kita membabitkan seluruh amalannya kerana kita sendiri tidak tahu samada amalan itu diterima oleh Allah atau tidak. Saya ingin mengambil satu petikan “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, jadi kita sebagai manusia biasa perlu memaafkan kesalahannya. Kesalahan itu hanya Allah yang berhak menghukumnya. Antara beliau dengan Allah.



Dan juga, saya ingin bertanya, adakah tindakan memaparkan kesalahan yang menjadi aib kepada seseorang disebarkan kepada semua orang? Contohnya, seandainya saudara SJ telah melakukan kesalahan, lalu rakan-rakan saudara menyebarkan perkara ini kepada orang lain, tidakkah ianya menjatuhkan maruah saudara SJ? Jikalau saya, pastilah saya berasa malu.

Jadi, seeloknya jika kita menjauhi dari menyebarkan aib orang lain. Ini saya nyatakan untuk memberi kesedaran pada saudara-saudari serta diri saya sendiri.

Saya juga bukanlah orang yang berilmu tinggi. Justeru, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada komen saya ini.

Wasalam…


[Mari kita baca komen atau jawapan Sdr SUARAJAGAT diblog http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/18/isu-silat-cekak-–-menjawab-kekeliruan/#comment-2553 dan seharusnya kita fahami benar-benar atas isu ini agar kita berfikir dan turut bertanggungjawab]

suarajagat says:

Assalamualaikum dan terima kasih atas komen saudari Miss J..

Sebagaimana yang anda nyatakan, Guru hanyalah manusia biasa yang adakalanya melakukan kesalahan.
Dalam perenggan berikutnya, anda juga menyatakan :

Memang besar kesalahannya sekiranya kita salah melafazkan Syahadah dan guru itu seharusnya bertaubat dan membetuli segala kesalahannya.

Ingin saya tegaskan bahawa di dalam Islam, kesalahan besar atau kecil tidak sama dengan kesalahan trafik (speed trap, langgar lampu isyarat dll.). Justeru terminologi ‘kesalahan besar’ tidak terpakai dalam Islam. Tetapi terminologi yang sesuai dengan Islam adalah ‘dosa besar’.

Saudari berkata :

Dan, pada pandangan saya juga, mungkin guru tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen yang mana mungkin boleh menyebabkan segelintir pihak mengambil kesempatan di atas kesalahan beliau seperti yang telah dilakukan pada link-link di atas.

Pada pandangan SJ, beliau memang tidak boleh memberi komen atau mungkin tidak mampu pun memberi komen atas pendedahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mendedahkan tentang kesalahan lafaz syahadah beliau. Ini kerana kesalahan lafaz tersebut memang benar-benar berlaku dan kalau beliau ingin memberi komen, saya dengan ini mencabar mana-mana pihak untuk mengemukakan bukti bersandarkan pada al-Quran, Hadith, ijmak dan ijtihad ulama yang membenarkan lafaz syahadah sedemikian. Tolong beritahu saya kitab ulama mana yang ada sebut syahadah sedemikian rupa!

Jika ada yang hendak mengatakan hal tentang masalah telo, lidah pendek..dengan mengemukakan penerangan dari pihak JAKIM (berkaitan lidah pendek) yang terdapat dlm website, anda harus tahu bahawa yang dimaksudkan dengan masalah lidah pendek itu ialah ketidakbolehan menyebut kalimah ALLAH dengan betul yang menyebabkan kalimah tersebut dilafaz dengan sebutan Alla (ketebalan pada lafaz ALLAH tidak dapat dibunyikan).
Sedangkan kesalahan lafaz Datuk Maideen adalah vice versa. Beliau mampu menyebut ALLAH tetapi tidak pula menyebut alla.

Oleh itu jangan mengeksploitasi statement pihak JAKIM tersebut.

Saya bersetuju dengan kata-kata Miss J bahawa guru tersebut seharusnya bertaubat dan membetuli kesalahan.Untuk itu sebagai salah satu jalan penyelesaian beliau sepatutnya membuat kenyataan secara terbuka, mengakui kesalahan beliau serta memohon maaf khususnya kepada seluruh ahli PSSCM. Isu-isu pentadbiran persatuan tersebut, itu mereka perlu berbincang kemudiannya. Saya hanya tegaskan adalah tentang hal yang membabitkan agama Islam.

