Thursday, November 25, 2010

sapahabaq : Kau dengan Agama Kau....

dipetik dari komen di blog suarajagat

tulisan salah seorang penyokong Datuk Saithu Maideen Katharisa bernama Mohd Zaim Balliah di laman Facebook, pembaca-pembaca boleh menilai aklak dan peribadi beliau. "Aku tgOk korang ni macam anjing lah…(depan takOt, dah lari jauh baru nk menyalak2)..ni lah keje iblis sbgmana yg Guru bgtau dlu…kisah ni korang xtau ape pun..hanya dengar cerita dari Kepala Iblis jugak…kalau hati dah kapir, dok diam2 kt luar…jangan nk menyalak2…YM Datuk Hj Maideen tu GURU aku..korg dah hina GURU aku..Ni lah …org yang pandai, xtau asal usul…‘KAU DENGAN AGAMA KAU, UNTUK AKU DENGAN AGAMA AKU’ – Surah Al- Kafirun (itupun kalau paham)…..


Begitulah kenyataan dari salah seorang hero yang berpegangan hakikat yang bergurukan kepada si Saithu Maiden..... Budak Mohd Zaim Balliah di katakan YDP di Politek Sultan Azlan Shah

Hebat sungguh Hebat.....

sapahabaq : Kau dengan Agama Kau....


Friday, November 5, 2010

sapahabaq : Jangan Terkejut - Main Bomoh (2)


Jangan Terkejut!!!!

Si datok guru yang kononnya orang hebat dalam pegangan hakikat ni pernah berkata ;

1. Bahawa dia tak boleh duduk atas kain putih lama-lama semasa ijazah adalah kerana dia bukan pakai jin...... Agaknya yang ustaz Hanafi dan Pak Ak boleh duduk lama-lama tu selama ni sebab ada pakai jin kot?

Betul ka tak pakai Jin? sekadar bertanya.....

2. Pada malam pertama si datok guru ini mengijazahkan ahli di Pusat Latihan Kuang tu, dia ada menegaskan bahawa dia tak pernah belajar cara-cara nak ijazah dari Pak Ak. (Betoi ke tak pernah belajar?) Jadi malam tu katanya bahwa Tuhan lah yang akan beri dia apa yang nak cakap.... Oppp! Cakap Bismi ke tu? Hebat cakap si datok guru ni... berbicara direct dari tuhan..... Ini cakap orang hakikat! betul ke semua dia buat selama ni direct serah pada tuhan?

Pernah lalu kot datuk Bomoh ke?

3. Pernah satu ketika datok guru ni dulu naik angin sebab ramai tenaga pengajar tak hadir majlis bacaan yasin pohon kesejahteraan buat Pak Ak semasa sakit. Mengamuk dia kat jalan kent kerana cara bacaan yassin yang dilaksanakan tu yang cukup afdal tetapi ramai tenaga pengajar tak hadir dan buat sendiri2 di pusat latihan masing2. Kononnya dia nak ajar cara yang betul untuk pohon kepada Allah......

Emmm... Habis tu pi mengadap datok bomoh puchong tu kenapa pulak!

Apasal tak ajar je semua ahli2 cara baca yassin yang betul tu? Pasti si JJ boleh bantu..... Kenapa main bomoh... siap lebur duit beribu2 ringgit!

Kata2 Ustaz Hanafi : "Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa "roh" silat yang sejati ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima juga ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang sejati barulah ia layak menjadi GURU. Jika tidak maka guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing berlari. Pelajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Sebaliknya guru yang sebenar guru (murshid) mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang diredhai Allah".

Inilah kehebatan datok guru yang berpegangan hakikat dan tauhid! Cakap tak serupa bikin! Kalau kata ustaz Hanafi 'Guru kencing berdiri maka, murid kencing berlari' maka betul lah tu! Anak2 murid datok guru ni pun sokong sekali..... yang sedih tu adalah mereka2 yang dok sabagai AJK PUSAT, termasuklah title ustaz dan bekas2 pelajar UIA yang kononnya universiti ISLAM. Orang hebat yang mengajar di UITM shah Alam pun terbabit!!!!

Inikah yang dikatakan silat yang bertaraf akademik?

4. Kononnya wasilah yang diterajui oleh datok guru ni samalah seperti yang di bawa oleh Rasulullah.... Pelek tapi benar! Peleknya syahadah datok guru ni lain sikit dan amalan datok guru ni bila ada problem kritikal...... mengadap datok Bomoh... Pelek tapi benar!

Sama ke dengan apa yang di bawa oleh Rasulullah? sekadar nak tanya lagi......

PERHATIAN :
"..tujuan utama Seni Silat Cekak Malaysia dikembangkan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah untuk melengkapkan generasi bakal pemimpin dengan komponen penting budaya bela diri yang asli, bersih, daripada anasir tahyul dan khurafat dan bertanggungjawab kepada pengamalnya" Profesor Madya Dr Hj Abdul Majid Ismail, mukasurat 54, Budaya Cekak, 2009


Oppppp! Apa kaitan gambar di atas?

kalau nak tahu pi la rujuk dengan datok guru ni sendiri..... dan minta no. telefon datok bomoh tu.... pi la tanya sendiri datok bomoh tu apa kena mengena gambar seperti di atas dengan cerita ni....

Untung2 boleh la rujuk juga dengan datok bomoh ni sekiranya ada masalah kritikal...... kan ini satu amalan baru dalam persatuan ni.... syahadah special dan main bomoh!!

Tapi kalau datok guru tu tak nak bagai tau dan melenting serta marah-marah.... biasa la tu! Maka kena tunggulah sehingga kami siarkan rakaman khas dari datok bomoh dan dari mereka yang kena tipu!

sapahabaq : Jangan Terkejut : Main Bomoh (2)