Saturday, December 31, 2011

sapahabaq: Si Mata Satu !!!!


Alahaiii...... Dajjai ka ni? Benda ni la dok merata di rumah tok guru sendiri..... Nak buat apa benda ini sebenarnya? Nak cek apa? Nak cek tok guru kot-kot dia lari ke atau nak cek kot-kot ada lagi ka orang mai bawa lari tok guru ni...

Agaknya ni semua pasai kes bawa Pak Ak ke hospital KPJ hari tu la kot...

Ka depa ni takut ada orang mai lawat Pak Ak dan Pak Ak tiba2 boleh bersembang rabung... atau berkata2 sesuatu.... macam mana depa kejan2 sungguh suruh bawa Pak Ak balik dari KPJ hari tu sampai tak sempat anak2 murid nak bawa berubat..... Dajjai sungguh depa ni!!!!!! Itulah dengaq katanya Tok Din kejan2 suruh bawa Pak Ak balik dari KPJ, takut2 Pak Ak boleh diubat dan boleh bercakap dan terpecahlah rahsia sebenarnya.....

Awat la sampai macam tu? nak pasang si Mata satu ni... buat habis boras saja oiii... buat habis duit la.... lebih baik la hampa semua geng2 tok din ni bawa Pak Ak ni pi berubat... tu lebih penting!!! kalau orang nak bawa berubat hampa semua takut dan tak bagi.... so hampa la usahakan dengan bersungguh... jangan dok biaq tok guru terlantar macam tu.... kalau tidak pun pi la mengadap orang yang bawa Pak Ak dulu ke KPJ.... minta la laporan medical check tu!!!! Jangan lah sombong sangat!!!!! Jangan la dok bodoh sangat!!!! sampai tak nampak yang mana satu lebih penting..... inilah dok tengok dengan satu mata......

Ini lah simboliknya perangai si Mata satu!!!! sebab dok tengok dengan satu mata saja... maka depa ni nampak benda2 yang penting bagi diri depa saja...bab sakit tok guru ni depa nampak pasai orang nak mai lawat... depa nak rakam... patutnya depa bawa Pak Ak berubat....

Alahaiiii si mata satu....
sapahabaq: Si Mata Satu !!!!

Monday, December 19, 2011

sapahabaq : 2 X sedih



Satu tragedi tetapi dua kali sedih .....

Kesedihan 1 : Kemalangan jalan raya mengakibatkan meragut nyawa.... Al-Fatihah

Kesedihan 2 : Bantuan salah seorang mamat membantu mangsa tetapi menggonggong rokok di mulut.... sayang sungguh pada sebatang rokok sehingga tak mampu dibuangnya ketika mengangkat jenazah.... Ini tak tau la nak kata apa!!!!!

sapahabaq : 2 X sedih

Saturday, December 17, 2011

sapahabaq : Guru Silat CAP AYAM!!!

Kalau ia pun nak jadi Ayam Sabung, kenalah kenai jenisnya… semua bab ada asai-usul, janganlah main “hentam keromo” bab kata perpatah orang tua2. Jangan main “serbu tong taik” bab kata perpatah orang2 brutal. Nanti buruk padahnya… busuk sekampung kerana terpalit taik merata-rata.

Ilmu ayam sabung tu pun ada untuk kenai jenis bakanya, barulah boleh masuk ‘bon’, ada jenis kimin, to-on, kamnyi, eluang, eset, edang. Elau, ekiau, ekim, biring, cempa dll.

Inikan pulak nak jadi guru SILAT MELAYU!!!! Main serbu tong taik, maka setakat jadi GURU SILAT CAP AYAM je la…. Jenis baka pun tak kena, apatah lagi bangsanya tak boleh masuk ‘bon’ langsung. Adoiii… buat malu SILAT MELAYU saja lah….