Istilah “sedangkan Nabi ampunkan umatnya” hanyalah kata-kata kita masyarakat biasa.. soalan saya, adakah Nabi ampunkan Abdullah bin Ubai dan Musailamah al-Kazzab? Justeru Rasulullah s.a.w mengampuni umatnya dalam konteks dan keadaan tertentu kerana setelah berlaku peristiwa pembukaan Mekah, ada juga individu-individu yang dijatuhi hukuman bunuh.
Apakah Rasulullah akan mengampunkan dosa orang yang mengubah-ubah kalimah syahadah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Baginda?
Kalau nak ikut statement “sedangkan Nabi ampunkan umatnya”, tak payah la ada hukum hudud, qisas dan takzir dalam Islam. Tak perlu ada Mahkamah. Dan tak payah ada penjara.

Ketahuilah bahawa masalah lafaz syahadah oleh Datuk Maideen bukan hanya masalah antara beliau dengan ALLAH, tetapi memandangkan lafaz itu diucapkan dalam majlis khas pengijazahan penuntut, oleh itu kesalahan ini boleh membawa kepada dosa jariah yang mungkin menyebabkan lafaz sedemikian diikuti oleh pengikut beliau yang lain. Tahukah kalian betapa teruknya kesan dosa jariah!

Saudari, bukan tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa..tetapi kalaulah perkara ini tidak didedahkan, ia akan menyebabkan kebatilan/ kemudharatan berterusan kepada umat Islam Malaysia. Ini soal AKIDAH. Ini soal TAUHID. Ini soal keimanan kita kepada ALLAH Ta’ala. Maka kesongsangan yang dilakukan oleh Datuk Maideen perlu diberitakan kepada masyarakat agar iktikad mereka dapat terus dijaga. Sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kemurnian dan kesucian Islam.

Kenapa sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi sudah disebut-sebut Abdullah bin Ubai sebagai seorang munafik? Apakah Rasulullah s.a.w dan sahabat tidak memikirkan aib yang ditanggung oleh Abdullah bin Ubai sejak dahulu hingga hari kiamat?
Ia diberitakan sehingga ke pengetahuan umat Islam hari ini bertujuan menghindarkan umat Islam dari kemudharatan.
Kesan kemudharatan ini boleh mengakibatkan bencana yang lebih besar dari aibnya.

Maka demikianlah juga tindakan SJ…sekian, Wassalam.

Monday, January 3, 2011

sapahabaq : Lawan Pasai Nafsu 2

Ramai ahli2 silat cekak ingat selama ni semua keputusan YM Guru Utama kita (Pak Ak) adalah keputusan yang tidak ditentang.... memang nampak macam benar!!! itu lah gambaran yang di berikan kepada kita terutamanya dari Jawatankuasa Pusat. Tetapi hanya ada seorang mangkuk hayun sahaja yang berani menentang keputusan Pak Ak iaitu si Saithu!!!!!


Si Saithu sering megambarkan bahawa Pak Ak tak pandai buat keputusan yang bijak... maka si Saithu akan memberi cadangan yang lain setelah Pak Ak membuat keputusan...... yang dasyatnya setiap cadangan itu menguntungkan si Saithu belaka!!!!!!

Macam mana si Saithu ni boleh jadi Naib Presiden? siapa sebenarnya mencalonkan dia?


Ini adalah hasil akai keling tu yang memutarkan keputusan YM Tn Hj Ishak Itam.... si Saithu ni menolak calon Naib Presiden yang telah dipilih Pak Ak!!!!! calon yang di pilih oleh seorang Guru!!!!! calon yang dipilih oleh Presiden PSSCM!!!!

Sungguh dasyat si Saithu ni....!!!! Ini lah kerja si keling yang tak punya adab selama ni... sanggup tentang keputusan guru yang dia anggap keputusan guru cukup tidak bijaksana.... hanya demi kepentingan diri sendiri!!!!


Kita tunggu cerita selanjutnya..... macam mana si Saithu ni meminta Pak Ak menerima diri dia sebagai Naib Presiden melawan siAmruddin pada tahun 1993......

Maka dengan kisah itu nanti...... tak heranlah kita macam mana dia boleh kata Pak Ak serah guruship kepada dia!!!!!! Dasar kaki putar belit.....!!!!

Tunggu!!! sambungan kisah ini untuk mengenali jenis apa sebenarnya si Saithu ini!!!!