Tuesday, September 21, 2010

sapahabaq : Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai!

Telah bertembung kali ini antara Mejar Anuar dengan si Maiden di rumah YM Guru kita Pak Ak beberapa hari sebelum Hari Raya lalu, maka berlakulah perdebatan hujah membabitkan isu2 kemelut dalam PSSCM.

Seperti biasalah seorang bertaraf guru kononnya iaitu si Maiden terpaksa meyakinkan kepada seorang ahli iaitu Mejar bahawa dia sebenar guru..... [kesian oh kesian]

Puas berhujah dan setelah mengeluarkan perkatan syaitan dan menuduh Majer dan ramai orang tak tau apa pun hal syahadah... akhirnya terbitlah dari mulut si Maiden bahawa :

'Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai'


Hujah ini sebenarnya telah dijawab oleh suarajagat diblog beliau : [clik to link]

suarajagat says:

"majoriti bukanlah bermaksud mereka itu benar. Ia tidak boleh menjadi hujah kepada kebenaran. Sebagaimana kita melihat jumlah yahudi dan nasrani yang ramai..itu tidak membuktikan agama itu benar. Kebenaran tidak diukur berdasarkan jumlah pengikut. Jumlah penduduk yahudi di palestin tidak membuktikan umat Islam palestin sebagai bersalah. Demikianlah juga dalam isu silat cekak malaysia ini...."

.........

Oh Ya! lupa pulak nak bagitau... pertembungan itu telah disaksikan oleh seorang ahli dari Kedah yang menemani Mejar ke rumah YM Pak Ak dan si Maiden tidak pula mempunyai saksi dipihaknya... seperti biasalah si Maiden ni tak perlu saksi seperti dia kata Pak Ak serah kat dia sebagai guru.....

La ni Mejar dan saksinya adalah dua orang dan si Maiden seorang sahaja..... maka 2 lebih ramai dari yang 1.... so kalau ikut fahaman si Maiden maka kita kenalah ikut kebenaran cerita 2 orang ni dan jangan percaya kata siMaiden sorang ni hal perhujahan yg berlaku pada hari tu.

Kalau sesiapa ikut dan percaya juga pada siMaiden dalam kisah pertembungan hujah tu maka benarlah siMaiden ni kaki temberang... sebab dia kata ;

'Tuhan dan Rasul pun suruh ikut yang ramai'

[itulah resam si Maiden...suka cakap main sedap ikut mulut sahaja]