Tu la pasai… nak bagi nampak sangat keturunan MELAYU …

Dipakaikan kuning pakaian beraja….. Adoiii… buat malu RAJA-RAJA MELAYU sajalah…

Tu la pasai… nak bagi nampak sangat keturunan NABI …

Ditambahkan Syed pada salsilah keturunan….. Adoii.. buat malu KETURUNAN SYED sajalah…

Tu la pasai … nak bagi nampak ULAMA …

Dicatatkan berguru ilmu Al-Quran sehingga khatam …. Adoii… buat malu ULAMA sajalah…

Tu la pasai… JENIS CAP AYAM!!!! Maka kena tokok tambah sana sini agar nampak macam guru silat Cekak yang ORI, guru silat Melayu yang benar-benar asli berketurunan Syed yang dalam ilmu Al-Quran dan bermartabat Raja Melayu… padahal CAP AYAM!!!!


sapahabaq : guru silat cap ayam

Sunday, November 6, 2011

sapahabaq : Seronoknya buat kerja IBLIS

Sudah-sudahlah tu..... janganlah dok buat kerja IBLIS!!!!! asyik dok muhong orang saja buat apa? Kami bukan tak dapat maklumat yang tepat hal berita Pak Ak di bawa ke KPJ Kajang ni.... tapi kami di 'sapahabaq' tak nak siarkan kerana ini urusan peribadi antara Bapak dan Anak!!!!

[rujuk berita yang tersiar 'KONSPIRASI Pak Ak Di bawa ke Hospital KPJ Kajang pada 4,5 & 6 Okt 2011' di laman FB rasmi JP PSSCM http://www.facebook.com/notes/kamar-isma/baca-betul-betul/123840217725525 ]



Urusan ini urusan peribadi anak kandung Pak Ak sendiri yang dibantu oleh beberapa orang yang merasakan perkara ini harus disegerakan. Hubungan yang agak nipis ini cuba ditebalkan oleh anak Pak Ak.

Siapa tahu apa yang di dalam hati anaknya? Siapa tahu cerita yang sebenar yang telah lama berlalu?

Kenapa pula persatuan dan orang lain nak menghalang? kenapa nak jadi IBLIS menjurangkan hubungan anak dan bapaknya?


ATAU ini dah jadi adat orang2 kuat dalam silat cekak!!!! asyik nak pisah2kan orang yang rapat dengan Pak AK?????

Asyik sibuk buat kerja IBLIS sampai tak nak ambil tahu apakah sakit PAK AK sebenarnya? dan apakah jalan selesai dalam hal kesihatan Pak Ak?

Jangan asyik dok kata "kami dah jaga baik dah Pak Ak ni" padahal hakikatnya 'hampa dok seksa Pak Ak!!!!'

Ulang persoalan! APAKAH sakit PAK AK sebenarnya?

Dulu..... Ya dulu.... depa ni dok HALANG seorang ustaz mengajar kelas sifat 20 di Jalan Kent!!!! Padahal kelas ni di arah oleh Pak Ak agar semua tenaga pengajar lembah klang ikuti... Depa sanggup buat kerja IBLIS agar kelas ni diusaha hentikan!!!!! Konon ustaz ni tak layak kot?

Kalau macam tu la ni kena suruh Tok Din la tolong mengajar sifat 20 ni...... kalau tidak...... sah dan jelaslah depa buat kerja IBLIS...... sanggup menghalang ilmu agama untuk ahli....

Lepas tu....... Lepas tu TOK DIN mengaku dia lah guru..... pulak.... bawa syahadah lain dari kebiasaan..... Depa kuat mempertahankan syahadah TOK DIN ni...... Jenis tak nak mengaku silap..... Jenis kerja IBLIS.... mempertahankan kesilapan......

sah depa ni seronoknya buat kerja IBLIS!!!!!!

Betullah kata Tok Guru :
"Walau sapa pun TUHAN YANG ANGKAT jadi pemimpin dalam perjuangan Silat Cekak, tetap kita ikut. TAPI kalau dia mai pertikai "aku pengganti" jangan terima dia Iblih. Ha itu Iblih tu...jangan terima!

sapahabaq : Seronoknya buat kerja IBLIS